بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Oke mari celoteh sket. Lama tak bebel bebel kan. Huhu.
Tadi terbaca citer pasal Air Asia. Sebelum ni ada adik aku, si Mar dah bagi link tu kat w.app tapi aku tak bukak lagi (data plan dah nak out. APTB). Mar kata dia risau2 lepas baca citer tu sbb dia nak naik AA bulan 3 nih.
So, bila baca tu baru la cam oooo.. pasal orang tak boleh naik flight dan kena beli tiket lain.
Aku baca kat forum pun. Pastu majoriti kecam budak tu. Huhu. Sadis.
Ye lah. Punca nya masa kan. Naik flight bukan boleh buat sambil lewa, lenggang kangkung.
Kesian mmg kesian lah sbb kena beli tiket baru.
Tapi, aku rasa memana airport pun camtu. Tak boleh lewat.
Aku mmg ada pengalaman hampir tertinggal flight.
Dan ada pengalaman tertinggal flight.
Kedua dua tu dengan MAS.
Yang hampir tertinggal tu - nak pergi Kelantan - urusan kerja.
Memang seram sejuk dah. Lewat sbb tunggu sorang lagi tak smpai. Masa tu Naik ERL dr KL Sentral.
Oleh kerana lambat, dah tak boleh check in kat KL Sentral (masa tu takde lagi online check in/self check in). Maka, kami terus naik ERL ke KLIA. Smpai KLIA gi kaunter, derang macam dah tak boleh bertolak ansur. Luckily, aku pergi masa tu ngan lawyer. Lawyer tu kata dia ada kes perbicaraan kat Kelantan. So, derang bagi. But, u know la KLIA kan. Berpeluh tiak berlari nak carik pintu dia. Hoh. Mujo day trip yang tak bawak banyak barang! Smpai dalam plane orang lain pun dah senyap duduk, kita je terhegeh. Dan mmg rasa merah muka time masuk sbb orang mesti cam 'hek eleh, tggu bebudak ni rupanya jadi lambat'. Tu mujo Kelantan. If international - rasanya mmg tiada maaf bagi mu. Sudah la kena naik tren lain lagi la apa la nak ke international punya gate kan.
Yang tertinggal flight tu - pun urusan kerja - hehehee.. mmg my fault. Kihkih. Masa tu dah la dgn bos. Mujo bos super sporting. Sudah la bulan puasa. Sebabnya aku kata flight pukul 1 lebih, sebenarnya 12 lebih. Gitu lah lebih kurang. Pergi bertiga dan semua pun cam percaya je la timing aku cakap tu. Tak de la nak check tiket balik ke apa pun. Aku pun tak ingat dah. Sudahnya kena beli tiket baru (mujo bos tak suh aku yang bayo. Huhu). Dan tunggu flight petang. Dan berbuka dalam flight. Huhu (T_____T).
Itu pun satu kes gak. Sbb nampak aku ni cam proper n organised person kononnya kan (ye lah, nak pergi memana mesti ada checklist, survey, research bagai), maka kalau aku cakap tu orang percaya dah la. Kata kul 2, kul 2 lah. Takde la nak re-check ke hapa. Kompiden. Tu ari masa nak ke HK tu pun nyaris2 gak la. Tapi mujo masa masih byk, jadi tenang la sket. Bila sedar salah gate, kita boleh la lagi carik dengan tenang semua kan. Sebab tu kena pergi awal. In case apa2 hal, senang nak tanya orang ke apa. Takde la kelam kabut.
Kesimpulannya. Masa mmg kena jaga. Naik la apa pun. Flight ke bas ke. Takkan la derang nak tunggu kita kan. Flight delay tu mmg ada terjadi. Jangan kata AA, MAS pun ada. Pernah terjadi tunggu 4 jam kat Sarawak nun akibat delay.
Kita pun tak tahu cerita sebenar benarnya perihal budak yg gi Medan tu. Cuma, kalau nak naik flight tu, bersedia lah awal. Takpe la kaunter tak bukak pun lagi. Nak cepat - online check in - then smpai sana check in luggage je. Takde masalah. Cuma kat AA ni announcement dia cam celaru. Aku tu ari gi.. gi mana ah.. aaa gi Krabi. Ingat kot naik kat tpt international. Rupanya domestik. Pastu tempat c.in luggage pun cam pepelik. Pastu bila bawak tripod kamera tu kena masukkan tempat lain. Pendek kata - mmg rasa ah, takmo naik AA dah pasni. Tapi tak jugekkk.. itu jugak kita carik. Kalau orang semua dah bebetul boikot takde la bila nak beli masa promo tu asik kat waiting room je berejam kan. Huhu.
What u pay is what u get. Tapi tak sepatutnya la pun staff dia pun rasa 'kau bayar murah, perkhidmatan murah kau dapat' Tapi, tu lah... nak kata cemna kan.
Kita pun kalau boleh nak pilih yang selesa. Cam aku gi HK tu ari - aku naik MAS - sbb perjalanan agak lama. Dan masa harga tiket MAS sgt murah. Kalau domestik - pilih AA atau pun firefly. Malindo Air tak pernah cuba lagi. Ofis kiterang pun, pilih mana yang lebih ekonomi. So, takde la kata boikot..boikot. Entah, tak reti la aku nak boikot2 ni. Takut terjilat ludah sendiri. Eiuuuu.... cam dulu tu kan - sebok kata boikot McD. So, skrg amacam??? Tumpang gelak je lah. Eh. Tu citer lain.
Dan... tara...
Kihkihkih.
Tu aku kata - tak boleh nyer nak cakap boikot, takmo naik. Takde nyer.. harus ter naik jugak. Dah itu pun pilihan murah. Yang ni aku terpaksa gak amik walau perjalanan lama - sbb bila compare dengan MAS mmg sekali ganda harganya. No choice lah. Nak berjimat punya pasal. Yang sekali ganda tu boleh buat duit penginapan kat sana.
Kesimpulannya - tepuk poket, tanya bajet. Haha. Oke, tak relevan. Bye. Ada rehearsal nih. HKK dah start - jom la memeriahkannya!
1 juta komen:
assalamualaikum kekda. heheee teringin nak naik malindo.. heheeee kita beli mana yang murah. malas nak boikot2 ni.. tak pepasal kena naik gak satu hari nanti kan kekda ~~~
Terima kasih atas komen anda :)