Pages

23 August 2010

~Pasal Promosi Kraf Aidilfitri~

Sempena Promosi Kraf Aidilfitri 2010 yang sedang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, pelbagai aktiviti menarik disediakan. Antaranya ialah;

* Jualan
o Produk Kraf
o Produk/ Perkhidmatan Aidilfitri
* Pameran Bingkisan Lebaran
* Demonstrasi & Interaktif
o Produk Kraf
o Masakan & pembuatan Kuih Tradisional Aidilfitri (Harian & Hujung Minggu)
* Interaktif Kraf
* Persembahan Kesenian
* Lawatan Berpandu Berkumpulan

ACARA MENARIK

* Mantai Aidilfitri
* Pertandingan Marhaban

semua dijemput hadir

****
Cam biasa. Acapkali ada promosi kat opis aku ni, sure la aku promote kan.
Kali ni Promosi Kraf Aidilfitri plak.
Dari 20hb lepas till 31 Ogos nih. 10.00 pago till 6.00 ptg.
Cam biasa lah. Ada jual2 produk kraf.
Baju2 batik pun ada. Yg ready made pun ada. Rega?? umm...lumayan gak la. Batik kain pasang blum siap pun dah tentu atas RM100, kalo da siap buleh agak sendiri la berapa.

Baju melayu pun ada. Tp tak byk la.
Tudung2 awning ke, tudung syria tu pun ada.
Brooch, dokoh, pending segala aksesori pun ada.

Aku baru je berkesempatan round2 tadi. Takde beli apa pun.
Just ini je.
Hehe. Tah biskut apa tah nama dia. Tp aku sker.
Patut nak beli yg camni gak tp yg ada coklat dan coklat putih (ke susu tah. Ada badam tgh dia). Napak sedap lah. Masa memula tnya tu takde la nak beli.
Sekali bila pusing balik dah abis. Huk huk. Sedey. Tp tak pe lah. Ai redha jer.
Rega ok gak la. 50bijik nih RM22. Kedai lain yg coklat suma RM25 camtu.

Ini bukan utk raya. Tp utk di ngap malam lepas berbuka.
Beli ini jugak.

Pun utk di ngap lepas berbuka.

Ok korang. Pada sesapa nak cuci2 mata taknak bersesak2 kat Jalan TAR tu boleh la datang. Kut nak carik sampin ke kan. Paking sng, tpt selesa. Ber air cond suma. Eh. Ada persembahan artis jugak kalo ari minggu. Dan ari minggu juga ada demo masak lemang n bubur lambuk. Untung2 leh dpt bubur lambuk pree. Ngeh ngeh ngeh.

Oh. Tak lupa ada demo buat kuih bahulu, kuih lapis Sarawak, ketupat, tempeyek/tumpi and kuih goyang/ros. Buleh beli terus. Tumpi yg aku beli kat atas tu pun dari demo lah. Dia masak tang tu jugak.

Tapi..aku harus nak jalan TAR gak. Mana leh. Tpt wajib tuh. Hi hi hi.

5 juta komen

hah ni menarik... tp... nak raya ni nak spend kat Jln Tar... hadui...

this week i pergi lagi ke Jalan TAR. iftar di Insaf. =)

MARIA :
Sebelum ke Jalan Tar mari lah cuci2 mata dulu kat sini. Hi hi.

MASJULIANA :
Err...ke Jalan Tar lagik? I plan nak pegi this weekend kut. Hari Ahad ker. Kalo pegi jugak buleh kita hai hai bye bye kat situ.
Haha. Mcm la buleh terjumpa dgn keadaan org yg ramai giler tu kan :P

menarik promosi akak nie yer! teringin nak pegi tapi kene tgu gaji la yer...

kak jalan TAR best jugak! rinduuu (dulu zaman bercinta tiap2 minggu pegi) hahaha

JIVEBUMZ :
esuk kan da gaji. so, leh la dtg ujung minggu neh. Hik hik

iyer...jln TAR kan tpt wajib pergi kalo hari raya. Gi pun kan kita penah jumpa dulu kat situ. BUka puasa tepi2 kaki lima je. Huhu. (Tu sure tak hengat tu)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign