Dekat innit pun rata-rata buat entry pasal ni.
Sejak ptg semalam.Dkt dashboard aku pun, blogger yg berkhidmat untuk negara pun tulis pasal tajuk itu jugak.
Hehe. Suma org seronok dan gembira dgn berita itu kan.
Berita pemberian bantuan kewangan raya/duit raya/bonus raya or wateva its name lah.
Dan.
Harus la tidak terkecuali cik puan stoberi jugak.
RM500 wes sapa mao kasik.
Ko mao kasik?? Haha. Tidak semudah itu yer nak memberi wang setgh ribu sesenang kepada sesiapa saja.
Lelebih lagi kalo sekiranya anda suami isteri bekerja Kerajaan. Harus la kegembiraan berganda. Haha. Tak perlu nak share2. Ko ada duit ko, aku ada duit aku. MuAhaAha...!!
Jadi, kita sbg penjawat awam, kakitangan awam, pekerja kerajaan, government servant dan apa saja la panggilannya, bersyukur apa yg kita terima ini.
Mmg ia sedikit sebyk memberi impak pada harga barang-barang.
Tp kita sbg pengguna pepandai la menimbal balik.
Kalo kuih karipap tu kecik cinonet dia jual 50sen sebijik usah la beli.
Tak mati de kalo tak makan karipap tu.
Then, berbelanja la secara berhemah.
Ikut kemampuan. Jgn tgk cik minah tu pakai beg LV ko pun sibuk2 nak masuk butik LV kat KLCC tu, tak mau kalah. Ko tatau cik minah tu keja apa, tentah CEO sykt mana sdgkan ko hanya keja errr...keja biasa2 la. Bukan CEO.
Seelok2nya berbelanja mcm org gred 17, walopun kita sebenarnya dah berjawatan JUSA A.
Kan boleh menyimpan dan tak la tertekan sgt bila berbelanja.
Tapiiiii....kalo mampu..tak salah. Biarpun ko gred 17, tapi mampu utk berbelanja spti JUSA A. Cumanya jgn membebel2 ujung bulan duit tak cukup lah, bonus raya tak cukup lah.
Kalo aku mudah - ukur baju badan sendiri. Aku tak penah mimpi pun nak ber henbag kan LV monogram ke momogram ke apa suma tu. Kalo ada lebih beli lebih, takde kalo duk dendiam. Takyah nak bergolok gadai sbb nak kan sesuatu yg sebenarnya bukan kemampuan kita. Bukan sbb cik minah tu pakai beg2 branded, baju2 branded, kasut2 branded, jam branded, sependa branded ko pun nak gak lawan.
Aku berckp ni bukan apa. Ada gak aku terjumpa kes2 mcm ni. Tp terpencil lah. Kes ikut-ikut nih. Atau mungkin sebenarnya org tu nak lawan2. Mcm aku kata tadi lah. Dia napak cik minah pakai LV, dia pun nak pakai LV tp lagi besar baldi punya.
Apa aku merepek ni labuuuuu?? Dah la. Kerajaan dah bagi duit raya pun lagi nak ngulor. Tak berkat duit tu baru ko tau kan????
Oh. Entry ini tidak ada kaitan dgn sesapa saja. Kang ada plak anta surat layang ke print entry ni ke kata aku ngata sekian sekian org. Takde makna okeh. Tu aku ckp utk sedarkan diri aku sendiri gak supaya ukur baju badan sendiri. Sbb gaji aku pun bukan sebanyak gaji CEO syarikat2 gergasi. (Ehh...!! motip???)Nah amik beg LV nih. Aku korek2 gmbr kat google. Google imej skang bes oih. Byk2 gmbr kuar kalo kita search image. Ai loikeeee.... (smbil klik icon 'like')
5 juta komen
hahaha... tul tu...berhemat la bila berbelanja... jgn nnt lepas raya... makan biskut raya je... ape ke hal nye :)
makan biskut raya ok gak lagi. kut biskut pun da abis..apa nak kata. nganga makan angin je la jawabnya. ngeheheheh
reen.. aku letak entry pasal nih semlm tau...
diorang masuk pada 5 sept
nak berbelanja tu memang kena berpada-pada...jgn nak boros semacam jer...setuju sangat dgn entry pn stoberi nie...
XYN : Tu aku kata tu dari smlm dah org masuk dlm blog pasal Rm500 tu. Owh bayar on 5 Sept ek? Masa tu aku da balik kg pun. huhuhuhu.
LYNN : kan..sbb ada org kata mcm tak cukup je dgn RM500 tu. Nak kira cukup tak cukup nih, bagi 5000 pun tak cukup. Pepandai la bajet ikut 'periuk' kita kan?
Terima kasih atas komen anda :)