Pages

Showing posts with label surah. Show all posts
Showing posts with label surah. Show all posts

1 July 2015

Maksud Bacaan Dalam Solat : Al Fatihah

Seterusnya maksud bacaan Al Fatihah.






**Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang**Segala puji pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam**Maha Pemurah lagi Maha Penyayang**Yang menguasai hari pembalasan**Hanya Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan**Tunjukkan lah kepada kami jalan yang lurus**(iaitu) jalan orang orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

10 October 2014

Surah Al Insyirah (Alam Nasyrah)


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Kelebihan Surah Al-Insyirah.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Kredit : anakkedahukm

***
Salah satu surah yang boleh dibaca dalam solat Sunat Dhuha :)


30 July 2013

Ihya Ramadhan #21 : Surah An Nas dan Al- Falaq





1.Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

2.Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah baca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.

3.Saidatina Siti Aisyah r.anha menerangkan :

“Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.

4.Saidina Ali r.a menerangkan :

Pernah Rasulullah SAW digigit kala jengking, kemudian mengambil air garam, Dibacakan surah Al-Falaq dan surah An-Nas, lalu disapukan pada anggota yang digigit.

5.Uqbah bin Amir menerangkan, Ketika saya sesat jalan dalam suatu perjalanan
bersama dengan Rasulullah SAW, baginda membaca surah Al-Falaq dan Surah An-Nas,
dan aku pun disuruh juga membacanya.

6.Uqbah bin Amir menerangkan bahawa Rasulullah SAW berkata kepadaku :
"Mahukah ku ajarkan kepadamu 2 buah surah yang tidak terdapat dalam Zabur,Taurat dan Injil?"

"Saya menjawab :Baiklah ya Rasulullah"
Kemudian Rasulullah SAW membaca surah Al-Falaq dan surah An-Nas

Wallahua'lam

kredit :
http://www.melurhasanah.com/2012/01/kelebihan-membaca-surah-nas-dan-al.html

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign