Ada nak tanya korang nih. Tp last skali kang baru tanya.
Skang ni cuba korang bayangkan....
Ko gi satu event nih.
Event yg ada makan2.
Sblm makan tu ada taklimat/seminar/course yg dari kul 8am smpai tepat2 kul 1pm.
Oleh kerana bgn lambat, ko cuma alas perut dgn air milo je kat umah.
Pendaftaran tepat kul 8 nih. So..trus gi daftar. Malang plak sbb nak jimat cost tkde
kudakapan kudapan kul 10 cam biasa.
So..nak tggu kul 1 mmg melapar giler lah.
Sambil2 tu telan la gula2 berangin yg urusetia bagi utk hilangkan mengantuk tu.
Tepat kul 1, urusetia pun kata "dijemput suma hadirin menikmati jamuan tengahari di dewan bla..bla..bla..."
So, lelaju la pi. Kena beratur plak. Tkpe..sabar lagi walo perut nyanyi lagu 'waka waka eh eh'.
So, smpai turn kita. Wahh..lauk bes bangat nih.
So, amik..dan makan. DUduk plak meja yg 10 org. Ada antaranya ko kenal, ada antaranya mmg tak kenal sbb dari latar belakang yang berlainan atau mungkin opis berlainan.
Semangat makan sbb sedari pagi tak makan kan. Nak pitam pun ada.
Makan..makan..makan..nom nom nom..
Tup2 kan..sket lagi nasik nak abis, ko napak ulat...ha..U.L.A.T
kalo ulat camni ok lagi.
Tp kalo ulat camni..ko lalu nak makan ??
Ha..ulat segar tau..bkn ulat yg dah mati semasa dimasak bersama masakan lain. Tp takde la besar mcm gambar kat atas tu. Dia kecik je. Eiii...
Mmg tak la nak sambung makan kan. Kalo buleh aku rasa korang pun sure meluekkkk kat situ.
But then, persoalannya....
Kalo jadi camtu, korang wat apa?
a) Wat bodo je..terus makan smpai abis
b) Berenti trus.
c) Trus bangun smbil kata ada ulat oih dalam makanan ni..jgn makan.
d) Basuh tgn. Diam je bila org tanya kenapa berenti.
Wiie.... geli..geli.. bila igt aku nak termuntah.
Ha..kena kat aku la pada satu event bebaru nih (bukan kenduri kawen dan bukan kat opis aku).
Ulat tu segar bugar plak. Aku suspect ulat pada acar la sbb menda tu tak masak kan. Atau ulat berengga lalat (uweekkk....rasa nak terkeluar suma isi prut ha). Mungkin sbb derang tak tutup makanan tu. Telur lalat akan menetas menjadi larva dalam tempoh 8 hingga 20 jam. Eiii.. aku geli..geli.. Cuba baca ini :
Kitaran hidup lalat rumah melibatkan empat peringkat iaitu peringkat telur, larva, pupa atau kepompong dan lalat dewasa. Cuaca yang panas dan lembap merupakan keadaan yang sangat sesuai untuk pembiakan lalat rumah. Biasanya masa untuk satu kitaran hidup lalat adalah antara tujuh hingga sepuloh hari.Telur lalat berwarna putih dengan panjang 1.2mm. Seekor lalat betina boleh menghasilkan sehingga 500 biji telur dalam tempoh masa empat hingga lima hari. Telur ini akan menetas menjadi larva dalam tempoh antara 8 hingga 20 jam.Saiz larva adalah 3 hingga 9mm berwarna putih kekuningan. Pada peringkat ini larva akan makan ditempat pembiakan atau najis ayam sebelum bertukar menjadi kepompong yang berwarna coklat kehitaman.Lalat rumah akan menetas daripada kepompong menjadi lalat dewasa. Pada kebiasaannya lalat dewasa akan terbang antara 1 hingga 2 km tetapi lalat dewasa ini juga boleh terbang hingga 20km. Lalat dewasa biasanya hidup selama 15 hingga 25 hari. Lalat ini tidak aktif pada waktu malam dan biasanya akan hinggap di dinding atau siling rumah, di dahan-dahan kayu atau kandang ternakan.Populasi lalat rumah yang banyak akan menyebabkan gangguan kepada manusia, ia juga boleh menjadi agen pembawa penyakit kepada manusia seperti penyakit yang disebabkan oleh bacteria atau virus.Sumber :
sini Tp... Alhamdulillah..tiada sebarang effect jadi pada aku walo aku da pikir memacam. Aku pikir nati ulat tu bertelur dlm perut la, nati dia buat sarang dlm usus la..(ok, melampau). Aku agak2 sbb aku slalu minum madu. Tp bila ckp ngan my dear dia tak berapa nak percaya. Yelah..bkn aku kata semata2 kerana madu. Semuanya mmg izin Allah..tp sbb aku makan madu tu pun membantu mencegah pertumbuhan bakteria.
Dan akan juga perasan bila mana satu opis ni sakit perut retu, aku tak kena.
Tp betul per madu mencegah penyakit (dgn izin Allah).
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a: "Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut(cirit-birit)'. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh.
So, kira ko buleh la makan ulat... huhuhu