Nak cari car seat baru.
Nak cari car seat baru.
Hehe.
Poyos lah si mak kapten ni kan. Haha.
Ehem. Excuse me. Ini adalah entry sindrom mak mak. Ehem.
Tu ari kami beli car seat utk kaptenrizq yg newborn punya.
Sebenarnya mendalah tu can be as car seat, carrier and buh kat stroller jugak.
Banyak function lah kiranya.
Masa tu mmg beli yang pakej stroller n car seat. Cam gini.
|
kapten punya kaler black tu. |
Travel system namanya.
Stroller dia tak boleh nak facing kita.
So, ini lah kegunaan carrier / car seat tu. Boleh letak kat stroller. And nati dia facing lah kita. Sesuai utk newborn. Dia akan jadi gini.
Konon masa tu tak pe lah, kita buat car seat, pastu nak jalan2 angkat car seat tu, letak kat stroller.
Iyo lah sangattt.
Cam kuasa pulak kan. Nak cabut, lepas jadi car seat buh kat stroller pulak. Ini pun ayah dia peluh2 nak pasang memula tu. Haha. Jenuh tgk diagram kat manual.
Jadinya, stroller guna je yg biasa tu.
Car seat tu, terus jadi car seat.
And sekarang, kapten hampir tak muat dah dok dalam tu.
Tak boleh nak guna buckle dah.
Kena lah carik lain. Kiterang tu ari, mmg aim akan carik lain lepas kapten dah tak muat. So, yg tu simpan utk adik kapten boleh bagi orang. Huhu. Baru guna 3,4 bulan je kot. Masih elok lagi jangka hayatnya.
Kapten tak kesah bila masukkan dalam car seat. Nyengih je dia. Dia lagi suka kot sbb dia lagi senang nak tgk ibu dia.
But kalo dia nak nyusu or tido, dia rengsa la sket.
Angkat dulu then masukkan balik. Masa balik kampung1st time umo dia 2 bulan lebih, lama dia tido dalam tu.
Kita lak risau2 takut dia lenguh ke apa tido duduk camtu.
Tapi dia okay je :D
|
Last week. Gi Melaka. Nanti mak kapten buat entry pasal gi Melaka ni okay. |
Sekarang kena beli car seat baru utk kapten.
Tgh riki2. Dulu ms pregnant riki2 yang siap dengan isofix [
what is isofix]. Masa kat expo baby mmg byk depa promote car seat yg ada isofix ni. Tapi kalau dah isofix mmg kami anak beranak je lah dalam kereta sbb mmg dah fix. Sapa rajin nak bukak2 menda camtu. Lagi tak kuasa. Tapi isofix ni senang sbb takyah pakai seatbelt utk lock dia.
Selain tu kena tgk juga harness dia cemna, berapa level recline etc etc. Sbb kami selalu balik kg, and menda2 camni kena ambik kira supaya kapten leh selesa duk dlm tu.
Suka yang ni.Graco Size4Me 65 Harris
Smart nampak nya. Tp quite bulky. Takde isofix. Guna seatbelt.
Best sbb ada buckle kat dada tu.
Tp Zutto ni pun cam best. Jarang dgr. Made in Japan.
Boleh pakai sampai 7thn.
Tgk lah cemna. Hujung2 tahun ni byk tempat yg ada diskaun. Tu yang best.
Ni ada sedikit info yang bagus utk car seat. Sharing is caring.
7 Kesalahan Biasa Menggunakan Car Seat{0}
Setiap ibu bapa pasti mengutamakan keselamatan anak-anak. Dalam realiti dunia moden zaman ini, ibu bapa mempunyai pelbagai urusan yang memerlukan ibu bapa menggunakan kereta dan kerap kali perlu membawa anak bersama. Antara pilihan yang bijak adalah ibu bapa menggunakan kerusi bayi atau ‘car seat’. Namun, ramai yang kerap kali melakukan kesilapan ini dalam menggunakan ‘car seat‘:
1. Menggunakan car seat yang usang
Ramai yang terlalu berkira untuk membeli ‘car seat‘ yang berkualiti. Tidak dinafikan, harga ‘car seat‘ baru yang berkualiti agak mahal. Jadi, ramai ibu bapa yang sekadar membeli car seat terpakai yang sudah agak usang. Namun, tanpa disedari, tindakan ini membahayakan keselamatan anak anda. Jenama-jenama car seat berkualiti biasanya mempunyai jangka hayat sekitar 7-9 tahun. Namun, anda digalakkan menukar car seat seawal jangka hayatnya 5 tahun lagi. Car seat yang usang biasanya lebih rapuh dan tali pinggang keselamatannya juga sudah tidak kuat. Jangan gadaikan keselamatan anak anda dengan wang ringgit!
(takpe lah beli yg mahal sket sbb berbaloi pun.. bukan pakai setahun 2 kan)
2. Tidak ‘mengunci’ car seat pada kerusi kereta
Setiap car seat biasanya mempunyai sistem keselamatan yang membolehkannya dikunci dengan kemas kepada kerusi dalam kenderaan. Namun, ada segelintir ibu bapa yang sekadar meletakkan car seat tanpa menguncinya. Tindakan ini membahayakan keselamatan anak andai kereta hilang kawalan atau berhenti secara mengejut, inersia car seat tersebut akan mengakibatkan car seat dan anak kita turut terpelanting daripada kereta.
(apatah lagi men-terbalik-kan car seat tu. Suppose letak kat kaki, jadi kat kepala, yang kepala pulak jadi kaki. Eh. Kisah benar ni. Ada orang pernah buat camni. Terus menggelusur baby tu ke bawah. Baby 2 bulan. Nyaris la takde apa. Udah la emak nya letakkan dalam posisi forward facing)
3. Pemilihan posisi car seat yang tidak sesuai
Ramai ibu bapa suka untuk meletakkan anak menghadap ke hadapan (front facing). Mungkin dengan cara ini, anak-anak dapat melihat ke arah jalan dan lebih terhibur dan memudahkan ibu bapa. Namun, tindakan ini berupaya mengakibatkan kecederaan (malah kematian) jika kemalangan berlaku. Leher bayi dan anak kecil adalah lembut dan kepala mereka jua lebih besar berbanding dewasa. Impak yang kuat akan berpotensi menyebabkan leher mereka patah jika mereka duduk menghadap ke hadapan. Anda digalakkan meletakkan car seat ke belakang (rear facing).
(utk baby letak lah rear facing. Dia bukan nak tgk luar sgt pun. Dia lagi suka tgk muka mak nya. Kalo letak forward facing kita pun tak susah nak agah2 dia)
4. Pemilihan saiz car seat yang tidak sesuai
Baca dan fahami arahan yang dikeluarkan oleh pengeluar car seat anda. Biasanya ada disisipkan di dalam bungkusan atau dilekatkan di car seat. Setiap car seat mempunyai tempoh umur yang bersesuaian yang dicadangkan. Pastikan anak anda menggunakan car seat yang sesuai dengan umur mereka. Car seat bayi (bawah 2 tahun) adalah berbeza dengan anak kecil (2-8 tahun) yang seterusnya berbeza dengan ‘booster car seats‘ yang sesuai untuk anak-anak berumur 8 tahun ke atas.
5. Tali pinggang car seat yang longgar
Sentiasa cermat untuk memastikan tali pinggang car seat dipasang kemas ke badan anak anda sebelum memulakan perjalanan. Sepertimana orang dewasa terdedah kepada bahaya jika tidak memakai tali pinggang keledar, perkara ini lebih penting bagi anak-anak kecil.
6. Baju anak terlalu tebal
Untuk perjalanan yang jauh di dalam kereta berhawa dingin, ibu bapa biasanya memakaikan jaket untuk anak-anak kekal hangat sepanjang perjalanan. Namun, jaket yang tebal mengakibatkan ada ruang antara badan dan tali pinggang car seat anak, berpotensi menyebabkan anak tidak kemas ‘dikunci’ di dalam car seat. Sebaiknya, pakaikan dahulu tali pinggang car seat kepada badan anak anda dengan hanya pakaian nipis, kemudian, barulah pakaikan jaket atau selimut di atas tali pinggang tersebut.
7. Meletakkan car seat di tempat duduk hadapan (sebelah pemandu)
Car seat yang diletakkan di hadapan mungkin memudahkan tugas ibu bapa yang terpaksa berseorangan memandu kereta bersama anak kecil. Anak-anak juga mungkin lebih gembira kerana dapat melihat jalanraya. Namun, ini berupaya membahayakan anak-anak jika berlaku kemalangan. Kebanyakan kereta moden dilengkapi beg udara di bahagian hadapannya. Jika berlaku kemalangan, beg udara ini akan mengembung dengan kadar halaju yang tinggi mengakibatkan momentum yang kuat kepada anak, berkemungkinan mencederakan atau berpotensi menjadikan anak lemas.
(kereta moden yg ada airbag juga dilengkapi dengan sistem lock air bag, jadi takde masalah rasanya kalau nak letak sebelah pemandu. Buat rear facing then jangan lupa utk lock air bag tu)
Kesimpulannya, menggunakan car seat adalah cara yang paling selamat untuk membawa anak anda di dalam kereta, dengan syarat ianya digunakan dengan cara yang betul dan cermat.