Pages

27 April 2016

Tinggi Ke Bil Elektrik?

Last week @ last few days kat FB kan cam viral bil letrik orang melambung tetiba kan.
Masa tu bil tak sampai lagi. So, macam malas lah nak amik "pot" lagi.
Tgk bil dulu.
Kebiasaan bacaan kat rumah tu utk 32 hari.

25hb April. Bil sampai. Terus lelaju pi ambik kat post box.
"Teruja" jugak lah nak tgk kan.
Betul kah melambung2 jadinya.
Tapi, kami dah ready. Tahu mesti mahal dari bulan lps sbb bulan ni, masa ada kt rumah on weekend tu, siang pun ku pasang air-cond. Tak tahan.
Bila tgk bil, takde lah melambung sgt pun.
Naik la RM21.10

Ye lah. Takkan nak maintain.
As I mentioned - penggunaan air cond agak berlebihan. Mengambil kira juga kami duk memerap je kat rumah masa weekend (kalau dulu ada balik kg and jalan2, bln ni mmg jarang keluar rumah). Dan ada tetamu dtg rumah 2 hari masa awal bulan. 
Penggunaan bulan lps 352kwh
Penggunaan bulan ni 402kwh
Ada peningkatan penggunaan sebanyak 50kwh.

Tapi, tak boleh compare la kot kan dengan orang lain.
Kami takde kt rumah sepanjang siang on weekday.
Keluar rumah kul 7pg and balik dalam kul 6ptg.
Kira tgk tv pun petang tu sampai malam dalam kul 11 atau 12 tgh mlm.
Penggunaan lain - air purifier yang mmg pasang sentiasa kalau kami kat rumah. Nak nak pulak tu hari jerebu kan. Mmg kena on aje lah air purifier.
Water filter - mmg 24jam. Tapi ini takde guna byk sgt letrik.
Induction cooker - untuk memasak. Tapi dalam seminggu 3,4x je sbb skrg dah malas masak. Haha. Ada takde masak sardin je kat situ. Hihi.
Lelain tu peti ais, masak nasik, lampu, iron, caj hp bla bla bla tu takde la tinggi nau gunanya kan.

Sokay lah.
Mungkin juga sbb wiring pun baru - peralatan pun kebanyakan baru - tu kot letrik tak tinggi sgt. Tak tahu lah yang ni. Aku agak je lah.

Oleh kerana orang bising2 naik bil letrik ni, ada juga lah yg sebok promo alat utk kurangkan bil.
Aku tgk dia buat comparison bil tu.
Konon dari RM400 lebih, bil jadi RM200 lebih ja. Konon turun smpai 200 ringgit lah kan.
Tapi, bila perhati detail bil tu, sebenar idak la turun banyak sgt.
Bil orang tu ada tunggakan.
Kalau ikut penggunaan sebenar dia; dari RM211.23 pada bulan sebelum, jadi RM155.75 pada bulan berikutnya.
Ye lah. Memang betul lah turun. Ada lah penurunan sebanyak RM55.48.
Kalau turun tak sampai seratus tu, baik lah kita guna letrik secara berhemah ja. Dapat juga turun. Ikut je tips2 orang bagi tu. Takyah beli alat2 bagai tu. Huhu.
Selanggara peralatan kalau dah lama.
Jangan iron baju waktu tengah hari rembang tu.
Cabut semua plug if dah tak guna.

Tu hari ada orang bagi tips juga kat FB cara guna aircond supaya bil tak tinggi.
Dia suruh buat mode dry.
Aku try sehari ja. Pastu terjaga tgh malam. Sbb tetiba panas. Huhu. Sbb dia tetiba macam off sbb ikut persekitaran. Mungkin masa tu macam dah sejuk bilik. Eh.. tak bleh tahan lah. Tak bleh guna cara ni.
Pastu ada orang gitau lagi kat FB.
Jangan buka pada suhu rendah. Buka pada suhu 23-25, then pasang kipas.
Smlm buat. Rasa okay sket lah yang ni. Bilik pun nyaman2 ja. 
Boleh amik tips ni. And bln dpn kita tgk berapa bil kita.
Hihi.

25 April 2016

Pray. Allah Always Listens

Have you ever had that feeling, when you have prayed so hard for and tried everything to get something you really, really wanted for a real long time and you've given your all and one day, one very fine day, when you least expect it, you actually get it??? 
That's the feeling.


Qouted dari sini : [ Link ]


p/s :
*Saya sedia dihubungi melalui w.app / emel. Feel free to do so kalau nak tanya apa-apa :)
**Edited post.

22 April 2016

Semuanya Kerana Allah

Rasanya semalam ramai yg tgk ranc kat TV AlHijrah.
Rancangan ni.


Aku tak follow FB page Safiey ni.
Tapi tahu lah sbb ada je member lain akan klik "like" dsbnya.
So, masuk kat newsfeed kita lah kan.
Tahu lah dia jual kosmetik, pastu buat operation etc etc tu.
Malam tadi, tengok lah program tu.
Bagus.
Aku dapat rasakan yg Safiey ni benar2 dah berubah.
Dalam erti kata lain mmg betul2 berhijrah.
Tak perlu nak cerita mimpi kepala melekat kat sejadah ke rambut terbakar ke apa.
Dia insan terpilih yang Allah beri hidayah.
The choosen one.
Bukan senang kan nak insan terpilih camtu.
Dia pun pandai ber communicate (ye lah..orang bisness kan), pastu mmg buat kita terleka lah dengar apa dia cakap.

Rasa insaf sangat bila dia kata apa pun dia buat, dia meletakkan Allah no. 1.
Apa pun semua kerana Allah.
In fact, masa dia nak remove breast dia pun, doktor tanya kenapa nak buang - dia cakap kerana Allah.
Bagusnya bila kita meletakkan keutamaan kita adalah Allah SWT.
Tak payah pikir2 dan rungsing bila Allah menjadi no. 1.
Tak perlu nak pikir apa orang kata pasal kita bila kita letakkan Allah no. 1.
Orang sekitar memang tak pernah puas hati dengan kita.
Tambahan dia plak sebelum ni lain dari orang lain kan.

Seronok tgk orang dapat hidayah camni.
Kita ni, walau tak jadi choosen one, kita terus la istiqamah dengan segala amalan yang menjadikan Allah no. 1.
Jangan lah duk nak sebok kan hal orang lain.
Jangan lah asyik nak nampak kesalahan orang.
Jangan lah susah hati dengan rezeki orang lain.
Jangan lah rungsing dan marah bila apa yang orang lain buat tak seperti apa kita nak.



21 April 2016

Rindu Nak Travel



Semalam ai tempek gambau ni kat FB.
Yang menimbulkan kontrovesi jap. Haha.
Uols nih.... heheheeee.

Tetiba ai rasa rindu nak travel.
Ai rasa lama sgt tak travel.
Pastu, tu ari tgk citer apa ke ntah.
Oh... Majalah 3. Yang pasal depa bawak breakfast dari Kelantan ke KL tu.
Pastu ada part yg dia tunjuk flight dah sampai KL, then pramugari cakap2 tu.
Pastu ai n asben sesama cakap - dah lama tak naik flight.
Pastu tgk citer Suami Tanpa Cinta, yg derang honeymoon kat Paris tu pun, cam best nya.
(walau pun, nan hado lah nak ke Paris plak kan.. duit kepuk2 sgt nak pegi Paris tu. Tapi, eh, mana lah tahu, ada rezeki nanti)

Hehe.

Nampaknya sesama rindu nak travel lah.
Last travel adalah masa buat umrah last year. Setahun sudah.
Biasa nya 3,4 bulan skali harus ada travel travel.
Atau setahun 2x.
Ada takde pun, gi Langkawi ngan famili bln 12 tu ari.
Itu bukan travel. Itu famili trip.
Ai nak travel. Yang ada naik flight, yg ada cop kat passport, yg kena buat itinerary sendiri, yg kena survey2, yang carik2 info. Best camtu. Suka sangat. 

Tapi takpe. Kita ada mission yang lebih penting dari travel.
Tak lama pun kita hold.
Hujung thn atau next year dah boleh travel balik.

Selalu jugak ai ter fikir fikir, kalau ikutkan, boleh dikatakan puas juga lah travel.
Dah merasa negara yg ala ala tempat omputih - yg sejuk2 gitu walau takde salji bagai.
Dah merasa naik cruise 4 hari 3 malam.
Dah merasa seronok2 kat Disneyland.
Walau tak la sebanyak traveller tegar yang lain, at least Allah dah bagi peluang pada kami berdua.

Betul lah kan. Allah mmg plan sesuatu terbaik utk kita.
Dan Allah akan bagi bila kita dah bersedia dengan semua itu.

Next trip - simpan duit tabung nak pergi Kuekenhof. Nak jugak.. nak jugak. Sbb tgk kat FB skrg ni, Ya Allah cantik la sangat tulips2 tu. Gigil2 tgk. Huhu.
Tapi, Disneyland Jepun pun nak jugak.
Eh. USS yg dekat pun tak pegi lagi.
Eh. Banyak nya angan2.. ye ye je kan.
Sudahnya kang mandi kat pool bawah rumah ja.
(T_____T).

19 April 2016

Ada Apa Dengan Cinta 2

Ku lari ke hutan 
Kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai 
Kemudian teriakku

Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Aku mahu bingar…aku mahu di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya 
Biar ramai..biar mengaduh sampai gaduh
Aihh..ada malaikat menyulam jaring labah-labah 
belang
Di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja locengnya 
Biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai?

****
Huwa... cam terimbau memori terus kalau dengar puisi atas tu kan.
Kenangan tahun 2002 - final sem degree.
Semua pun acah acah nak jadi Cinta masa tu. Haha.
Sampai aku pun terbeli la blouse yang Cinta pakai masa dia keluar ngan Rangga tu.
Aku tgk cam comel je blouse tu. 
(dan buat pesen rambut cam Cinta tu gak).
Haha. Alah, masa tu baru 23 tahun kot. 
Dah ada "relationship goal" kononnya.. (tapi lps tu tak masuk goal plak). Cia! Cia! Cia!

Eh. Siap beli lah CD Ada Apa Dengan Cinta.
Rasa pernah try pasang. Elok lagi.
Aku beli pasar malam je kot CD tu. Tapi tahan bertahun. Hua hua hua.

Now AADC 2.
Nak tgk, tapi macam tak la kot.
Semua wayang yg aku nak tgk, aku let it go je.
Dari Hunger Games, Munafik, Kung Fu Panda.
Rasa cam tak selesa je nak berlama lama dalam wayang tu.
Yang ni pun, lagi lah takde kot nya.
Tunggu je lah sesapa donlod kan. Pastu amik je lah nanti.
Tapi tatau lah kot myDH simpati lalu nak bawa. Mana lah tahu... hihi.

Sinopsis  AADC 2
Cerita film AADC 2 ini merupakan lanjutan dari AADC yang pertama, dimana pada akhir cerita di AADC yang pertama, Rangga berangkat ke luar negeri untuk melanjutkan studinya di New York.

Kala itu, hubungan Rangga dan Cinta sedang kurang begitu baik, mungkin bisa dibilang lagi marahan, Cinta yang memang sadar bahwa kekasih sejatinya adalah Rangga, kemudian mengejar Rangga yang sudah berada di Bandara untuk berangkat ke New York.

Sebelum berangkat, Cinta dan Rangga saling mengungkapkan isi hatinya satu sama lain. Cinta yang tak ingin Rangga pergi akhirnya di berikan sebuah buku yang dihalaman terakhirnya terdapat sebuah puisi yang berjudul “Ada Apa Dengan Cinta ?”.

Untuk Ada Apa Dengan Cinta 2 ini, berkisah tentang Rangga yang terpisah selama 14 tahun dengan Cinta, Kini Rangga dan Cinta mendapatkan kesempatan untuk kembali bertemu.

Akankah ini menjadi kesempatan kedua untuk mereka kembali bersama? Apalagi hidup mereka tidak lagi sesederhana dulu.

Ada apa lagi dengan Cinta, dan Rangga? Bagaimana kelanjutan kisah mereka?

Sinopsis AADC 2 Ada Apa Dengan Cinta 2 ini memang hanya seperti kutipan diatas, belum bisa didapatkan lebih banyak, mungkin biar para pecinta film ini penasaran dengan kelanjutannya :).

Kredit : [link]

15 April 2016

Penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan Dan Taklimat Di JPA



Smlm pergi taklimat di JPA.
Ramai. Sangat ramai. Kiterang nyaris2 je tak dpt tempat duduk. Duduk belakang. Ingat senang nak gi toilet. Sekali hambik kau.. orang duk atas lantai lah. Berdiri kat depan pintu lah. Huhu.

Hai.. la hai.. seme orang excited nampaknya.
Maklum lah, kump pelaksana adalah penjawat awam yg paling ramai.
Pastu plak skim ni more to penambahbaikan kump pelaksana.
Tu jadi seme pun tak sesabar.
Excited sampai baca pekeliling yang takde lampiran pun takpe. Haha.
Sabau la uols. Tunggu lah pekeliling. Dah keluar bebtul, ha.. sila lah hadam sebelum HR korang bagi briefing. Ni semalam dah keluar, dah khatam? Kami yg HR ni pun jenuh nak hadamnya acik acik oiii.. dah  ada taklimat pun bukan sesenang camtu nak laksanakan.
HR sini pun dah jadi cam hotline. Belum pergi taklimat pun orang dah tanya2.
Dah pergi taklimat lagi lah hotline. Ye ye.. faham tu.. orang bertanya kan. Apa lah salahnya.

Sebelum ni dah ada penambahbaikan (tk silap tahun 2013). Yg JA, H11, N11 semua tu.
Dan tahun ini sekali lagi penambahbaikan.
Makanya, kami di HR dept agak hectic sket lah.
Pulak tu effective date nya 1 Julai 2016. Tapi, mujur lah pelaksanaan ni lebih kurang penambahbaikan yang lama tu juga. At least dah ada experience lah kata orang tu.
Aku nak tinggalkan kerja pun cam lega lah juga hati ni.



Memacam feedback la yg kita dapat dari penambahbaikan ni.
Since gaji minimum di tambahbaik, makanya ada lah sedikit penambahan gaji here n there.
Walau pun smlm KPPA dok tekankan yg ni penambahbaikan skim, bukannya semakan gaji.
Tapi, harus orang kesah kan berkaitan gaji juga.
Contohnya; berikutan penambahbaikan ini, berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji permulaan (gaji minimum) Pemb Tadbir adalah RM1,352.00 (gred N19) dan kenaikan tahunan RM100.
Makanya??
Ya, adalah sedikit "pemindahan gaji" pada orang yg tak cecah lagi gaji minimum tu since dulu gaji minimum Pemb. Tadbir adalah RM928.00. Ada formula kiraannya. Jangan simply2 calculate ya.. tahu lah org HR uols nak kirakan. Worries not.
Rata2 aku nampak kat FB orang bagi feedback depa kata keuntungan pada orang baru.
Hehe.
Kadangkala. Mmg dunia ini tidak adil. Hashtag lah - duniainitidakadil.
Wessss.. acik dulu masuk kerja guna Diploma - gaji permulaan RM1,176.00 sajork. Lebih rendah dari gaji minimum gred 11 noks. Huhuhu. Padahal bukan lah zaman antah berantah sgt pun. Tahun 2004 ja pun.

Itu satu kesah.
Selainnya adalah melibatkan penyeragaman gred jawatan dan kod gaji.
Contoh nya tiada lagi gred 17. Semua dah jadi gred 19
Dan tiada lagi gred 27. Semua dah jadi gred 29.
Dlm pekeliling tu dah ada tulis juga - urusan penyeragaman gred gaji / kod gaji tidak melibatkan urusan pertukaran pelantikan. Jadi, otomatik lah terus tukar gred. 
Jawatan yang terlibat dengan pertukaran pelantikan ni adalah  jawatan dijumudkan, jawatan yg ada kelulusan sijil/diploma tu (ini nanti HR uols terangkan lah dengan lebih lanjut).
Yang lelain, just tukar gred. Nama pun still sama. i.e : Sekarang Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27 dia jadi Gred E29.

Ada juga lapisan kenaikan pangkat yang baru iaitu gred 18, gred 28, dan gred 40.

Ada juga jawatan dijumudkan. Cam ofis aku ni yg terlibat Pengajar Kraf lah. Ramai plak tu. Huhu. 

Begitu lah lebih kurang berkaitan penambahbaikan ni.
Uols rajin, uols baca. Tak rajin, tak mengapa. Pihak HR uols akan tolong baca dan hadamkan (cam ai tgh buat skrg ni). Nanti HR uols akan bagi taklimat. 
Kalau nak kata penambahbaikan ni dibuat secara tergesa gesa, tak tahu nak cakap juga lah.
Kalau jawatan lain, aku tak tahu.
Tapi, macam nak jumud jawatan Pengajar Kraf tu, lama dah orang kementerian, orang JPA mintak maklumat dari kami since kami lah paling majoriti yg ada jawatan Pengajar Kraf. Tak silap dalam tahun 2014 camtu lah. Jadi, tentunya semua ni dah ada kajian terperinci. 

Apa pun, just wait n seee.
Dah.. nak pergi buat gantt chart untuk pelaksanaan nih.
Ada sesapa nak tanggung kerja ai??
Heeeheee :P

**
Muat turun pekeliling perkhidmatan Bil 1 Tahun 2016 - PP1/2016 [link]

Bebel Pagi

Choi! choi! Choi!

Hah! apahal ter choi choi pepagi Jumaat ni?
(live update neh..biasa entry yg draft sesiap keluar).
Geram betul.
Patut sempat je nak sampai ofis before 8am.
Ini dah lewat sbb dek polis trafik tahan kereta berjam jam.
Kau dah kenapa polissss?
Dkt 45 minit stuck dari kedutaan Amerika nun. Heeeeiiii... choi sgt.

Kau nak kami semua keluar rumah pukul brapa plak?
Nak kiterang keluar sebelum Subuh cam orang duk Rawang?
Pastu solat kat masjid Tabung Haji?
Gitu?
Kalau gitu buat pe nak invest duit beli rumah dkt area KL pun.
Dengan harga gitu dapat aku umah 2 tgkt yg berpuluh2 km tu. 

See.. aku membebel dah.

Dah tu dah nak masuk ofis pun ada juga orang sengal kambing.
Ada lagi manusia dalam dunia ni tak tahu protokol keluar masuk lif.
Dah sah sah orang keluar lif kena keluar dulu.
Ni takkkkk.... dia plak masuk dulu, kita plak yg dah macam nak naik lagi ke atas.
Eh ehhhh...... kau ni dah kenapa????
Makhluk ni mmg lah.
Dulu makhluk ni jugak lah yang sakit hati sgt tgk aku duk ngan suami aku dalam bas.
Masa tu ada satu tmpt ofis kami nak pergi. Jadi, naik lah bas.
Tetiba makhluk ni sakit hati. Duk kata "kat umah duk sama, dalam bas dok sama"
Ya Allah.. sakit hati bebenar agaknya kan.
Lama dah perkara ni berlaku. Lama...
Walau aku tahu, lumrah alam, nak taknak suatu hari nanti mungkin aku akan bekerja dengan si polan itu, tapi, mmg aku dah loose respect dengan makhluk ini.
Betul lah pepatah ni


Dan sebabkan aku taknak sakitkan hati sendiri, kami ambil keputusan tak naik bas kalau ada trip office.
Rela kami naik kereta sendiri. Even pi sukan kat Penang pun naik kereta sendiri.
Senang. Takde orang nak sakit mata, sakit hati kalau kita duk seat sama dalam bas.
Macam tu gak kalau makan bersama kat ofis. Memang lah kami jarang lunch ke breakfast sama kat ofis. If nak pun, kita keluar. Kalau tak, ada je nak cakap cakap itu ini.
Tapi, bila kita tak makan ngan suami kita, ada juga nak cakap - eh... tak makan ngan asben.. tak gitu tak gini.
Pftttttt.... apa yang mereka nak sebenarnya ni?

Dah. Aku bukan lah marah.
Just rungsing jap sbb polis trafik tahan lama nau tu.
Dia tak tahu orang sakit perut nak ter berak ke apa.
Kemain ber jam jam syok benau nahan kereta orang. 
Tah hapa hapa tah!

Okay lah, mari kita sejukkan hati dengan bacaan Al Fatihah dan
tazkirah pagi Jumaat.


13 April 2016

Pengalaman Temuduga HLP

**Ini adalah entry yang sekian lama dok dalam draft. Tidak dipublish.
Sengaja tunggu result dia keluar baru nak publish.
Result nya --- ending entry kita bagitahu. Haha

*******
Ini adalah temuduga HLP di bawah JPA.
Bukan di bawah KPM atau lelain.
Selalunya kalau google blog pasal HLP ni, sure terjumpa cerita HLP under KPM which cikgu cikgi kita yg bercerita. Yang HLP under JPA jarang jumpa. Ada tu ada. Tapi lg byk yg citer dari KPM.

Okeh. Mungkin sama, mungkin tidak dengan KPM tu. Takpe. Depa cikgu, ni kita citer HLP bukan cikgu plak. Orang2 keja pejabat.

So, meh citer pengalaman temuduga HLP.
Lps antar application bulan 9 tu ari, makanya dalam bulan 11 dapatlah keputusan samada berjaya temuduga atau tidak.
Aku rasa, rata rata orang hantar permohonan, InsyaAllah dipanggil. As long kau menepati semua syarat diperlukan. Cukup markah LNPT dia nak, cukup ada semua tandatangan KJ, dan settle kan proposal paper yang diminta, InsyaAllah lah, ada peluang untuk temuduga.

Sebelum gi temuduga ada kena amik exam online. Alah, bukan exam apa pun. Just penilaian diri tu. Cam soalannya "anda lebih tenang jika membuat kerja secara bersendirian - ya, tidak". Dekat nak 200 soalannya. Kena settle dalam 45minit camtu kalau tak silap. Lupa dah.


So, dapat temuduga. Dah la bertahun tak temuduga.
Oleh kerana 1st time temuduga HLP, kite tak buleh nak bayang cemna keadaan dia. Cari kat blog pun asyik terjumpa citer cikgu cikgi (KPM) punya. Ada jugak la yg under JPA. Tapi tak banyak. At least ada jugak lah.

25.11.2015 tarikh temuduga.
Di SMK Presint 5 Putrajaya. Sekolah ya anak-anak. Sebelum tu, dah riki dulu mana letak duduknya sekolah ni sbb tak berapa biasa area Putrajaya.
MyDH antar. Dalam kul 7pagi keluar rumah since register antara jam 8.15-8.45pg. 
So, bajet sampai sebelum register lah kan. Hujan plak masa tu.
Sampai je depan pagar sekolah tgk kereta dah berderet. Orang plak dah berpayung-payung. Abis cemna nih. Mula la nak gabra kan.
Guard sekolah tu tak bagi masuk. Ye lah, mana ada parking banyak kat dalam. So, mintak kat guard tu untuk drop kat lobi. Lobi lak bukan lah luas cam lobi hotel kan. Bila kita turun, berderet plak kereta nunggu. Aku dah la tak siap pakai kasut apa lagi. Just pakai sandal dulu. Cissss sangat tau. Ingat sampai sana, parking, baru la siap pakai kasut apa seme. Ni dah hujan, terus jadi kelam kabut.

Terus gi tempat register. Tgk tgk orang dah ramaiiii. Awal nya depa semua ni. Lagi bertambah gigil dibuat nya. Aku tak la suspect seramai ini. Tapi, mmg ramai sungguh lah.
Masa sign tu, nama kita dah ikut grup. Aku grup 3. Tapi aku cam blur blur sbb terdengar orang sebelah grup 5. Lepas tu bila dah duduk, jd cam eh, aku grup 5 ke grup 3. Grup 3 kot. Cam bongok plak kan.
Lepas tu dah la saiko. Tgk kiri kanan orang dok baca baca. Apa menda depa baca ni. Huwaa.. Lps tu lagi saiko bila tgk depa ni mostly kenal antara satu sama lain. Maklum lah PTD kan. Harus kenal. Tapi lantak lah.
Lepas tu tetiba ujan lebat. Angin plak tu. Org duk tepi dewan dah nak basah. Terpaksa plak injak kerusi. Aduyai.. memacam hal lah kan.

Tak lama, dalam kul 8.45 tu urusetia bagi taklimat sket then dibahagikan ikut grup utk naik ke tempat temuduga. Dalam taklimat siap urusetia mention surat2 dari "orang berkepentingan" tidak diambil kira ya. Ada jugak kan nak pakai kabel. Belajar je pun. Hurm. Memacam.
Last sekali dipanggil adalah grup 3. Siap dia tanya ada sapa mengandung ke apa. Sbb kita naik tingkat 4, tingkat paling atas katanya. Sapa mengandung pelan pelan lah jalan kata urusetia. Ceh. Ingat kot dia nak suh buat kat bawah ke apa. Haha. Pastu ada sorang tu, mungkin bos bos dia la kot, kata semalam ada orang baru lepas bersalin pun dtg. Ceaser pulak tu. Patut tak payah datang, nanti kalau jadi apa-apa dah salah kan kita katanya. Idak la camtu kan. Tingkat 4 weyy... mengah mendaki. 

Ada 6 grup semuanya. Satu grup tu dalam 30 orang. Dan bilik temuduga utk setiap grup tu ada dari A sampai F. Utk coursework akan masuk 2 orang sekali. Tempoh masa dalam setgh jam. Kalau utk orang buat research, sorang je masuk. Masa 45minit. So, menunggu lagi lah. Sambil tu sembang2 ngan calon lain.

Aku nyer turn kira dalam batch yg ketiga. Dalam kul 11 masuk.
Masuk dengan sorang lelaki dari MOSTI. Gred 48 dia. PTD dah tentu lah kan.
Panel interviewer 3 orang. 2 perempuan which urusetia kata ada title "doktor" dan sorang lagi lelaki, mebi dari JPA itself. Yang doktor tu mebi lecturer lah kot.
Aku tgk yg sorang perempuan tu nice. Sorang lagi muka agak ketat. Yang lelaki, biasa je lah.
Soalan pertama kenalkan diri dan kenapa kita nak HLP nih. Yang tengah tanya. Yang nampak nice tu. Jawab je lah. Berkaitan diri n bagitahu kenapa nak HLP. Siap dia cam terkejut bila aku gitau aku pernah buat master dulu secara part time tapi aku leave. Hihi.
Pastu soalan kedua macam nak provoke kita. Dia tgk jawatan n dia kata macam lain bidang dari jawatan. Tak rasa rugi ke dia kata. Ini adalah soalan reverse psychology namanya. Tapi, haruslah aku ada jawapan dah kan. Lepas tu yg muka agak ketat saiko lagi. Dia saiko berkaitan dengan famili plak.
Tips : Memang panel akan bagi soalan saiko. Dia tgk jawatan kita, dia tanya kenapa ambik bidang lain. Kalau dah sama bidang, dah sama jawatan dia saiko kut lain plak. Bila ada anak dia saiko gini, bila takde anak dia saiko gitu. Pepandai lah kita saiko dia balik. Haha.


Seterusnya soalan berkaitan proposal. Yang ini markah tinggi.
Yang lelaki tu tanya. Dia kata proposal aku macam umum. 
Jadi, ada tak kajian kes atau permasalahan yg aku nak tumpu dalam course ni.

Yang ni pun aku jawab dgn confident.
Tips : If ambik jurusan yg agak "umum" macam management, HR, admin, sila lah bersedia dengan satu kajian/research. Just rangka2 tajuk cemtu ja. Yang ni mmg aku dah ready since aku rasa mmg dia akan tanya berkaitan research. So, aku dah carik dalam 10 tajuk. Tapi, macam tajuk integriti, motivasi pekerja, training apa semua tu macam cliche sgt kan. So, aku pilih tajuk yg macam lain sket la kononya. Aku kata aku nak tumpu pada pengurusan kewangan awam esp dalam bantuan kerajaan kepada IKS. Sbb ia ada kaitan dengan jabatan aku.
Jadi, ready ya dengan satu kajian kita nak buat walau kita amik coursework. Lain lah kalau kita nak amik course aeroangkasa ke apa. Itu mmg dah specific.

Last soalan - soalan umum.
Huwa. Yang ni aku blur. Dia tanya soalan senang. Which mmg aku dah ready pun mendalah tu. Dah ada dalam nota aku. Utk soalan umum, aku ready tentang - TPPA (mmg ada grup lain dapat soalan ni), NBOS, GTP, ETP, RMK-11.
So, soalan umum aku pasal GTP. Tapi dia tanya apa yg anda tahu berkaitan "Prog Transformasi Kerajaan". Sbb dia cakap melayu terus aku blur jap. Seriyes blur. Dalam 2,3 saat baru aku teringat pasal NKRA. Aku cakap ada 8 key utama (rupanya 7 ja). Aku sebut pun dalam 3,4 camtu. Bila aku nak sambung dia kata - dah dah..cukup. Haha. Wey..blur.
Yang calon sorang lagi tu dapat soalan "bila hari Inovasi dimulakan" camtu lah lebih kurang. Pastu soalan dia takde lah umum cam aku.
Ingat kot dia tanya pasal jabatan aku ja. Rupanya dia tanya GTP je. Hiiii... kenapa blur.. kenapa???

Itu je lah.
Takde la stress nau.
Sekejap je rasa bila dalam tu.
Dia tak minta pun bawa salinan sijil asal apa semua. Tapi, tak salah pun bawa. Memang panel ada minta nak tengok, tapi kalau tak bawa pun takpe. Aku bawak, tapi calon sorang lagi yg masuk ngan aku tak  bawak. Tak pe je (harus dia saiko, matik lah tak bawak sijil katanya dalam hati. Hehe).
Sila lah jawab dengan penuh confident. Harus bersedia dengan soalan umum. Harus bersedia untuk di saiko. Harus bersedia dengan apa isi kandungan subjek kita nak ambik. Harus ada satu bidang yg kita nak tumpukan kalau kita ambik course yg umum.

Last sekali - pray.
Dapat, Alhamdulillah. Tak dapat, next year kita cuba lagi :)


****
Result : tidak berjaya.
Takpe lah. Takde rezeki lah tu kan.
Nanti cuba lagi.

Dekatkan Diri Kepada Allah

Rasa stress?
Rasa tertekan?
Rasa keliru?
Rasa penat, lelah dengan apa kita buat?
Rasa pengorbanan tidak dihargai?




Dekatkan diri dengan Allah.
Tambah amal ibadat seharian.
Solat di awal waktu.
Istiqamah kan perkara sunat.
Kerapkan solat taubat.
Jadikan membaca Al Quran sebagai KPI kehidupan.
InsyaAllah ... segala stress, segala kekeliruan akan terlerai.





Kredit pic : quransayings


11 April 2016

Feeling Hot




Selama ni pun mmg hot hot hot.
Tapi, maleh la smpai nak buat entry kan.
Sbb kang ada lah bagi tazkirah
"ini baru panas dunia.. bayang kan panas di akhirat kelak"
Ehhhhh.. kauuuu....

Tapi, ku rasa kan malam tadi (Ahad - 10.4.2016) adalah paling panas.
Libang libu rasanya.
Hangat pijo kome weh.
Time tgk tv pun berpeluh peluh.
Bukan je malam. Dari siang sebenarnya.
Berapa kali aku mandi. Pastu each time mandi baju mmg kena bertukar.
Aku rasa semua baju pun tak selesa pakai.
Smpai tak tahu nak pakai baju apa dah.
Ptg hujan sket. Tapi, hujan tu lah buat makin panas.
Mencurah curah rasanya peluh.
Minum dah byk minum dah.
Kembong perot dgn ayo dah ni.

Hall rumah aku mmg takde air-cond.
Tak cukup kaya dulu masa renovate nak buh air-cond.
Tapi, skrg, walau still tak berapa kaya mmg rasa nak install air-cond kat hall.
Tapi, macam prob. Nak tebuk. Nak letak mana. Eish. Rimas plak hai rasa nak pasang2 lagi menda2 nih kan.
Nak beli portable air-cond atau air cooler je lah nanti.
Walau tak se efficient air-cond, at least dapat membantu jugak.
Riki2 air-cooler juga. Cadang nak carik kat kedai2 biasa area rumah ja.
Takyah seng heng, sen q sangat lah.
Carik kedai2 apek yg boleh tawar menawar sudah.

Kat bilik mmg ada lah aircond.
Jadi, mmg rasa nak duk bilik ja. Melipat kain semua buat dlm bilik.
Sebelum ni sesambil tgk tv lipat kain. Eh. Now tak boleh. Lipat kain pun dah kira macam ber jogging jadinya.
Dah asben kata "nak bawak tv masuk dalam bilik lah"
Haha.
Kipas mmg tak jalan. Aircond pun rasa tak rasa je.
Tapi, bila dah buka, dah nak pagi tu, macam sejuk sgt plak. Bila tutup, pasang kipas balik, dah berpeluh2 pulak.
Eh.
Memang libang libu la.

Last week, econ ofis rosak.
Bagus lah sangat kan. Dah rasa nak stroke haba dibuatnya.
Tak tahan aku. Esoknya mintak MC.
Rest kat umah. Gelapkan bilik semua. Pasang econ. Syorgaaa...
Ate, kedek sgt kat ofis tu nak rendahkan suhu econ kan.
Dah rasa nak jimat sgt, suruh je semua staff kerja dari rumah. Jimat duit letrik kan.
Pfftttt...
Lps tu bila kita macam bebising, kuar la lawak tazkirah "panas dunia bla bla bla...."
Pffttt kan lagi. Tang panas je lah ingat akhirat, tang menda lain takde plak nak ingat.
Pffttt lagi sekali.

Apa pun, kita doakan lah agar fenomena el nino el nina el nani ni cepat abis.
Tak tahan dan tak tahu nak buat apa lagi dah.
Takkan nak tido depan peti ais.

9 April 2016

1 Rejab 1437H


2 bulan lagi ke bulan Ramadhan.
Semoga kita beroleh rahmat dari Allah.



8 April 2016

Segalanya Milik Allah

Baru lps baca blog Dr Adilah
Walau pun, tak pernah treatment dgn beliau, tapi ai follow blog beliau.
Utk dijadikan motivate.
Dan memahami kebesaran Allah.
Ada surah ni dalam entry latest dia.




Agar kita yakin dan percaya semuanya milik Allah.
Semuanya datang dari Allah.

Pengalaman menjadi TTC'ian selama bertahun tahun mmg membuatkan kita dekat dgn Allah juga amat yakin dengan kekuasaan Allah.
Namun, tidak lah berkata orang tidak TTC tu tak dekat dgn Allah.
Masing-masing dengan pendekatan ter sendiri lah.

Itu lah yg orang kata, ada hikmah di sebalik ujian yang menimpa.
Sebagai TTC'ian, kami bersyukur sbb kami amat dekat untuk memahami proses kejadian manusia. Satu ciptaan Allah yg sangat sangat meng-amazingkan.
Kalau baca blog tu - pada yg tak pernah buat treatment, mmg lah asing sgt term term yg ada. Tapi, itu lah kekuasaan Allah.

Kami adalah antara yang susah conceive secara semulajadi macam ibu ibu yg lain.
Kami tidak dapat merancang utk ada anak 2 orang, 3 orang, 4 orang (dapat sorang pun dah syukur rahmat kan).
Kami tidak seperti ibu ibu lain yg begitu mudah utk dapat anak selang setahun. 
Yer, kami ada kekurangan itu.
Tapi, kami juga ada kelebihan. Kami dapat mendalami salah satu ilmu Allah yg ada (walau tidak lah secara detail macam nak jadi doktor Obgyn. Huhu).
Setgh darinya, proses IUI pun tak tahu - tapi, nak buat apa ambik tahu sedangkan proses semulajadi tu lebih easy peasy kan. "Kacang" orang kata - nak ada anak - plan je terus dapat. Alhamdulillah kalau ibu ibu dalam golongan tu.

Entry kali ni bukan nak meroyan. Jauh skali nak bersedih hati.
Cuma, nak mengingatkan diri sendiri tentang kebesaran Allah.
Lambat atau cepat - adalah perancangan terbaik dari Allah.

Semalam, dpt satu keputusan yg agak mengecewakan.
Sapa tak kecewa kalau tgk begini :
Keputusan : Tidak berjaya.
Tidak berjaya tu kan something yg dah buat hati kita berduka.
Tapi, muhasabah. Allah dah susun cantik2 dah life kita ni.
Bila tgk balik 5 thn kebelakangan ni, mmg dah perfect dah sebenarnya.
Bermula tahun 2012 - pindah rumah.
2013 - dapat chemerah.
2014 - dapat percutian idaman - naik cruise n ke Perth.
2015 - dapat menunaikan umrah dan teruskan treatment.
2016 - cuma tidak berjaya dalam temuduga utk HLP sahaja. Tapi, ada lagi satu yang Allah dah bagi.
Banyak kan dah dapat. Yang tak dapat cuma satu je. Kenapa nak berduka lara.
Satu satu lah dulu.
Perancangan kita, mungkin kita rasa terbaik.
Tapi, perancangan Allah tu kan lebih terbaik. Lagi lagi pula semuanya milik Allah. Allah yang lebih tahu.
Kadang kita terkhilaf. Bersedih hati bila apa kita plan tak menjadi sebagaimana kita nak.
Jangan negatif.
Jangan bersedih.
Buat masa ini, keputusan itu lah yang terbaik untuk kita :)

# salam 30 JamadilAkhir. Esok Ptg ni dah masuk 1 Rejab. Ha.. sapa tak abis ganti puasa tu, cecepat lah ganti uols. 2 bulan je lagi nak masuk Ramadhan dah.. 

7 April 2016

Berjual Beli Online

Beberapa minggu kebelakangan ni byk juga viral menarik yg diperkatakan oleh netizan.
Cewah.
Netizen halanya.
Bermula dgn kes hantaran tak cukup, masuk plak kes orang berebut nombor kat butik tudung Fareeda dan ada satu kes yg mulanya aku tak tahu, tapi ada member yg bagi "like", nampak kat wall aku, lalu aku pergi mencari punca kes.
Huhu.


Agak menarik.

Kes berkaitan buyer n seller online.
Berkenaan kata ganti diri dari seller kepada pelanggannya.
Korang ada baca?
Kisahnya buyer tu hantar sms kata nak beli something dari seller tu.
Then seller balas dengan w.app.
Cumanya kata ganti diri yg digunakan dirasakan tidak sesuai oleh bakal pembeli (potential buyer) ni.
Aku tak tahu apa kesudahannya. Samada jadi beli ke tidak.

Sebagai pembeli online yg agak tegar ni, menda ni mmg jadi kebiasaan lah kan.
Paling selalu orang akan address kita as "sis"
"ada sis", "available sis", "boleh sis"
Walau cam eh, rimas nya ter sis .. sis..
Tapi, tak kesah lah kan. Dari di "kau - aku" nya kita kan.
Itu prefer lagi. Dari "dear" tu kan.
Sana "dear" sini "dear"
Boleh dear. Saya akan pos esok dear. Ni tracking nombor dear.
Alamak aiii... bila masa plak aku ber kasih sayang dgn kau ni.
Tapi, lantak lah.. takde pun jadi masalah kan.
Pernah sekali aku nak beli tudung labuh n niqab. Eh. Jangan kata tetiba aku dah berniqab plak. Ni last year. Masa nak pergi umrah tu. Huhu.
Sekali orang tu address diri dia as "ana".
Memula tu aku ingat seller tu nama dia ANA. Haha. Ni ada aku tulis kat status FB.
Nanti ana tgk stok dulu, katanya.
Naseb aku tak balas - okay, nanti Ana bagitau sy balik ya. Hahaha.
Pitam!
Rupanya dia cam ala ala areb la kan. Dah aku nak beli tudung labuh n niqab. Harus lah dia ingat aku pun ala ala muslimah habis kan. Huhu.

Berbalik pada kes yg viral ni.
Cuma nya seller tu address kpd buyer tu "awak"
Dan buyer ni rasa tak sesuai lah panggil dia "awak"
Panggil lah "puan" katanya. Atau dia punya title since masa dia 1st sms tu dia dah bagi tau nama dia beserta title dia.

Cemana nak cakap ek?
Aku tgk respond.. yg gen Y mmg la mostly kondem (boleh kenal dari penulisan tu yg derang ni mmg gen Y).  Ada yg kata title tak bawak mati lah, jgn berlagak sgt lah apa lah. 
Manakala yg gen X ni nampak agak menyokong buyer nih. 
Dalam pada tu ada juga sebok menangguk di air yg keroh, padahal takde relate pun ngan dia.
Eh. Kesah pulak kan. Kau tu sapa pun. Aku tak follow, tapi bila org lain like like n komen tu nampak la kan.

Aku kenal buyer ni. Eh. Bukan kenal maksudnya kawan ke sedara ke. Bila kita tgk nama tu, memang tahu lah.
Buyer ni mmg selalu keluar tv pun. Selalu gak aku tgk dia bagi talk. Tp dia tidak la se femes Prof Muhaya tu. Tapi, mmg kira cam personaliti / somebody yg ada keluar tv lah.
Cuma, mungkin dia terkhilaf la juga.
Mungkin.. aku pun kata mungkin..
Mungkin dia ingat bila dia kenalkan diri masa dia bagi msg tu, dia rasa orang kenal dia.
Atau mungkin juga, barang yg dia nak beli tu menunjukkan dia dah berumur lebih dari seller (yg ni tak tahu sbb dia tutup apa menda dia nak beli - which aku rasa macam door gift utk kenduri kawen anak dia ke apa ke kan).
Jadi, dia nak la seller respect dia.
Yang si seller ni plak agaknya mana lah tahu si polan ni. Jarang tgk tv ke apa ke. Jadi, cam biasa lah dia buat.
Tu kita punya andaian je lah. Selebihnya dia lah lebih tahu.

Entah ek.
Aku pun tak tahu lah nak kata cemna.
Bagi aku sebenarnya simple.
Seller ni nak reply balik dgn w.app pun dah nampak dia bersungguh.
Just, dia "awak" kan je tu.
Alah..kira bebudak lah kan. Tak suka cara dia, tak perlu teruskan transaksi.
As simple as that.

Tapi, aku faham juga - buyer ni nak menyampaikan cara yg sepatutnya utk kita berkomunikasi secara lebih formal. Cuma tu lah.. menda camni ada 2 je - orang setuju dan orang tak setuju. Bila orang tak setuju tu yg jadi berpanjangan tu. Dan satu hal kita plak yg kena minta maaf. Padahal kita ni nak betulkan keadaan. Hihi.

Sebenarnya bila kita w.app atau msg orang utk beli barang pun kita dah tahu level "kemesraan" orang tu.
Kalau kat IG or FB tu tgk kat profile dia pun kita boleh tahu dah.
Kadang ada jenis yg tulis sederet term n condition dia. Begitu begini.
Itu tak boleh ini tak boleh. Ada yg tulis w.app dibalas dalam tempoh seminggu lah apa lah (contoh.. takde pun yg cemni, kalau ada suruh dia duduk kedai la jual barang. Haha).
Kadang ada yg simple.
Jadi, carik lah orang yg kita boleh ngam.
Kalau tak.. gunakan lah hashtag #sayajual kat IG tu.
Melambak keluar apa kita nak. Carik lah satu satu situ.
Aku pun tgh nak carik barang ni. Guna hashtag tu je. Jumpa lah beratus seller situ.
Dan Alhamdulillah..setakat ni masih belum la aku ada kes barang tak sampai ke apa.
Semua pun, okay saja :)


5 April 2016

Kisah Rumah Bujang



Last weekend bantu anak buah pindah masuk rumah bujang.
Actually bukan lah rumah sewa pun.
Pindah masuk rumah mak dia yg sebelum ni disewa pada orang.

Jadi, dia dah kerja sini, dia nak dok balik lah rumah mak dia tu.
And, masa dia kekecik pun mmg mereka sefamili dok situ.
And then aku pun pernah duk rumah tu gak dalam 7 thn sblm pindah KSU.
Memula duk bujang pastu dah kawen, duk gak kat rumah tu.
Pusing2 situ gak.

Tu bila pergi tu macam terimbau pula kenangan duk rumah bujang.
Aku start duk sewa menyewa ni kira dari UiTM lagi lah.
Masuk degree tu takde dok hostel.
Menyewa lah kat taman dimensi tu kan.
Tu pun melompat dari satu rumah ke satu rumah.
Entah la hapa hapa jadi kaum nomad plak.
Takde menarik sgt lah kesah rumah bujang masa belajar ni selain dari syok tggu boipren amik nak kuar deting ja.
Haha. Maklum la boipren ada keta masa tu. Tahun 2000, boipren ada keta macam "cia-cia-cia" gak la perasaan tu. Haha. Bongok! Adeh. Lupakan.

Bila mula kerja ni lah mula duk menyewa yg kita boleh panggil duk umah bujang nih.
Memula aku duk ngan akak n abang aku.
Pastu carik rumah sewa lain.

Tapi tak jauh pun. Dekat2 ja. Jalan kaki pun sampai.
Selalu jln kaki je pergi umah abg aku nak tgk AF (masa tu AF Mawi tgh glamer tu kan).
Pastu orang sebelah rumah abg pindah - aku duk situ rumah sebelah tu. Dgn 3 orang lain.
Masa kat sini, housemate mmg rapat lah. Smpai skrg still contact pun.
Tapi, ada sorang kakak tu macam misteri. Tetiba hilang. Dia tinggal tilam n kipas je. Pelik nya. Tak ber amik barang2 dia. Mana pergi entah lah.

Tapi, tak lama duk rumah tu. Ayah meninggal and abang pindah duk kampung utk jaga mak.
Makanya, aku pindah lah ke rumah abang aku tu. Sebelah je pun kan
Dekat situ mmg bertukar2 housemate.
Memacam perangai ada. Kalau diingat mmg nak tergelak.

Ada yg macam sayang betul barang dia. Dia pindah pastu tertinggal sudu. Sanggup datang balik semata mata nak amik sudu. 
Pastu ada 2 orang ni student praktikal. Ingat bebtul dah kerja. Tak bagi tahu. Duduk tak lama pastu pindah. Dah satu hal kita kena carik orang lain lagi.
Pendek kata, memang bertukar2 orang lah.

Last last aku dah pening kepala duk reramai. Bila pindah je semua, aku panggil sorang je  opismate. Jadi, duduk lah berdua.
Senang. Takde pening2 kepala. Satu opis, pergi pun sesama. Abis cerita.
Tapi, bila aku nak kawen, dia kena lah carik rumah lain sbb aku masih nak menetap di situ (kira rumah tu on behalf owner gak lah sbb rumah akk ipar aku kan).

Tu hari, masa tolong depa kemas2 (takde la tolong kemas sgt pun), tu teringat balik tu.
Tapi, penyewa lelaki ni lain sket eh pattern dia dari penyewa perempuan.
Huhu.

Kemain excited anak buah ai nak duk rumah sendiri.
Sblm ni dia duk ngan pak sedara dia. Takmo nya duk umah kiterang sbb susah nak keluar masuk. Dgn pass bagai lah. Pastu moto pun nak kena parking luar. Nak ambik parking dalam kena ada geran moto la apa lah. Isk.

Tu hari Ahad tu, amik derang ni gi breakfast. Pastu tetiba abg aku ngajak "jom gi ikea nak"
Ha... aku dgn pakai selebet dgn track ja.
Depa kata takpe..takpe..
Ha.. takpe lah. Merasa lah masuk ikea ngan muka nak gi breakfast kedai mamak ja.
Seb bek dah mandi kan. Musim panas ni mmg lah patploh kali rasanya nak mandi.
Kemain anak buah aku ni nak deco umah bagai2 macam design IKEA.
Ye lah tu... Heheeeee....

1 April 2016

Hello April


Sudah masuk bulan April.
Sekejap saja sudah masuk suku tahun ke 2 utk tahun ini.
Tak lama lagi pun sudah masuk bulan Rejab.

Moga semua baik baik sahaja untuk kita semua :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign