Last week ke last 2 week ke salah sorang sahabat menulis status di FB yang katanya ada orang suggest gaji cikgu dibayar half je masa cuti sekolah sebulan nih.
(-_-")
Aku dah cam.. eh, kenapa? Tak pernah langsung aku terpikir camtu kot.
Mungkin la pada orang tu, yg cikgu ni seolah cam Cuti Bergaji Penuh kot masa cuti sekolah tu.
Kalau camtu, dah kita kerja dari jam 8pg hingga 5ptg ni, dan mereka (cikgu) kerja dari jam 7.00pagi lepas tu boleh balik (kalau takde kelas tambahan apa la) sebelum jam 5.00petang, pun tak sama juga dengan jumlah jam kita kerja kan. Kenapa tak suruh potong je gaji derang ikut jam cam kita kerja?
Secara jujur aku pun kadang terselit juga perasaan 'jeles' kat cikgu cikgi ni.
Masakan tidak. Kita yg kerja govt lain nih (aku compare dengan kerja kerajaan je dulu ye), KUP pun kena tggu 15 tahun. Hari tu la baru keluar Pekeliling KUP Time-based 13 tahun. Itu pun utk kump Pelaksana. Kump gred 40 ke atas, mmg tak dapek la den nolong. Tapi cikgu, tak kira gred apa pun, 10 tahun dapat KUP naik gred. Jadi, kawan2 aku yg gred 41, genap 10 tahun dapat gred 44 dah.. best betul! Lps tu ada pulak term 'Guru Cemerlang' yang dapat KUP dalam tempoh 5 tahun sahaja. (sumber : MOE). Betapa beruntung nya cikgu kan.
Itu tak kira insentif bagai2 lagi. Yang cikgu Maths, dapat insentif, cikgu BI dapat.. ni pun dengarnya nak naik lagi insentif.
Tapi, bila aku pikir2 balik... pikir2 balik... pikir2 balik...
Takpe la derang cepat naik pangkat pun.
Takpe la derang dapat insentif bagai bagai pun.
Sebab... I'm not born to be a teacher.
Ye lah. Aku rasa aku tak sanggup nak ulang satu perkara yang sama dari hari pertama bekerja smpai umur 60 tahun kot. Mula dari Januari hingga lah Disember. Tahun lepas dah buat menda tu. Tahun ni buat lagi. Sediakan rekod persediaan mengajar, nak tanda buku, nak buat test, exam bla bla bla. Tu tak kira nak gunting2 kertas, kad manila la apa la utk hias kelas, nak buat latihan sukan (panassss...mmg tak kuasa), nak mesyuarat PIBG lah, nak hari kantin lah dan segala mak neka lagi lah. Kalau sekolah menengah lagi pening. Nak control budak sekarang bukan senang wey... kalau perangai macam comel je..macam comel je tu tak pe lagi. Keluar yg perangai macam macam je..macam macam je..lagi pitam. Akhir tahun ni aku tgk rakan2 aku yang cikgu mengeluh nak key-in apa ke benda ntah secara online tapi system down. Betapa tensionnya kan. Alangkan kita yg nak buat LNPT/SKT guna sistem HRMIS tu pun kita dah malas.. ni kan plak menda yg remeh temeh ni.
Takyah la suruh aku cuba mengajar ke apa. Sbb nak proof kan bahawa kerja derang ni tak susah. Haha. Takyah suruh. Aku pernah jadi. Memang la tak lama. Setahun je. Tp setahun tu sama je la apa yg cikgu lain buat. Sukan, bawa budak pergi pertandingan pantun, pancaragam, PIBG, mesyuarat panitia.
Cukup la tu. Nak kata susah senang tu, terpulang pada kita. Sebenarnya minat dan 'born to be' tu kena ada. Aku rasa aku mmg bukan born to be utk jadi cikgu. Jadi, walau aku tak la rasa susah mengajar ni tapi aku rasa aku mmg tak boleh nak jadi cikgu. Aku rasa aku tak sesuai utk kerja yg aku kena hadap menda yg sama setiap tahun. Kalo 10 tahun? 20 tahun?. Nak tunggu pencen?. Pitam! Baik duk dalam pejabat ni weh. Takpe la kena maki ngan orang kata lembap nak naikkan pangkat orang ke apa. Asal seleso membeso kan badan. Kihkihkih (abis... duk melepap je dalam ekon, peluh langsung tak keluar).
Dah la. Biar lah derang bercuti dengan gaji penuh tu. Derang tu nak dapat cuti rehat pun susah. Cuti yang derang panggil Cuti Rehat Khas (CRK) tu pun ada 7 hari setahun. Pulak tu tak boleh di carry forward cam kita ni. Boleh bawa ke Gantian Cuti Rehat (GCR), tp kesian la kot..7 hari je. Cam kita ni boleh bawa ke GCR separuh dari peruntukan Cuti Rehat kita (yang mana2 rata Cuti Rehat adalah start 20-22 hari setahun). Siap boleh juga carry forward next year kalau tak abis cuti rehat tu. Aku pun dari start kerja hingga sekarang mmg simpan utk GCR dalam 10 hari setahun.
Pekeliling Berkaitan :
Berkenaan Cuti Rehat ni jugak, aku rasa kalau aku jadi cikgu, dalam delima aku nak bercuti sbb aku jenis orang yang tak suka bercuti dalam keadaan crowded nih. Kalau cuti sekolah, hotel crowded, tempat peranginan crowded, nak kena booking seawal mungkin, semua tpt jadi peak-season. Haih. Tak suka..tak suka.. Tapi aku ada je member cikgu, tau2 dah bercuti ke luar negara, waktu tak cuti sekolah. Eh. Senang plak. Mungkin G.Besar/Penyelia dia oke kot. Better la aku kerja sekarang ni. Nak cuti, boleh plan bukan peak-season. Rasa nak gi Cameron Highland ke, pergi je hari weekday. Seleso acik nak kutip stoberi ha.. tgk je kereta berjujut turun ari Ahad tu. Acik rilek je baru nak naik start bercuti. Ko dapat kalau ko cikgu?? Tak dapek la.. dan mungkin kalau jadi cikgu, ada rasa 'tak sampai hati' nak bercuti waktu sepatutnya kita mengajar kan. Responsibility mungkin. Kesian kang ada cikgu kena ganti kelas kita lak kan dan kita amboi..sedapnya bercuti.
Aku tidak menulis ni kerana ada conflict of interest sbb adik beradik aku semua cikgu. Yerp.. mmg dulu parents aku nak sgt aku jadi cikgu supaya kelima lima anak mereka dpt title 'cikgu'. Tpi aku tak rasa aku cenderung ke arah ke-cikgu-an tu. Dah course masa study pun sah sah takde harapan nak jadi cikgu. Ada la gak 2,3 kali amik exam KPLI yang bagai bagai tu (padahal soklan exam PTD lagi senang). Dan mmg aku tak harap sgt pun cikgu tu.. saja... dan akhirnya akur cikgu bukan lah kerjaya ku.
Jadi, bila dipikir pikir, tak perlu lah kita nak jeles menjeles ngan rezeki cikgu ni.
Dia, rezeki dia.
Dia, rezeki dia.
Kita, ada lah rezeki kita.
Bukan kah rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk?
p/s : Tahniah utk anak2 yg dpt keputusan cemerlang dalam UPSR. Anak buah acik dapat 3A 2B. Punah harapan acik nak bawak dia g USS (cea..sebenarnya makcik dia ni yg nak sgt pegi USS tu. Huhu. Tp still boleh consider kot. Tggu result PMR abang dia lak).
p/s : Tahniah utk anak2 yg dpt keputusan cemerlang dalam UPSR. Anak buah acik dapat 3A 2B. Punah harapan acik nak bawak dia g USS (cea..sebenarnya makcik dia ni yg nak sgt pegi USS tu. Huhu. Tp still boleh consider kot. Tggu result PMR abang dia lak).
Terima kasih atas komen anda :)