Pages

2 July 2013

Edisi JJCM : Makan Ketam Lembut

Semua orang pun tahu yg ketam lembut femes kat Kuala Gula sanun.
Kat mana Kuala Gula?
Kat Perak.

Glamer slps masuk M3 beberapa tahun lalu. Pastu ada member2 ckp jugak. Aku pun cam takde la excited nau. Tp retu alang2 dah nak g melawat akak aku kt Taiping, maka ajak la semua gi makan sana. Aku yg ajak tp orang lain belanja. Bes kan?
Hoho.


Sebelum pegi, aku google dulu, sbb aku nak dptkan gambaran kat mana letaknya Kuala Gula ni. Aku tau lah tpt ni dkt dgn Taiping, tp kat mana? Adui. Susah tul. Tkde pun yg tulis detail cara2 nak pegi sana. Area mana seme kan. Jadi, meh sini aku detailkan. Tp dari arah Selatan je lah yer. Arah utara aku kurang periksa. Haha. Kalau dari Utara, mungkin dari arah Bukit Merah lagi mudah kot. Sebenarnya jalan nk ke Kuala Gula ni adalah ke jalan nak ke Butterworth lalu ikut jalan lama.
Dari Selatan begini caranya : Keluar exit Taiping (U) - di Taiping ada 2 exit, dari Selatan, kita akan jumpa dulu exit Taiping (Changkat Jering) dan satu lagi exit Taiping (U). Boleh je amik exit Taiping Changkat Jering tu kalo ko biasa area Taiping. If not, mudah lagi exit Taiping U. Oke, keluar je, bayar tol ada traffic lite simpang empat. Terus tu akan ke bandar Taiping, kanan ke jalan lama nak ke Ipoh dan kiri arah nak ke Kuala Gula. Jadi, amik la kiri. Lepas tu terus saja. Smpai la nampak signboard Kuala Selinsing / Kuala Gula Sanctuary. Boleh je masuk simpang tu. Akan lalu kawasan kampung dengan pemandangan sawah padi. Tapi kalau terlajak pun takde masalah. Akan smpai macam kawasan pekan kecik yang namanya Simpang Empat. Boleh juga masuk ikut situ. 
Kalau amik simpang Kuala Selinsing tu, hujung sekali jumpa T-Junction - amik kiri.
Kalau masuk ikut Simpang Empat terus sahaja (nanti terjumpa balik simpang Kuala Selinsing ni juga).
Konvoi 4 kereta. Ada yg dah terlajak. 
Jadi, sementara tggu dpt amik gmbr. Hihi.
Dan slps tu perjalanan adalah kiri dan kanan kelapa sawit saja.
Tak silap aku dalam 20km jugak lak nak smpai ke Kuala Gula tu.
Nati akan ada lagi signboard Kuala Gula, utk masuk simpang kiri (keadaan jalan mirip nak ke Bagan Lalang. Bagan Lalang pun masuk ke kiri jugak. Haha)
Dari simpang tu dah tak jauh dah.

Nati nampak la Kuala Gula Sanctuary Resort. Kalau area resort ni ada jugak restoran, namanya restoran Cenderawasih. Mula kami nak makan kat situ. Tp ada function katanya. Nak tggu lambat.
Jadi kami ke JS Muara. Dekat2 je pun. Mmg ramai yg makan sini. Tp katanya lebih sedap kat Cenderawasih. Kat sini yg bes nya adalah feeling makan atas jeti. Mmg beroleng oleng lah dibuatnya kalo bot lalu. Hihi. Nak pening kejap.

Suppose elok kalau booking dulu. Mujur kami awal sket. Sket ja sbb lps tu da penuh. Org booking. Kami dah la ada 14orang (-_-"). 

Kami order set terus. Utk makan 10orang - RM200 yg ada ikan jenahak, ikan siakap (masak sweet sour), ikan sembilang masak kari, ayam halia ke goreng ke entah, sotong goreng kunyit, sayur campur, ketam masak cili dan udang goreng tepung. Nasik 2 mangkuk, air 2 jug (oren yg pekat kata dek myDH. Ai tak minum.. ai kan pantang lagi. Ai minum air suam je. huhu). Itu mmg dalam set.
Lepas tu kami top up dengan ketam lembut. Apa lah ertinya dtg sini tak makan ketam lembut. Setiap sekor RM7. Amik 10 ekor. Buat ketam goreng tepung. Masa nak tggu dia bagi buah limau sunkist. Complimentary mungkin. Lps tu kami dah makan2 kami top up lagi semangkuk nasik. Dan 2 jug air lagi. Lps tu tapau lagi utk yg tak follow. 3 bungkus nasi goreng Thai. Ngan 3 eko ketam lembut lagi. Jadi total seme 310. Tp being my kakcik yg ramah tamah, dpt RM300 je seme. Huhu. Oh, thanks to my Abgcik yg belanja. Murah rezeki. Hihihi. 

Ini lah rupanya ketam lembut goreng tepung


Oh. Rasa ketam lembut? Oke lah. Tapi aku prefer ketam biasa tu. Lagi dapat rasa lemak2 dia tu kan. Cuma kat sini yg unik sbb dia bela ketam tu kan. Ikan2 tu pun dia sauk je dari sangkar yg dalam air tu. Kira seme la fresh. Boleh la. Sekali sekala.

Tapi... nak Bagan Lalang jugak.. pas raya lah nak pegi.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign