Pages

18 November 2013

Masalah Sistem di JPJ

Ambil langkah atasi masalah mySIKAP

Putrajaya: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenal pasti wujud gangguan pada sistem pengkomputeran mySIKAP yang menyebabkan proses urus niaga menjadi perlahan sehingga mengakibatkan pelanggan terpaksa menunggu lama untuk menyelesaikan urusan masing-masing.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, perkara berkenaan menyebabkan pejabat JPJ menjadi sesak sehingga menimbulkan kegelisahan serta rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai apabila berurusan di pejabat JPJ. Berikutan itu, beliau berkata, JPJ memahami masalah berkenaan dan memberi perhatian serius dengan mengambil langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi menyelesaikan isu itu. “Antara langkah yang diambil ialah dengan membuka kaunter perkhidmatan di semua pejabat JPJ di seluruh negara pada hujung minggu; Jumaat dan Sabtu bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu serta Sabtu dan Ahad bagi negeri lain.

“Langkah ini sudah diambil sejak dua minggu yang lalu dan akan diteruskan sehingga sistem mySIKAP stabil,” katanya dalam kenyataan, semalam. Ismail berkata, inisiatif lain turut diambil ialah dengan menubuhkan bilik gerakan yang beroperasi setiap hari bagi memantau prestasi sistem serta menerima aduan daripada semua pejabat JPJ untuk tindakan penyelesaian serta-merta. “Selain itu, kami mengarahkan vendor yang bertanggungjawab ke atas pembangunan semula sistem ini untuk meningkatkan keupayaan kerangka utama daripada 415 mips kepada 1200 mips bagi menampung keperluan sistem JPJ. “Pada masa sama, JPJ bercadang untuk melantik panel bebas bagi mengkaji secara menyeluruh isu dan masalah yang berbangkit daripada migrasi sistem SIKAP kepada mySIKAP supaya penyelesaian jangka panjang yang konkrit dapat diambil,” katanya. Beliau berkata, panel bebas berkenaan akan melihat sama ada vendor dilantik melaksanakan pembangunan sistem mengikut keperluan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh JPJ.

Kredit : Metro
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/16 

*****
Haaa....saja aku nak selitkan cerita pasal masalah JPJ ni kat blog aku ni. Saja. Buat kenangan. Sebab, secara tak langsung, aku pun turut terlibat dalam ini gambar. Grrrr.... geram btul. No pendaftaran kereta baharu pun jadi lambat sbb dek system yg down ni. Betul la mencabarkan kesabaran. Rupanya sbb MySikap ni lah ye.

Dah kenapa time ni plak dia nak bermasalah kan.. bulan ni jugak la dia nak ber mySikap segala. Tapi aku rasa, ada ramai jugak rakan lelain terlibat. Tak kira lah apa urusan pun, semua ter kena.

Aku ada pergi JPJ masa weekend (last week, tapi tak ter settle jugak masalah aku). Skali ada pelanggan tu kena tempik dgn kakak yg jaga kaunter situ. Kesian plak aku tgk org tu terkulat-kulat. Aku suspect kakak tu berhangin sbb dia kena kerja hari minggu (masa tu minggu pertama yg JPJ buka Sabtu Ahad). Wah. Hangin kau je kau tahu. Hangin kami yang datang - tapi - system -asyik - down ni nak letak mana? Letak pajak gantung?. Aku dah rasa cam nak emel jeeee kat JPJ. Memalukan penjawat awam betul. Kot yer pun kawan tu tak faham, cakap leklok tak buleh ke? Nak tempik2, nak jerkah2 orang kenapa? Kau dibayar kot kalau kerja Sabtu Ahad ni. Ke kerja Lillahitaala je takde OT? Takkan la kan........


Aku byk lagi plak urusan kat JPJ ni. Dengan E-Batal aku yg aku tak amik lagi kat bank, pastu nak bawak ke JPJ. Pastu lesen memandu yang dah nak expired. Harus la kena pergi cepat2 gak ni. Udah la sistem asik down. Aku nak buat lesen baru yg ada gambar tu. Tak kiraaaa........

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign