Pages

4 February 2014

Edisi Jammed Balik Chinese New Year


Jammed masa CNY mmg tak dapat disangkal lagi.
Pernah tercipta rekod dari KL  ke Ipoh 7 jam. Masa tu belum kawen. Aku lupa tahun bila.

Lps tu serik. Takmo balik time CNY.
Tapi, ada skali, dah kawen. Pun 7 jam.
Masa tu tetiba gatai nak balik tghari. 

Dalam lpas zohor kot keluar. Sbb bajet orang dah awal2 balik.
Skali kauuu.. hazabbb...

Siap kuar ikut jalan lama - masuk balik hway.
Smpai kg dkt tgh malam. (T____T).

Kali ni, balik gak la. Walau tau hazab. Sbb utama nak bawak mak settlekan urusan2 hari Isnin tu. Tak perlu lah mintak cuti since KL mmg cuti kan.
Jadi, balik Sabtu - pagi.
Hazab jugak walau pada andaian kami orang dah ramai balik pada petang Khamis dan hari Jumaat.
Cuma tidak la terlalu sesak

Ni kat area selepas hentian Sungai Buluh tu. Phew.

Dan dkt area Slim River  - cam biasa kereta gerak cam semut - kadang2 berenti terus. Tp lepas2 tu oke saja.
Mujo ada portable wifi - huddle YES nih. Sempat aku nulis blog. Haha.
Entry sebelum ni adalah di draf dalam kereta. Nak termuntah haku dibuatnya menulis. Haha.

Ini pula perjalanan pulang. Hari Isnin. Bertolak dari kampung lepas zohor.
Sudah dijangka lah walau dalam radio kata Ahad tu pun dah kenderaan bergerak perlahan di merata rata tempat.

Stended arrr.. balik raya cine maa.. mana2 pun jammed lah.
Ini pun syukur sbb masuk kat Ipoh. Kalau dari Penang. Lagi hazabedah.
Kalau siapa dari Utara tu better kuar kat Kuala Kangsar - ikut jalan lama dan masuk balik kat Ipoh sbb nya nanti kat tol yg orang Ipoh masuk tu, orang dari Utara akan stuck utk bagi laluan kat orang yg lepas tol Ipoh. Dan kami kat situ selamat sbb smooth dan nak masuk lane pun mudah. Kesian yg mmg dah dari Utara sbb panjang juga jammed nya. Ye lah 4 lorong nak jadi 2. Tu yang jadi cam atas tu.

Chill!
Makan kacang je dulu.
Chill mmg chill. Aku makan je tak berani nak minum. Sbb aku takut nak terkucil jadi hazab nak beratur. Aku nampak kat hentian mana tah, orang beratur smpai luar toilet. Woh. Wohhhhoo....


Dan layan youtube - segala MLM aku tgk. Dan ulang MLM part Shiro yang jadi Mujibul tu. Aku suka giler tau Shiro buat Mujibul tu (Shahrol). Kalau ada vote mana paling kelakar, aku mmg vote yg itu. Haha. 

Oh. Performance YES ni sgt memberangsangkan yer sepanjang hway. Thank u Proton bagi YES free setahun ya. Kalau oke, saya akan terus melanggan dengan YES.

Hoih. Makan kacang dah. Tgk u tube dah. Bila nak sampai nih. Dah nak malam dah ni. Phew.. 

Dan akhirnya. Setelah 5 jam.
Kami masuk LATAR dan exit kat Templer tu. Mmg selalu lalu situ. So, takdak la kena jammed area Sg Buluh dan tak perlu masuk jalan Duta.
Pastu berenti solat maghrib (jamak Isyak terus) kat RnR lps kuar tol situ.
Pastu tetiba ada mamat mintak rokok plak kat MyDH. MyDH kata dia tak merokok.
Hoi. Takutnya. Aku mmg dah rasa cuak ja. Mujo lps dia tanya tu ada 2 bijik keta polis masuk.
Phew.

Lps solat, tgk mamat tu naik keta Myvi. Ada family. 
Ah. Tak kira lah. Walau dah bersalah sangka, tapi zaman ni apa pun boleh jadi.

Dah la dia pegang cam jaket. Kang dikeluarkan pisau - mintak duit - apa pun tak dapat. Baik la buruk sangka dan baik hati terus. Malam2 pulak tu. Orang pun tak ramai kat situ. Bahaya oih. 

Lapau - singgah tapau nasi lemak kukus. Hiwhiwhiw


Oke. Ni sebenarnya semua ada kat instagram pun semalam.
Saja di panjangkan cerita. Hihihihihi.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign