Pages

16 November 2016

#kaptenrizqfirstvacation : Mission Accomplished

Alhamdulillah.
Mission mak bawak kaptenrizq pergi bercuti accomplished.
Kaptenrizq behave n calm je ♡❤❤

Tapi.. tapi..tapi..heh tunggu. Mak citer yang mak geram dulu. Geram tau! Geram!
5 n 6 November mak bawak kaptenrizq pergi vaccay.
Tak jauh pun. Melaka jer.
Mula nak gi PD. Tp kan tu ari kecoh2 kata ombak besar lah apa lah. Terus cam ngeri pulak sbb rasa cam nak duk Avillion / Avilion Admiral Cove. Semua tu pun dkt ngan laut. Avilion lagi la atas laut kan. So, tukar gi Melaka.

Melaka - booking guna Agoda. Cam biasa lah.
Ambik Swiss Garden. Berapa tah dapat masa tu. Lupa plak. Dalam 200++ lah. Tak sampai 3ratus. 
Baca review semua nampak cam best je. Cuma depa kata lif je lah masalah sbb lama nak tunggu.
(ni agoda dah emel emel suh anta review. Jap ye..jap..mmg mak nak review. Ko tunggu. Ko tunggu).

Sekali pegi - hahhhhh.. tobat lahum. Memang tobat lahum. Orang pun ramai. Melaka ni, cuti tak cuti dah sama je kalau wiken.
Swiss Garden ni ada 2. Satu hotel and satu residence.
Kami duk yg residence.
Ha. Yang residence ni agak pening.
Suppose parking kat 3A, tapi penuh. Naik 3B. Bila sampai 3B carik lah kat mana nak check in. Tak jumpa! Hoih. Satu hapa signage pun haram takde.
Masuk mall dia. The Shore (actually swiss garden ni bersambung dengan Mall).
Dalam mall tu tanya kaunter pertanyaan. Jumpa lah lobi hotel utk check in.
Naseb lah orang kaunter baik je. Sejuk sket hati kite ni.
Dia kata bawak keta naik tgkt 4. Nanti ada lif direct je ke bilik.
Ah ye. Dah parking kat tingkat 4 - naik lif - ter pegi tower lain.
Haruuu.. Naik sampai tgkt 25 - flash card kat pintu - pintu tak blh buka.
Aiyoo. Dengan beg beg, dengan stroller yg ada kapten dalam tu, turun balik. Turun - masuk mall - nampak dia tulis (lift to tower 2  - which residence swiss garden kat tower 2 tu lah). Masuk situ.. humang aiii.. orang tgh beratur nak naik sky tower. Ya hampun!
Turun balik ke 3A. Lagi ramai. Rupanya mmg naik kat 3A utk naik ke bilik2 kita.
Yang kami ter naik  memula tu - tower 3. Rumah orang. Haiya.. tuan rumah tu tak kuar masa kami dok flash2 card tu. "aiya..u buat apa ma dekat rumah saya"
Ramainya orang kemain nak tunggu lif.
Lif ada brapa tah, tapi yg blh naik dalam 3. Ramai umat berebut nak naik. Kami ni ngan stroller apa lagi. Heh!
Dah la masa tu lapar giler. Buleh plak tak bawak any foods. Selama lama ni kalo nak gi mana mesti bawak jajan ke apa. Sbb ni kompiden sambung ngan mall, kengkonon nanti sampai nak makan/beli kat mall tu lah. Sekali! Padan muka kau!

Kapten yang rilek2 ja.
Mak dia plak rasa nak hangin ngan hotel ni.

Dapat naik bilik pun dah kul 4 lebih. Pitam!
Mujur sesangat lah kaptenrizq tak crancky. Tak meragam langsung.
Tolak dia ke hulu ke hilir, dia rilex je.
Bilik hotel okay lah. Takde apa yang nak dikomplen. Cuma tak dapat view Kg Morten. Dapat view bandar. Nun jauh sanun nampak laut meluas.

View bando je.

Yang terang tu stadium.

Nampak la river cruise tu lalu lalang.

Tapi, lif - memang buat tobat lahum takmo pegi dah.
Tu nak naik lps check in takpe lah lagi sbb orang dtg sket sket. Nak check out balik kau boleh bayang cemna bila ramai na umat duduk sini. Semua turun masa yg sama dekat2 kul 12 tu (takkan nak turun awal sesudah subuh pula).

Ha.. kami tingkat 25. Memang takde harapan nak kosong lah nak turun.
Jadi, kami naik dulu. Entah naik tingkat 30 berapa entah, dah penuh pack.
Masa tu kaptenrizq ada lah hek hek sket. Stroller dia pun kena angkat rapat ke dinding dah. Lps tu ingat asben simpan barang kat keta, while me gi check out. Turun kat G tak jumpa plak lobi hotel ni. Yang ada lobi The Shore. Kau dah kenapaaaa?
Eh.. Aku naik balik, tgu kat parking. Rupanya kereta parking pun jauh dari lif tu.

Eh. Mmg takmo dah pegi. Takmo. Takmo.
Unless weekday aku boleh consider. Tu pun tgk keadaan.
Ingat dah check out nak la naik sky tower.
Dah keadaan lif yg camtu, terus tak kuasa lah haih. Esuk esuk lah kita pegi.

Taktau naper, tapi gi memana hotel sure nak order ni.
Hihi. Naseb cepat dia antar ke bilik.

Oh. Kami juga dabel date dengan acikDa n cikYein. Hihi.
Depa mai menginap kat hotel ni juga setelah depa tau kapten nak dtg Melaka. Ololo.. susah susah je tau. Dah la bilik depa trip bila pasang fridge. Naseb la bilik depa. Kalau bilik mak, mak bagi markah 0 terus kat hotel ni.

[cerita acikDa - sini ]

Kami dinner kat bilik ja mlm tu. Memang takde la ikan ikan bako dah ada dak kapten ni kan. Lagi plak orang ramai sesaja.
Eh. Takde plak gambau dinner kat bilik. AcikDa n CikYein tapaukan nasik lemak n mi bandung. Hihi. Naseb bilik besar boleh la kelah kelah kat bawah tu. While dak kapten lena tido dah.
Pastu ada roti cicah susu cair + kaya. Eh. Sedap plak rasanya. Hihi.


Sebenar nak bawak kaptenrizq swimming gak. Mak dah siap beli pelampung ngan baju mandi n diapers utk swim dah tapi hujan. Tak dapek la nak bawak turun kolam. Eh. Kolam kat umah ada tak penah nak turun, kat hotel jugak nak pegi kan. Huhu.

Utk residence, breakfast takde, so, acikDa n CikYein bawa kami kat Roti Canai Kayu Arang. Jangan tnya kat mana, tak tahu. Tapi mmg viral n kerap masuk tivi dah tempat ni. Punya la ramai umat. Pulak tu hujan renyai2. Kat situ pun, kapten tak crancky. Dia membebel (bahasa dia), pastu terlelap dalam dakapan. Senang. Hihi.

Melaka kau - kat mana tempat je takde orang. Hari Ahad tu ingat nak beli kuih keria limbungan tu. Hurmmm... orang beratur cam ulau kena palu dah. Takpe lah. Bukan tak pernah makan pun.
Last last singgah Alor Gajah. Beli cuq udang n lunch kat situ.
Ehe. Bukan last last (sbb macam dengar tak plan nak pergi kan), mmg nak pergi Alor Gajah pun. Asben dok cakap kat kaptenrizq "ibu setiap kali dtg Melaka, mmg dia wajib singgah Alor Gajah ni pun.. tempat kenangan dia belajar"
Haha.

Tau takpe.

Apa pun, mission accomplished. Kaptenrizq senang bawak berjalan. Behave.
Next vaccay - PD. Family gathering. Tapi tak tentu lagi. If tak ramai join maybe cancel. Kalau cancel, mak tahu dah pergi mana pulak.
Hihi. Hihi. Hihi.
Nampaknya mak blh riki2 tiket utk next year ni. Kita try bawak kapten ikut udara pula :D

p/s : AcikDa, thnk u bagi kaptenrizq bagi adiah yang berharga tu. Memula ingat kad nak masuk otel sbb buh dalam sampul hotel tu. Hihihi. Terima kasih bebanyak. Pelaburan tu :)

1 juta komen:

mmg kak dok yg dekt residences masalah lift die..haritu hasben bengang masa check out tu die mtk form complain..pjg gak die tulis..hahaha..melaka la ni xleh p weekend kene p weekdays nk kurang sesak kot..huhu..

anyway, yg gunung lang tu igtkan tmpt baru, rupenye lama jugak ek.ada taman binatang tu kak cuma kami x p..tasik cermin tu nak explain pn xtau mana balik kuari tu, tapi kalau cr kt waze jumpa insyaAllah..hehehe

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign