Pages

28 February 2017

Simpanan Untuk KaptenRizq

Lagi lagi story pasal dia.
Lagi lagi story pasal dia.
Boring dah orang kan.
Takpe lah. Takde story lain dah. Hadam je lah.
Jangan kecam sis, okay. Heee :D

Kali ni story pasal saving Rizq Iskandar pula.
Masa cuti hari Wilayah tu hari sempat lah mak buka akaun simpanan utk Rizq Iskandar.
Mula2 pergi THaji.
Humang aii, ghamai bona orang masa tu (sehari sebelum cuti hari Wilayah).

Dah kenapa?
Selalu lepas cuti raya yang orang ramai nak menyimpan atau buka akaun anak-anak.
Tapi ni lepas raya cina pulak yang ramai.
Ramai yang memang ramai ya.
Penuhhhhh floor tu. Smpai ada kerusi tambahan. Beratur nak ambik no pun sampai ke melarat ke Bank Islam tu. Woho. Dah kenapa?

Oleh kerna bawa Rizq Iskandar, maka tak boleh lah nak berlama lama.
Dapat borang - isi - pastu nak tunggu pun memang makan masa - so, tak jadi lah nak buka akaun.
Lari plak pi area Batu Caves sanun.
Pun sama. Ramai sampai melimpah ruah.
Tak kenapa ntah. Padahal masa tu belum announce bonus TH lagi.

Dah tu kami pergi PTPTN ja.
Kat Tesco Selayang. Senang. Buka je dulu akaun SSPN-i utk dak Rizq.
Senang. Nanti by umo dia yg boleh masuk U (i.e : 18 tahun - dah cukup dah simpanan dia tu utk menampung pelajaran dia. Tak perlu ambik PTPTN dah). Mula mak ingat nak ptong gaji. Since dia blh terus Maybank2u, mak transfer je lah setiap bulan (lupa plak - dulu pun mak bayar PTPTN direct guna Maybank2U ja).

So, ingat esuknya yakni hari Wilayah tu nak la pergi TH Batu Caves tu. Sbb KL cuti, Selangor tak cuti kan. Sekali esuknya pun sama gak. Melimpah2 umat. Hurm. Takyah lah. Ayuh lah ke Sogo ja. Kita shopping. Dari elok elok nak saving money, terus menghabiskan money. Haha.

Jadi, hari Jumaat - pepagi sebelum masuk office baru lah dapat buat akaun TH untuk Rizq Iskandar. Aiyoooo... jenuh tau. Pagi tu naseb orang tak ramai. Dapat no. 1. Hiwhiwhiw.



Terus daftar haji untuk Rizq Iskandar.
Juga daftar haji utk mak pak Rizq Iskandar juga.
Ye lah. Tau dah.. uols dah lama daftar haji kan.
Mak je tak daftar2. Huhu.
Dah tu. Dulu macam rasa, dah pernah pergi haji, takpe lah kot tak daftar lagi. Sekali.. penaya dapat turn tahun 2114. Kuikuikui.
Dulu pergi haji belum baligh. Harus lah kena pergi lagi.
Sebenarnya punya plan nak bawa Rizq Iskandar pergi umrah dahulu.
Tgk lah nanti. Bila dia dah boleh berjalan, boleh lah bawa dia.
Saving dia pun dah boleh pergi umrah dah tu.
Murah rezeki Rizq Iskandar. Belum setahun dah boleh pergi umrah dah dgn saving sendiri. Terima kasih pada semua yang bagi sedekah pada Rizq :)
Rizq sentiasa doakan acik2 yang bagi sedekah pada Rizq, akan dimurahkan rezeki. Sentiasa.


Jadi, Rizq dah ada Tabung Haji dgn SSPN-i.
Mak nak buka juga akaun ghimau (Maybank). Yang ni utk saving yang orang2 bagi ke dia. Yang TH n SSPN tu memang kami akan buat fix saving each month.
Belum ada kesempatan lagi nak ke Maybank nih.

Ada orang kata - better buat insurans.
Yer, betul.
Tapi buat masa ni, office mak ayah Rizq ada sediakan insurans utk staff n famili.
Dan Alhamdulillah, mak ayah Rizq kan satu office, makanya kami ada 2 kad insurans which utk sefamili kami dapat 4k setahun (out patient). Orang lain 2k sefamili (satu staff cover 2k)
So, buat masa ni, guna lah dulu kemudahan office bagi.
Furthermore, mak ayah Rizq orang gomen. Guna lah kelayakan orang gomen tu kalao ke hosp kerajaan. HRMIS kan adeee.. haha. tu ari masa Rizq warded kat HKL tu cam serba salah ja nak guna HRMIS sbb kena bayo 18hinggit ja. Tu pun nak pakai HRMIS kan. Haha. Tapi..dah ada kemudahan, guna je lah :)

Alhamdulillah.
Settle urusan bank Rizq Iskandar.

***info***
Nak buka akaun simpanan TH untuk anak-anak : boleh buka seawal sehari umur anak. Asalkan ada surat beranak (ada setgh tempat katanya guna myKID dah cukup, tapi di HQ Tabung Haji Jln Tun Razak Kuala Lumpur, memang perlukan surat beranak dan MyKID. Permulaan buka berapa RM, saya lupa pula. Tapi nak daftar haji, ada saving RM1,300 dah boleh daftar)

Nak buka SSPN-i, just isi borang ja. Utk permulaan buka akaun RM30, kalau tak silap. Lupa juga. Huhu. Saya terus masukkan RM50 since mmg nak masukkan RM50 utk dia setiap bulan dalam SSPN tu.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign