Pages

15 April 2016

Penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan Dan Taklimat Di JPA



Smlm pergi taklimat di JPA.
Ramai. Sangat ramai. Kiterang nyaris2 je tak dpt tempat duduk. Duduk belakang. Ingat senang nak gi toilet. Sekali hambik kau.. orang duk atas lantai lah. Berdiri kat depan pintu lah. Huhu.

Hai.. la hai.. seme orang excited nampaknya.
Maklum lah, kump pelaksana adalah penjawat awam yg paling ramai.
Pastu plak skim ni more to penambahbaikan kump pelaksana.
Tu jadi seme pun tak sesabar.
Excited sampai baca pekeliling yang takde lampiran pun takpe. Haha.
Sabau la uols. Tunggu lah pekeliling. Dah keluar bebtul, ha.. sila lah hadam sebelum HR korang bagi briefing. Ni semalam dah keluar, dah khatam? Kami yg HR ni pun jenuh nak hadamnya acik acik oiii.. dah  ada taklimat pun bukan sesenang camtu nak laksanakan.
HR sini pun dah jadi cam hotline. Belum pergi taklimat pun orang dah tanya2.
Dah pergi taklimat lagi lah hotline. Ye ye.. faham tu.. orang bertanya kan. Apa lah salahnya.

Sebelum ni dah ada penambahbaikan (tk silap tahun 2013). Yg JA, H11, N11 semua tu.
Dan tahun ini sekali lagi penambahbaikan.
Makanya, kami di HR dept agak hectic sket lah.
Pulak tu effective date nya 1 Julai 2016. Tapi, mujur lah pelaksanaan ni lebih kurang penambahbaikan yang lama tu juga. At least dah ada experience lah kata orang tu.
Aku nak tinggalkan kerja pun cam lega lah juga hati ni.



Memacam feedback la yg kita dapat dari penambahbaikan ni.
Since gaji minimum di tambahbaik, makanya ada lah sedikit penambahan gaji here n there.
Walau pun smlm KPPA dok tekankan yg ni penambahbaikan skim, bukannya semakan gaji.
Tapi, harus orang kesah kan berkaitan gaji juga.
Contohnya; berikutan penambahbaikan ini, berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji permulaan (gaji minimum) Pemb Tadbir adalah RM1,352.00 (gred N19) dan kenaikan tahunan RM100.
Makanya??
Ya, adalah sedikit "pemindahan gaji" pada orang yg tak cecah lagi gaji minimum tu since dulu gaji minimum Pemb. Tadbir adalah RM928.00. Ada formula kiraannya. Jangan simply2 calculate ya.. tahu lah org HR uols nak kirakan. Worries not.
Rata2 aku nampak kat FB orang bagi feedback depa kata keuntungan pada orang baru.
Hehe.
Kadangkala. Mmg dunia ini tidak adil. Hashtag lah - duniainitidakadil.
Wessss.. acik dulu masuk kerja guna Diploma - gaji permulaan RM1,176.00 sajork. Lebih rendah dari gaji minimum gred 11 noks. Huhuhu. Padahal bukan lah zaman antah berantah sgt pun. Tahun 2004 ja pun.

Itu satu kesah.
Selainnya adalah melibatkan penyeragaman gred jawatan dan kod gaji.
Contoh nya tiada lagi gred 17. Semua dah jadi gred 19
Dan tiada lagi gred 27. Semua dah jadi gred 29.
Dlm pekeliling tu dah ada tulis juga - urusan penyeragaman gred gaji / kod gaji tidak melibatkan urusan pertukaran pelantikan. Jadi, otomatik lah terus tukar gred. 
Jawatan yang terlibat dengan pertukaran pelantikan ni adalah  jawatan dijumudkan, jawatan yg ada kelulusan sijil/diploma tu (ini nanti HR uols terangkan lah dengan lebih lanjut).
Yang lelain, just tukar gred. Nama pun still sama. i.e : Sekarang Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27 dia jadi Gred E29.

Ada juga lapisan kenaikan pangkat yang baru iaitu gred 18, gred 28, dan gred 40.

Ada juga jawatan dijumudkan. Cam ofis aku ni yg terlibat Pengajar Kraf lah. Ramai plak tu. Huhu. 

Begitu lah lebih kurang berkaitan penambahbaikan ni.
Uols rajin, uols baca. Tak rajin, tak mengapa. Pihak HR uols akan tolong baca dan hadamkan (cam ai tgh buat skrg ni). Nanti HR uols akan bagi taklimat. 
Kalau nak kata penambahbaikan ni dibuat secara tergesa gesa, tak tahu nak cakap juga lah.
Kalau jawatan lain, aku tak tahu.
Tapi, macam nak jumud jawatan Pengajar Kraf tu, lama dah orang kementerian, orang JPA mintak maklumat dari kami since kami lah paling majoriti yg ada jawatan Pengajar Kraf. Tak silap dalam tahun 2014 camtu lah. Jadi, tentunya semua ni dah ada kajian terperinci. 

Apa pun, just wait n seee.
Dah.. nak pergi buat gantt chart untuk pelaksanaan nih.
Ada sesapa nak tanggung kerja ai??
Heeeheee :P

**
Muat turun pekeliling perkhidmatan Bil 1 Tahun 2016 - PP1/2016 [link]

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign