Pages

25 February 2014

Happy Birthday, Kekanda

Haha.
Nyampah kan?
Haha. Sesekali. Kasik can lah.

24.02.2014.
Hari lahir suami yang ke tiga puluh lima. 
Hiihi. Saja eja. Bagi tak napak besar sangat nombor tu.
Rasanya berkongsi tarikh lahir dengan ramai lagi suami kawan2 lain.
Suami Ely - ex osmet ku dulu. Suami PutriesNoora.

Sebenarnya mmg takde plan apa pun.
Takde la kata nak beli voucher groupon ke, nak plan masak2 ke.
Takde. Langsung tak pikir apa.

Kenapa ntah.
Hadiah pun takde. Huhu. Sedih.

Dah last minit baru cam teringat, alamak, nak buat apa ni. Tu pun dah malam. Ingat nak masakkan spegeti. Suh myDH bawak ke ofis. Makan ngan kengkawan dept dia. Pastu dia malas nak keluar. Nak beli barang apa semua. Sbb petang tu dah keluar ke Jusco. Tapi masa tu aku tak pikir pun nak masak2 apa semua.

Jadi, aku pun up gmbr kat instagram n FB. Tanya kat mana nak makan2 western.
Ada la 2,3 orang bagi idea. Ye lah. I'm not Hanis Zalikha mahupun Lady Yusry kot untuk beribu orang nak respond suh makan kat situ, kat sini.
Takpe, 2,3 orang pun dihargai juga.
Idea semua boleh diterima pakai.
Mungkin satu hari nati boleh digunakan :)
Terima kasih kawan2.

So, aku amik satu idea. Aku pun tak terpikir. Mujo kawan tu bagi idea. If not, jenuh perah idea. Haha.
Itu pun esoknya aku call dah tengahari. Lupaaa.. Haha. Call tghari utk reservation petang. Boleh la tu.
Thank u my adik - Eida Baharum untuk idea awak yea... :)

Kalau birthday aku bulan 12 tu, nun tinggi di puncak awan.. ngeee.. kali ni dikelilingi bunga bungaan lak.
Celebrate di Flora Kafe Ampwalk. 
Sebabnya. 
Dekat ngan ofis. Nak balik rumah pun senang.
Hari weekday ni mmg takde la nak g jejauh. Lelagi tempat yang aku tak biasa.
Yang ni kalau aku tak tahu, mmg tahap kena sekeh kepala la kot.
Sentiasa lalu (walau bukan hehari). Che Merah pun beli kat area2 situ kan.


Dia kalau ada special occasion, dia ada pakej. Siap deko2 meja bagai. Siap ada hidangan istimewa. Tapi aku tak amik hidangan tu. Aku amik ala-carte ja. Acik kan tak makan nasik memalam. Hihihihi.
Hidangan tu nasik berlauk. Antara lauk dia asam pedas, ayam goreng berempah, daging kicap.

Kami amik ala carte.

MyDH amik chicken chop. Me - mi bandung.
Juga tauhu sumbat. Pencuci mulut - Sago Gula Melaka.
Mi Bandung itu sedap.
Dan kami sangat kenyang.

Bila kita buat reservation utk special occasion ni, dia akan deco meja. Ada photographer (utk dia masuk gmbr dalam FB dia). 

Kek pun ada kalau nak. But, kiterang beli kat luar. Sbb aku teringin sgt kek ni. Lama tak makan. Kek ni mmg sedap. Kalah Secret Recipe punya. Dulu, masa duk Unit lama, asal ada befday adik2 unit, kek ni lah kami beli. Suka. 

Kami smpai kul 6. Reserved nyer kul 6.30. Tersampai awal pulek. Tp dah siap dah semua. Ala- Carte pun tak tunggu lama. Oke je. 

Great. Nice place. Nice ambient. Kita duduk je dia terus pasang lagu2 romantik gitew.
Dia ada memacam menu. Tp specialities dia malay food. Mesti orang ramai ingat kedai cemni sure western kan. Takde..dia banyak malay food :)


Oke la tempat ni. Sapa takde idea nak kemana nak celebrate birthday sang suami ke, sang isteri ke, boleh la datang sini.

Semak FB derang utk call/reservation yaw.
Mell tu mmg ramah tamah je layan kita bila kita buat reservation.
And staff kedai tu pun seme friendly.

Next time boleh dtg lagi. N cuba lelain food lak.

3 juta komen

yeayy! terharu kekda gune idea ida. hehehhee.. sbb ida mmg puas hati dgn FLora Cafe ni, hehehehe

Wah cantiknya umah br org tu.header yg sgt mengiurkan.ada jussss


Glemer flora ni.retis pun byk mkn kat sana.tinginnya nak p.btw.happy befday to kekda's housemate.smoga dberi kesihatan yg baik,rezeki yg mencurah2

selamat hari lahir buat abg lan .. semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki ... sesekali makan mcm ni cr kelainan barulah best hihihihi

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign