Pages

9 June 2010

~My Water Moments~

Saya...
Sememangnya seorang yang suka bergambar.
Kat mana-mana tpt pegi pun mesti bergambar. Bukan saja memenuhi keperluan sbg blogger yang tak berapa nak tegar, tp utk kenang-kenangan.

Saya...
Boleh dikatakan seorang yang memang minat giler berendam.. tk kira sungai, laut, air terjun dan kolam even kadang2 tgk air mengalir kat batu tepi highway pun da rasa teruja. Cena??

Dan kesimpulannya....
Bila digabungkan hobi gemar bergambar dan berendam itu makanya akan muncul la banyak cerita 'My Water Moments'.

Tak caya saya suka kan air?

See..gmbr outdoor masa saya kahwin pada 14 Disember 2008. Bertemakan air jugak. Di tepi sungai di kampung saya. Syok giler My Water Moment masa ni. Disamping angin sepoi-sepoi bahasa dalam keadaan nak ujan. Sejuk je...pulak tu pengantin baru katanya. Upss...


Lepas tu honeymoon pun di kawasan 'berasaskan air'. Hehe. Kami ke Pulau Pangkor. Pastinya ini juga My Water Moment yang terindah. Owhh!! Tp yang sedih masa tu kami takde kamera canggih. Gelap plak gmbr ini. Kalau lah kamera yang ada Handheld Twilight. Eceh!


Owh..tema gambar ini 'makhluk di pesisiran pantai Pasir Bogak'.

Oleh kerana di kampung saya di Perak sana, sungai hanyalah di belakang rumah [tp tidaklah spti di Kampung Air, Sabah sana yg mana bangun tidur terus je terjun laut kan], maka jika pulang ke kampung harus kami sekeluarga berbondong-bondong mandi sungai. Nak-nak pulak kalo hari panas terik tu. Dapat berendam memang sesuatu yang seronok. Dan haruslah ada bekalan makanan dan paling utama- kamera. Haruslah mengambil momen-momen manis bersama keluarga.


Sungai adalah cetek..maka buleh la bawak kamera bersama untuk merakamkan My Water Moment. Itu pun kena balut dgn towel kamera itu (menceritakan kenapa ada towel melilit leher saya). Sapa tak sayang kamera oiii...!!! Maka dgn itu haruslah ada kamera kalis air. Tak perlu nak lilit towel kat leher lagi.

Di negeri saya juga ada laut yg sering dikunjungi ramai. Kira kalo dah jemu mandi sungai, kami ke pantai pulak. Ini kami sekeluarga di Teluk Batik, Lumut. Owh..masa ini raya ke-3 tahun 2009. Org masih mood raya kami sekeluarga pepagi buta lagi dah bertolak ke pantai. Juga haruslah ada bekalan makanan dan kamera. Tp air laut lagi bahaya dari air sungai. Maka jangan memandai lah nak bawak kamera dlm laut kan. So, hanya mengambil gambar dari tepian pantai sahaja. Bila dari tepi pantai kena lah zoom dan hasilnya mereka ini nampak kepala saja. Kalau lah ada kamera kalis air tu kan..

Tskk... dan juga gambar kami dilambung-lambung ombak masa naik banana boat pun tak dpt capture. Eh..ada.. Ani, anak buah aku yang amikkan gambar, cuma dia dpt capture gambar kami halus je. Aku malas nak upload la.. Bukan kenal pun sapa. Masa tu terpikir, kalau lah ada kamera yg buleh diusung dalam air laut tu mesti lagi meriah jadinya My Water Moment di Lumut.

Ini pula waktu di PD. Jauh je dari air amik gambar. Seperti saya kata di atas..sapa tak sayang kamera oii...!! Oleh kerana saya suka air, saya suka bergambar saya harus lah tidak melupakan My Water Moment ini. Tapi..kalau ada kamera yg boleh dibawa dalam air, saya nak ambil gambar dalam air terus dan pastinya bukan gambar nampak kepala jer. Hehe.


Kalau di kampung saya ada sungai belakang rumah, kampung mertua saya pula ada air terjun yang wallaa....cantik dan aman sekali.

Jadi takde alasan lah untuk saya rasa tak seronok balik kampung mertua. Hikss.... Tempatnya di Raub, Pahang. Ini masa saya dan rakan-rakan seopis piknik sambil buat bbq. See..ini kalau ada kamera yg kalis air..tentu lebih seronok melihat gambar My Water Moment ini. Dapat ambik byk lagi gmbr derang ni pegang ikan. Eh..ini saya zoom dari darat je. Sbb tu gmbr mcm blur je.

Jadi percaya tak statement awal saya tadi yg saya suka kan air. Hehe. Saya ada banyak gambar My Water Moments. Kesimpulannya; air = ambil gambar. Bukan gmbr saya bersama kawan2 atau keluarga je saya tangkap. Ikan dalam air ni pun saya ada amik. Kalo kamera saya ter jatuh *pelepup* dalam kolam tu cena??

Jadi haruslah saya kena ada kamera yg kalis air. Kalo jatuh pun saya boleh sauk je kamera tu. Untung-untung dapat sauk ikannya sekali. Huhu.

Jadi bila dapat emel nuffnang mengenai contest my water moments tentulah saya mengalu-alukan diri saya untuk menyertai. Saya nak juga kamera ini.


Kamera kompak Cyber-shot TX5 adalah bersifat kalis air, gegaran, habuk dan juga suhu. Emm..cena kalis suhu? Ok..itu akan saya terangkan jika saya dapat hadiah sebiji kamera ini. Ada lagi Intelligent Sweep Panorama,


Handheld Twilight, and Anti - motion blur.
Banyak lagi cerita tentang kamera ajaib-best-friendly user ini. Sila laju-laju ke SONY

Anda akan dapat semua ini untuk RM1,499.00. Tp dengan menyertai contest dari Nuffnang ni anda mungkin dapat kamera ini secara percuma. Best kan?? hehe. Apa lagi kawan-kawan. Marilah kita cuba nasib, mana lah tau. Udah la slim..144gram je. Cukup la bawak badan je berat mcm tong gas. Kamera pilih la paling slim. Ngehh.. Dia ada memacam kaler.

Boleh pilih kaler kegemaran. Tp kalo diberi percuma warna apa pun saya terima. Saya ni tak memilih orangnya. Hihoww...

Eh. saya dah bagitahu ke kenapa saya perlu kan kamera ini dan kenapa saya perlu mendapatkan ia secara percuma dari Nuffnang. Kerana :
  • Mungkin saya boleh ambil gambar wedding annivesary kedua saya pada bulan Disember nati bertema kan air juga. Masa tu bukan di tepian sungai lagi..tp di dalam sungai [eerr....tentunya dengan baju sendiri..bukan baju sewa dari kedai..hehe]. Eh. Bulan Disember tu musim ujan. Mungkin boleh buat kelainan. Ambik gmbr dalam hujan. Lps tu demam. Lps tu sesama amik MC. Hoho..!!
  • Saya ingin mengambil gambar bersama keluarga dan rakan-rakan di kawasan perkelahan tanpa takut kamera jatuh dalam air dan tak perlu nak lap-lap tangan setiap kali nak ambik gambar [juga tak perlu berulang kali ingatkan my dear sebelum dia nak ambik gambar 'abang.. tangan da kering ker?' walhal dia tahu lah nak jaga kamera kita kan. Hehe].
  • Saya ada banyak plan nak bercuti. Jadi saya perlukan kamera yang bes dgn pelbagai fungsi macam Cyber-Shot TX5 nih. Bulan Ogos ni saya akan ke Bandung dan bulan Januari 2011 ke Kundasang pula. Harap-harap boleh mengambil Gunung Kinabalu dengan kamera baru. Hehe.
  • Dan paling utama saya cemburu dgn gambar ini. Saya juga ingin ke Redang bersama suami tercinta. Dan ingin ambil gambar begini. Dgn kamera sendiri. Ini gambar member seopis saya yang honeymoon di Redang bulan Mei lalu [gambar dgn izin dari tuan punya]. Saya pun nak la ada gambar sentuh-sentuh ikan camtu...
Jadi..kalo anda nak juga, jum sertai contest menarik ini. Saya pun boleh baca My Water Moments korang. Nak sertai..jum masuk sini dulu http://www.nuffnang.com.my/blog/2010/06/07/my-water-moments-with-sony-tx5/

PnStoberi : My 1st attempt in NN contest... wish me luck ya!

6 juta komen

ko ni spesis hantu air..hahaha..
LARIIKKK...;p


wish u many2 gudluck okeh...
sesunggunya Cyber-shot TX5 itu sgt menawan hati...ahakss

ekekekek...mmg spesis antu air.. aku giler la tgk air kat ari terjun ke sungai ke..mcm meronta2 je nak pi mandi.. [er..tapi aku takut air tasik sbb aku terbayang ada monster akan kuar dari tasik tu. hehe].

Haha. sekadar cuba nasebb..tak memasal je kiranya aku masuk tu. hehe

memang..byg bebenor gambau airnye..atas air,tepi air,bawah air,tengah air...

gudluck la ye hantu air...
wakaka

Mia Liana;
Tenkiu..anyway tenkiu sudi singgah

Azeul;
bukan hantu air..tp hantu ayo. muekekekek.. tenkiu..tenkiu

Buaya JEss first time crawl over ur blog...

Nice Wedding pic ^^

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign