Pages

6 August 2018

#menuKaptenRizq : Bebola Nasi Brokoli

Taraaaaa.....


Lama dah tak ciwi menu kaptenRizq kat sini.
Kali ni dipersembahkan bebola nasi brokoli.
Actually, menu ni makRizq alter dari resepi sini.
Dalam resepi tu dia bakar guna oven. Tapi, mak Rizq goreng. Utk tambah berat elok goreng2 sket lah.

Satu menu yang simple. Utk mak yang bekerja ni memang sesuai. Balik kerja pun bleh buat. Yang penting, nasik dah siap tanak kena ada lah.

Dan berkhasiat juga. Dan sesuai untuk anak yang mula dah pandai refuse sayur. Da pandai luahkan semula (Rizq lettew...). Padahal dulu mak buat segala puree brokoli lah, bayam lah. Sekarang ni pandai dia taknak makan seketui tu. Dan untuk anak yang susah makan nasik (apadaa banyak sangat "dan" ni).

***sesuai untuk anak berusia setahun dan ke atas (cuma omit garam n chilli flakes kalau bawah 2 tahun)***

Bahan-bahan :
1. Sayuran - brokoli/bunga kobis/carrot/baby corn (ikut la nak letak apa pun).
2. Isi ayam (boleh juga alternate dengan daging).
3. Nasi.
4. Bawang putih.
5. Bread crumb.
6. Secubit garam (pink) dan juga chilli flakes.
7. Daun sup
8. Sebiji telur dipukul.

Cara-cara.
1. Celur sedikit sayur2 (rendam dalam air panas pun cukup)
2. Blend isi ayam (memang blend mentah. Tak perlu rebus ka, celur ke apa ke. Sbb nanti dah goreng, dia akan masak juga).
3. Masukkan bawang putih yang dah dimayang dan sayur2.
4. Blend sebati.
5. Masuk nasi, bread crumb. Dan blend lagi.
6. Masukkan semua bahan blend dalam mangkuk. Letak daun sup yang dihiris. Letak garam n chilli flakes. Gaul rata.
7. Bentukkan. Nak buat bulat buleh, bujur buleh, ikut la cemana pun takpe.
8. Celup dalam telur. 
9. Letak bread crumb dalam pinggan asing. Golekkan dalam bread crumb.
10. Siap semua, goreng dengan api perlahan.
11. Settle.

(p/s : Kalau suka, boleh letak cheese tetengah bebola tu. Baru rasa bercheese sket. Lagi sedap)

Ni bukan anak2 je suka. Mak pak pun suka. Cicah dgn sos. Makan pepanas. Nyum nyum. Rizq pun suka. Tak sesabar dia nak makan. Awas ya.. panas tau dalam tu. Kena tunggu dia sejuk sket baru buleh bagi anak makan. Selamat mencuba.

Nota kaki : 
The health benefits of broccoli for babies include supply of essential vitamins and minerals, strengthening of the immune system, good for eyesight, cure for anemia, remedy for gastric ulcer, good source of antioxidants, cure for diarrhea and acts as a natural laxative. (kredit : Here)

2 juta komen

nak cuba nanti sebab saya susah nak makan sayur

Err..utk anak ke utk awak? huhu..

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign