Kaki buli MTD disingkir
|
|
KUALA LUMPUR — Seorang pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (MTD) yang disyaki terlibat mengakibatkan kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, dipercayai dibuli dan didera di maktab itu Rabu lalu, disingkir serta-merta daripada pengajiannya.
Empat lagi rakannya digantung pengajian sehingga siasatan kes selesai.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan dibuat untuk menyingkirkan pelajar itu dibuat serta-merta selepas siasatan mendapati pelajar tersebut membuli dengan niat sejak awal tahun ini.
“Pihak maktab membuat keputusan untuk menyingkir pelajar tersebut serta-merta.
Kes saman sivil juga akan dikenakan. Dia akan berdepan tindakan daripada tentera, kami (kementerian) dan polis,” katanya selepas majlis penyerahan sijil kepada petugas Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2010) di sini semalam.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abu Bakar Abdullah yang juga Pengerusi MTD, berkata kementerian menyerahkan siasatan kes berkenaan kepada polis.
Katanya, sebelum ini maktab itu pernah mengambil tindakan terhadap pelajar yang melanggar peraturan MTD seperti terlibat dalam kes buli, dengan mengasingkan pelajar itu atau terus menyingkirkannya dari maktab.
Source : kosmo
Ni berita smlm. Tk smpat nak buat entry. Insyaallah cerita berkenaan arwah Naim ni akan aku tempek dlm blog nih. Agar aku dpt ikuti perkembangan dia.
Dan...bersyukur juga sbb suspect cpt diambil tindakan. Moga ia menjadi pengajaran pada yang lain. Da kena buang sekolah...mana sekolah yg nak terima lagi. Tk boleh ckp lelebih sbb kes ni masih kes polis. Apa pun yg salah tetap salah. Mengambil nyawa org mmg sesuatu yg mmg tak boleh diterima dgn akal yg waras. Ujung mggu ni aku balik kg, kalo mak dia da balik dari Baling, boleh la aku ziarah sekejap.
Hari ni genap seminggu dari tarikh kejadian. Moga arwah ditempatkan org yang beriman. Al-Fatihah.
Terima kasih atas komen anda :)