Pages

22 February 2017

Majlis Akikah Rizq Iskandar


Alhamdulillah. Selesai sudah.
Lega rasa.
Lama sangat bertangguh. Rizq Iskandar pun dah nak masuk setahun dah. Opah dia pun dah bising2.
Plannya sebelum masuk kerja nak buat majlis ni, tapi duk tangguh tangguh, langsung tak buat. Nak buat pun kena ambil kira yang ada cuti panjang sket supaya abang abang yang cikgu boleh datang.

30 Januari 2017 bersamaan 2 JamadilAwal 1438.
Buat masa cuti CNY tu.


Kami buat di dewan bawah KSU saja.
Takde la sewa khemah bagai kan.
Cukup lah apa yang ada tu.
Jemput pelajar Tahfiz yang dkt dgn rumah. Sebab mmg niat sedari awal nak jemput tahfiz masa majlis akikah ni. Ni pun mulanya macam hampa gak sbb ada satu tahfiz ni macam sombong betul ustaznya masa kita tanya. Ek eleh! Macam kan kita tak boleh carik sendiri. Kita tanya pun cam nak taknak je jawab. Tak sangka ya ustaz ustaz pun begitu gaya macam bagus2.
Ni zaman internet maa. Cari je. Dan Alhamdulillah, memang rezeki sbb tahfiz ni ada FB. Mudah nak carik contact person. Dan tahfiz kami ambik ni lagi best dari tahfiz yang ditanya sebelum tu. Yang tu budak2 dah besar. Yang ni anak anak kecil je ber qasidah.

Majlis mula jam 10.00 pagi dengan bacaaan Yasin dan tahlil oleh pelajar tahfiz and famili.
Then, ada qasidah. 4 lagu.



Masa qasidah ni masukkan Rizq Iskandar dalam buai.





Elok sedap dia tido. Rizq Iskandar memang tak pakai buaian. Dia tak suka kena enjut2 tu. Tapi yang ni elok plak dia lena. Sbb berayun kot. Hihi.



Gambaran sebenar buaian ni.
Kami tambah huruf RIZQ dan belon purple.
Lepas tu makan makan lah.

Lauk ayam goreng rempah, sayur lemak kubis+carrot, ikan kembung sambal. Sedap katering ni. Kami amik dari Cheras.
Makanan memang sangat banyak.
Kambing harus ada kan.
Kambing caterer yang carikan orang apa semua.




Sedap la sangat weh. Mash potato dia nyam nyam sangat.
Kami buat seekor dulu sbb seekor lagi kami nak buat melalui Ezy Qurban. Ini pun cam dah terkilan sket. Suppose dalam 7 hari lepas kelahiran Rizq Iskandar, patut terus buat guna Ezy Qurban tu. Tapi tu lah. Dah terlepas. Takpe lah.

Pastu order Yong Tau Foo.

Kak ipar sponsor kuih muih.
Banyak sangat makanan, sampai tak terhabis. Huhu.

Ada juga ice cream (mak Rizq tak makan, tapi semua kata sedap ice cream nya).

Kami ajak ramai juga, tapi ada yang tk dapat datang.
Ye lah. Cuti time tu kan.
Tapi, ramai juga lah yang datang. Families ramai area KL, jadi memang yang ramai pun family lah.
Kawan2 lama pun ada.
Best lah sangat.
Lagipun kami buat konsep santai santai je.
Duduk bersila ja dalam dewan tu.
Senang lah orang nak sembang lelama ke apa.
Thank u pada yang sudi memenuhi jemputan.
Thank u pada yang sedekah, bagi hadiah kat Rizq Iskandar.






Diakhiri dengan gambar prince of d day yang kepenatan.

***
Buaian - BuaianBerendoiRawang
Huruf dan belon - party_heaven
Ice Cream - Anna Ice Cream (FB) - *recommended - murah and berbaloi baloi*
Doorgift - Kalendar - Bunting Kahwin (FB)
Doorgift - Surah Yasin Murah (FB) - *recommended - murah and person in charge baik sangat*
Make up mak - Sentuhan Ainna - *recommended - murah dan cikgu ni peramah orang nya*
Tahfiz - Tahfiz Darul Syahadah
PG - suara.mata *recommended - memang ambik dari maternity photoshoot dulu*

3 juta komen

Bestnyaa...Tengah imagine majlis akikah anak sendiri punya..haha..

alhamdulillah mjlis berjln lancar..sedapnyee tgk mknn2 tu.. yg penting pengantin dan pelamin comel sgt..mak pengntin pun vass gitu..heheh

Wahhh meriahnyaaa..... maaf kekda...tak dapat nak datang....plan mengejut ke tempat lain.....InshaaAllah....ada rezeki lain....blh jumpa kekda & rizq... =)))

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign