Pages

28 November 2013

East Coast Trip : Selesai Sudah.

Hye!
Eh.
Ada ke patut hye kan?
Oke. Assalamualaikum. "Waalaikumsalam"


Tamat dah percutian pantai timur. 4 hari 3 malam.

Alhamdulillah. Berjalan lancar. Kami tak terkena hujan pun masa kat sana. Eh. Ada la kot. Tapi tu pun sekejap. Malam. 
Sebelum pergi ada sembang2 dgn kengkawan ofis.

Kata kawan yg asal Kelantan "hujan kak... mak mertua saya kata asyik hujan je"
Ditokok pula kawan yg berasal dari Terengganu "hujan tak berhenti henti. Bukan macam kat sini. San tu hujan dia, hujannn je" Wah punya panjang dia nak gambarkan hujannnn tu yea. Ni exaggerate ke nak takut aku ni?? Saje le tew nak kasik aku cemas.

Takpe. Mmg ada risau. Tp sbb kan aku ni mmg kaki 'jalan/travel' kata orang tu, hujan panas sanggup ku redah la.Cewah. Begitu. Tapi, kali ni trip family kan. Payah sket la kalau hujan ke apa. Cuma, aku pegang prinsip ini saja 'kalau Allah nak bagi kita mudah, maka dipermudahkan lah urusan percutian kita. Tak usah la gusar sangat'
Sbb before this, aku pernah pergi Cameron Highland musim hujan. Bila smpai atas tu, Alhamdulillah... cuaca baik, memanco manco matahari ha. Begitu juga aku ke Sabah (Kundasang) dulu. Boleh tahan la time tu musim hujan. Tapi, aku dapat pergi lah semua tempat tanpa halangan. 
Jadi, kesimpulannya, kalau kita dah plan, pergi saja. Tak usah gusar dengan cakap2 orang tu. Sebelum pergi tu kita banyak2 doa agar Allah permudahkan percutian kita. Insyaallah...semuanya smooth.

Jadi, nanti nanti la kita cerita panjang.
Trip kami dari KL - Kuantan (bukan jalan2 kat Kuantan, tp gi umah mak sedara kat Felda Bukit Kuantan) - Kuala Terengganu (hamukan abang aku sbb jauh giler) - duduk KT 2 malam - Kota Bharu (1 malam) - stay kat Wakaf Che Yeh (Homestay) - gerak balik ikut Grik. 
Phew. Lebih 1000km semua tu. Jadi, bebetul genap 1 week terus che merah kena servis kat Perak. Hiwhiwhiw.

Maka, dengan ini aku kagum pada sesapa yg selalu ulang alik dari area Pantai Timur ke KL mahupun ke area Utara. Tu tak masuk kalau jammed lagi kan. Aku rasa aku surrrender awal2 dah. Tp tak tahu la nanti ter transfer ke cawangan sana. Mana lah tahu kan.. Brrrr.... (T____T)

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign