Pages

11 April 2016

Feeling Hot




Selama ni pun mmg hot hot hot.
Tapi, maleh la smpai nak buat entry kan.
Sbb kang ada lah bagi tazkirah
"ini baru panas dunia.. bayang kan panas di akhirat kelak"
Ehhhhh.. kauuuu....

Tapi, ku rasa kan malam tadi (Ahad - 10.4.2016) adalah paling panas.
Libang libu rasanya.
Hangat pijo kome weh.
Time tgk tv pun berpeluh peluh.
Bukan je malam. Dari siang sebenarnya.
Berapa kali aku mandi. Pastu each time mandi baju mmg kena bertukar.
Aku rasa semua baju pun tak selesa pakai.
Smpai tak tahu nak pakai baju apa dah.
Ptg hujan sket. Tapi, hujan tu lah buat makin panas.
Mencurah curah rasanya peluh.
Minum dah byk minum dah.
Kembong perot dgn ayo dah ni.

Hall rumah aku mmg takde air-cond.
Tak cukup kaya dulu masa renovate nak buh air-cond.
Tapi, skrg, walau still tak berapa kaya mmg rasa nak install air-cond kat hall.
Tapi, macam prob. Nak tebuk. Nak letak mana. Eish. Rimas plak hai rasa nak pasang2 lagi menda2 nih kan.
Nak beli portable air-cond atau air cooler je lah nanti.
Walau tak se efficient air-cond, at least dapat membantu jugak.
Riki2 air-cooler juga. Cadang nak carik kat kedai2 biasa area rumah ja.
Takyah seng heng, sen q sangat lah.
Carik kedai2 apek yg boleh tawar menawar sudah.

Kat bilik mmg ada lah aircond.
Jadi, mmg rasa nak duk bilik ja. Melipat kain semua buat dlm bilik.
Sebelum ni sesambil tgk tv lipat kain. Eh. Now tak boleh. Lipat kain pun dah kira macam ber jogging jadinya.
Dah asben kata "nak bawak tv masuk dalam bilik lah"
Haha.
Kipas mmg tak jalan. Aircond pun rasa tak rasa je.
Tapi, bila dah buka, dah nak pagi tu, macam sejuk sgt plak. Bila tutup, pasang kipas balik, dah berpeluh2 pulak.
Eh.
Memang libang libu la.

Last week, econ ofis rosak.
Bagus lah sangat kan. Dah rasa nak stroke haba dibuatnya.
Tak tahan aku. Esoknya mintak MC.
Rest kat umah. Gelapkan bilik semua. Pasang econ. Syorgaaa...
Ate, kedek sgt kat ofis tu nak rendahkan suhu econ kan.
Dah rasa nak jimat sgt, suruh je semua staff kerja dari rumah. Jimat duit letrik kan.
Pfftttt...
Lps tu bila kita macam bebising, kuar la lawak tazkirah "panas dunia bla bla bla...."
Pffttt kan lagi. Tang panas je lah ingat akhirat, tang menda lain takde plak nak ingat.
Pffttt lagi sekali.

Apa pun, kita doakan lah agar fenomena el nino el nina el nani ni cepat abis.
Tak tahan dan tak tahu nak buat apa lagi dah.
Takkan nak tido depan peti ais.

4 juta komen

ahaha... panas sgt smpai el nina el nani sumer kluar :-P

tp ahad smlm pon mmg my hubby komen panas gak. dia siap peluh2 lg dlm air cond... i x rasa panas sgt, siap selimut kaki coz rasa sejuk...

iyelah malam tadi ... mmg panas semacam, rumah kt org hujan pukul 3 pagi.. bgn pagi panas ya amat pg ni huhuhuhu ... opis ni ekon pun tgh mabuk .. kepanasan.

memang panas bebeno skrg nih.....
nak siap ke opis pun nak kena pasang air cond...padahal elok je baru lps mandi......
baju...sehari 2 3 helai bertukar.... hazabbbnyaaa rasa.....


rumah saya takde aircond. bayangkan laaa panasnya.
tengah2 malam pun boleh bangun mandi.
walhal saya ni la paling pemalas nak mandi huhu

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign