Pages

29 November 2013

Edisi Groupon : Hi-Tea

Lama giler tak ber Groupon ni rasanya.
Sbb tu hari ada barang tak smpai lah. Pastu aku tak pergi lah. Smpai expired voucher tu (T___T).
Jadi, lps tu, aku akan beli apa yg aku mmg rasa perlu je. Takmo yg rasa nak suka2 je. Membaziaqqqq....

Tapi, oleh krn bulan depan (Dec) ada double celebration, harus kena carik gak la voucher.
Nak carik dinner kat hotel lah kononnya. Anniversary katanyeee. Walau takde la nak candle light dinner bagai, makan kat hotel pun jadi lah.. (tu pun guna voucher - cheapskate. Muahahaha)

Carik punya carik. Jumpa satu yg bes.
Tapi kena lunch plak. On dat day aku ada jemputan kenduri. Jadi tak boleh lah lunch.
Jadi, carik lagi.


Yey! Jumpa. Tu pun deal yg dah hampir2 tamat waktu nak beli nya. Mujur sempat beli. 
Bes nih uols. Sapa2 nak celebrate anniversary boleh beli ni. Cam aku ni, harap nak beli kalau takde voucher ni mmg takkan la. Mahal kot. Hi-tea pun tahap ratus2 dah. Ni dgn voucher ni dpt makan, dapat masuk observation deck (lama dah aku teringin nak naik) and dapat masuk blue coral n animal zone (ni tak bes pun kot). Okey lah tu kan. Lagipun, kalau nak tahu, aku tak pernah naik pun KL Tower nih. Eh. Bukan saja naik, gi area tu pun tak pernah. Kata je dok KL nak 10thn ha.... (-_-)


Check it out!


Sapa nak beli sempat lagi ni. Deal end tgh mlm ni.


Ni baru betul2 hi-tea kan sbb tpt nya high :P


p/s : Maybank2u problem hari ni sbb da website dia tukar interface kot. Berdebo dibuatnya sbb lama aku tunggu nak buat payment. Last2 keluar lain macam je. Terus aku cancel. Bayar guna CC (lps ni harus tuntut balik dari myDH. Blanja la... kata befday.... ngeeee )

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign