Pages

5 April 2016

Kisah Rumah Bujang



Last weekend bantu anak buah pindah masuk rumah bujang.
Actually bukan lah rumah sewa pun.
Pindah masuk rumah mak dia yg sebelum ni disewa pada orang.

Jadi, dia dah kerja sini, dia nak dok balik lah rumah mak dia tu.
And, masa dia kekecik pun mmg mereka sefamili dok situ.
And then aku pun pernah duk rumah tu gak dalam 7 thn sblm pindah KSU.
Memula duk bujang pastu dah kawen, duk gak kat rumah tu.
Pusing2 situ gak.

Tu bila pergi tu macam terimbau pula kenangan duk rumah bujang.
Aku start duk sewa menyewa ni kira dari UiTM lagi lah.
Masuk degree tu takde dok hostel.
Menyewa lah kat taman dimensi tu kan.
Tu pun melompat dari satu rumah ke satu rumah.
Entah la hapa hapa jadi kaum nomad plak.
Takde menarik sgt lah kesah rumah bujang masa belajar ni selain dari syok tggu boipren amik nak kuar deting ja.
Haha. Maklum la boipren ada keta masa tu. Tahun 2000, boipren ada keta macam "cia-cia-cia" gak la perasaan tu. Haha. Bongok! Adeh. Lupakan.

Bila mula kerja ni lah mula duk menyewa yg kita boleh panggil duk umah bujang nih.
Memula aku duk ngan akak n abang aku.
Pastu carik rumah sewa lain.

Tapi tak jauh pun. Dekat2 ja. Jalan kaki pun sampai.
Selalu jln kaki je pergi umah abg aku nak tgk AF (masa tu AF Mawi tgh glamer tu kan).
Pastu orang sebelah rumah abg pindah - aku duk situ rumah sebelah tu. Dgn 3 orang lain.
Masa kat sini, housemate mmg rapat lah. Smpai skrg still contact pun.
Tapi, ada sorang kakak tu macam misteri. Tetiba hilang. Dia tinggal tilam n kipas je. Pelik nya. Tak ber amik barang2 dia. Mana pergi entah lah.

Tapi, tak lama duk rumah tu. Ayah meninggal and abang pindah duk kampung utk jaga mak.
Makanya, aku pindah lah ke rumah abang aku tu. Sebelah je pun kan
Dekat situ mmg bertukar2 housemate.
Memacam perangai ada. Kalau diingat mmg nak tergelak.

Ada yg macam sayang betul barang dia. Dia pindah pastu tertinggal sudu. Sanggup datang balik semata mata nak amik sudu. 
Pastu ada 2 orang ni student praktikal. Ingat bebtul dah kerja. Tak bagi tahu. Duduk tak lama pastu pindah. Dah satu hal kita kena carik orang lain lagi.
Pendek kata, memang bertukar2 orang lah.

Last last aku dah pening kepala duk reramai. Bila pindah je semua, aku panggil sorang je  opismate. Jadi, duduk lah berdua.
Senang. Takde pening2 kepala. Satu opis, pergi pun sesama. Abis cerita.
Tapi, bila aku nak kawen, dia kena lah carik rumah lain sbb aku masih nak menetap di situ (kira rumah tu on behalf owner gak lah sbb rumah akk ipar aku kan).

Tu hari, masa tolong depa kemas2 (takde la tolong kemas sgt pun), tu teringat balik tu.
Tapi, penyewa lelaki ni lain sket eh pattern dia dari penyewa perempuan.
Huhu.

Kemain excited anak buah ai nak duk rumah sendiri.
Sblm ni dia duk ngan pak sedara dia. Takmo nya duk umah kiterang sbb susah nak keluar masuk. Dgn pass bagai lah. Pastu moto pun nak kena parking luar. Nak ambik parking dalam kena ada geran moto la apa lah. Isk.

Tu hari Ahad tu, amik derang ni gi breakfast. Pastu tetiba abg aku ngajak "jom gi ikea nak"
Ha... aku dgn pakai selebet dgn track ja.
Depa kata takpe..takpe..
Ha.. takpe lah. Merasa lah masuk ikea ngan muka nak gi breakfast kedai mamak ja.
Seb bek dah mandi kan. Musim panas ni mmg lah patploh kali rasanya nak mandi.
Kemain anak buah aku ni nak deco umah bagai2 macam design IKEA.
Ye lah tu... Heheeeee....

2 juta komen

memang banyak kenangan dok umah ngan kawan2... undang2 sendiri kan... dapat yg sekepala, memang ngam la... i start dok umah sewa bila dah start keje. zaman belajr mmg dok hostel ja... heheheh...

zmn kekDa bujang2 ea. part bf bw kreta tu... win kekDa :)
tapi mmg beragam pun bila duduk rumah bujang2an ni, lelagi i is like skodeng jiran dpn rmh almost teruna bujang2, buahaha. gatai nau.
pinjam skru driver la, pinjam playar la... cam hapa tah.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign