Pages

26 February 2014

Trip Ke Melaka 2014

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Huwa.. ini kejadian bila nih?
Awal bulan tu hari. Masa yg blog aku giler tu. 8 Feb 2014.
Pastu terus down, malas nak buat entry blog.

Wedding my alam maya friend's.
Hihi.
Back in 2002 - 2004. Masa tu manade facebook instagram segala.
Yg paling bes nak carik kawan (selain MIRC yang duk tanya ASL yang bukan bermaksud asal tu) adalah di forum. Aku paling aktif di forum mesra dot net. Dari situ kami berkawan, smpai lah sekarang.

Kira kawan ni tahap bebetul kawan. Bukan setakat hai hai bye bye. Cam aku, mmg ada 3,4 orang yg mmg rapat hingga sekarang. Siap jadi pengapit segala. Yang sanggup turun kampung aku masa aku tunang, kawen. Hurm. Kawan sekolah pun tak camtu kan.. eh..? Hahaha.

Yang bes tu, masa porem kan tak guna nama betul. Dan nick name itu lah kami guna sehingga sekarang. Kawan yg kawen ni namanya Jamilah. Tp kami senang panggil Hasta. Hihi.

Ohoi. Aku tak tahu lah kenapa aku boleh bertolak dari KL jam 1tghari. Bayangkanlah.
Aku bajet smpai Melaka dalam kul 2 lebih. Sejam setengah kan.
Sekali kau... 5 minit lagi dewan nak tutup yakni 3.55petang. =_=

Ini lah pertama kali dalam hidup aku buat perangai cemni.
Takmo buat dah... giler kau. Mujo pengantin tak pergi outdoor lagi.

Oleh kerana lama tak pergi Melaka, kami decide overnite terus.
Mula tu ramai yg nak overnite gak.
Tapi tak jadi.

Melaka.
Cam biasa la.
Ikan bakar. Coconut shake. Kuih Keria. Cucur Udang.
Ikan bakar. Makan kat Alai. Memula pergi kat Muara Sg Duyung tu. Pastu cam erk. Ramai giler kot. Kedai satu. Igt ada banyak kedai. Rupanya dia macam kat Jeram tu. Sebuah kedai. Tu yg terus g Alai tu. Dah tak jauh dah pun.

2x dah try nih. Dulu kedai lain. Ni kedai lain. Tapi tetap aku rasa Bagan Lalang gak best.
Entah ek. Kiterang tetap suka seafood BL lah. Tak kira kedai mana. Mmg sedap situ.




Coconut shake (CS). Wajib kot. 
Mula tu kami gi lepas kenduri. Pergh. Panas. Dengan tempat penuh. Nak beratur panjang. So, tak payah. Pergi sebelum balik je lepas check out. Awal2 lagi. Tak la ramai sgt orang. Minum situ dan tapau gak satu. Tp apsal skrg ni rasa susu sangat eh. Dulu cam bes sket.
Katanya sekarang CS Batu Berendam lagi bes eh?

Oh. Kami tido kat Explorer Hotel.
Recommended.
Bes. Tgh bandar. Easy access. Bebetul sebelah Mahkota Parade. Dan berdepan dengan Dataran Pahlawan.
Tapi takde breakfast.



No hal. Kami breakfast kat kedai perhentian kuih kampung. Dekat gak ngan hotel (naik kereta la. Jangan jalan kaki lak).


Balik tu saja ikut jalan dalam - lalu Masjid Tanah semua. Dan wajib lalu UiTM Londu. Haha. Dulu dah pernah masuk dalam. Skrg tak payah la. Pass by pun cukup. Kang menyampah laki aku kang. Apa keja nak pergi UiTM je kan.


Berhenti jap Alor Gajah. Makan cucur udang. Apsal tak rasa cam dulu dah. Tak bes.
Nasi Ayam Nadia kat stesen bas tu mana pergi? Tu lagi tempat kenangan. Lunch date situ. Kira abis haibat dah lunch nasik ayam. Hehari pun takpe katanya. Almaklum lah masa tu boipren ada keta. Huwa huwa huwa.... bongok je cite2 camni. 
Stesen bas pun dah besar. Pasar tetap sama.

Oh. Cuma tak dapat satu je. Kuih Keria kat Limbungan tu je.
Masa nak balik nampak kedai tu.
Tapi masa dari tempat kenduri kawan aku tu, tak perasan.

Sedih. Tkpe, ada rezeki kita pergi yea.

Pendek kata - bes gi Melaka kali ni. Smooth je :)

3 juta komen

Akakkk..lendu tu uma sy..haha..x sangke akk pon study uitm malke dlu ke???

ok la kan lagi 5 minit dewan nak tutup, saya dulu penah pi kenduri kawan, masa sampai dewan dah tutup, pengantin dah pi outdoor, last2 jumpa kat umah dia lepas maghrib, ofkos la time tu pengantin dah x pakai baju pengantin kan.. seb baik makanan ada belen lagi so dapat lah makan lauk pengantin..... hihi

NURUSSAADAH :
Yer.. akak study UiTM Melaka -
Dip : Tahun 1997-2000
Degree : Tahun 2000-2002

MASZ :
Huhu..kiterang tu ari, dapat makan sket2 je.. lauk pengantin yg ada lelebih tu. Huhu..sadisss...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign