Pages

17 February 2014

Happy 10th Work Anniversary!

~Bismillahirrahmanirrahim~



Semalam.
16 Februari 2014.
Genap 10 tahun bekerja di sini.
Genap 10 tahun juga menjadi penjawat awam.

Seperti mana yang aku tulis kat instagram semalam.
Masih terlalu kecil sumbangan yang diberikan berbanding pengalaman yang diperolehi.
Hurm. Bukan pengalaman je dapat. Suami pun dapat kat sini. Hihi. Jodoh kata orang kan. Tak sangka pula bertemu jodoh dengan rakan sepejabat. Tahun ke4.
Lepas tu diberikan rezeki utk naik gred juga. Tahun ke5. (Eh. Tahun 2010 la. Tahun ke6 lah).
Juga rezeki APC (ni lambat sket - tahun ke 7).


Ada lagi 25 tahun service kalau ikut yang wajib lah.
Mana tahu kut nak opsyen awal ke kan. Hihi.

Apa pun, moga pekerjaan ini sentiasa mendapat keberkatan dan mendapat keredhaan dari Allah.
Moga terus dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat dengan organisasi ini dan kepada masyarakat secara umumnya.


17 Rabiulakhir 1435

2 juta komen

alhamdulillah .... moga rezeki sentiasa dimurahkan di tempat kerja.. amin ..

Assalamualaikum kekda. wahh lamanya dah bekerja kat situ. alhamdullilah. semoga terus murah rezeki bekerja disitu ya ~~~

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign