Pages

24 August 2010

~Pasal 15 Ramadhan~

Ramadhan telah meninggalkan kita separuh perjalanannya.
Renung dan fikirkan apakah kita telah mengambil peluang mengisi separuh Ramadhan ini dengan ibadat-ibadat yang dijanjikan begitu besar fadhilatnya oleh Allah SWT.
Mengapakah kita lebih mengambil peluang untuk memesan kuih raya, mengira berapa duit raya yang perlu ditukar, berapa pasang baju yang perlu dilaram di hari raya, beg tangan baru, tudung yg harus disuaikan dgn baju, kasut dan sebagainya.
Oh. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

Apa yg aku tulis kat atas tu utk kesedaran diri aku sendiri.
Tuhan....kenapakah aku masih belum mampu utk bangun di sepertiga malam untuk bangun bertahajud kepada Mu. Memohon agar di perkenan hajat yang amat2 aku perlukan. Sedangkan bulan ini lah bulan terbaik utk aku memohon keampunan dan memohon agar hajat untuk aku memiliki zuriat dikabulkan.

*****

Separuh Ramadhan ini juga menemukan kita pelbagai tragedi.
Dimulakan dengan kejadian di petang 3 Ramadhan. Petang Jumaat yg penuh mulia. Kita dikejutkan dgn berita ribut di kawasan gerai menjual juadah Ramadhan. Dan yang terkorban adalah peniaga makanan yg amat digemari dan paling dicari oleh org ramai utk berbuka iaitu Murtabak dan Cendol. Al-Fatihah utk mereka.

Kemudian sehari selepas dikejutkan pula dgn berita seorang suami yang menetak isterinya hingga mati serta mencederakan anaknya sblm dia ditembak mati. Al-Fatihah juga untuk mereka.

Kemudian diteruskan dengan berita pembuangan bayi saban hari tak pernah putus. Setiap hari ada je kes mayat bayi dijumpai. Berkenaan ini mmg dah luluh hati aku. Tak tau di mana nilai kewarasan bagi pelaku nyer. Seolah-olah jalan yg dipilih itu adalah yg terbaik utk mereka.

Lagi berita kanak-kanak mati akibat mercun meletup di sebuah rumah. Tercampak sampai atas pokok. Dipercayai angkara bapanya yang simpan mercun2 tu.

Seterusnya menjadi berita utama penghujung separuh Ramadhan - bapa menyembelih leher anak berumur 3 tahun. Mendengar berita tu aku rasa mcm tatau nak kata apa. Nak menangis pun ada.

Mana yg berkenaan tetak, sembelih adalah kerana si bapa tidak waras. Kehabisan ubat lalu isteri menjadi mangsa. Pikiran tak menentu lalu anak disembelih hidup-hidup.

Tu tak masuk kes2 melemparkan cat merah & arak ke surau akibat ditegur bermain mercun serta kebiadapan segelintir penduduk yg berjiran dgn negara kita di Kedutaan Malaysia.

Tuhan...begitu byk tragedi sepanjang bulan puasa ni.

Dan membuat aku terpikir satu.

Petanda akhir zaman.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign