Pages

13 August 2018

Takkan Jadi Miskin dan Tak Perlu Kaya

" Tak jadi miskin kalau kita rajin bersedekah.
Dan.
Tak perlu nak tunggu kaya untuk kita mula menyimpan"

Itu adalah status di FB makRizq pagi tadi.
Sempena 1 Zulhijjah.
Salam Zulhijjah utk semua.

MakRizq bukan apa. Ada la share satu "paper cutting". Berkaitan satu isu.
So, ada la yg feedback kata "bukan semua orang kaya utk menyimpan (duit)"
Me like... are u serious ma'am?
Kita perlu kaya yer baru boleh saving?
Kena kaya baru boleh fikirkan simpanan utk anak2. Simpanan pendidikan untuk anak.
Kaya tu pula bagaimana definisi nya pada anda?

Pernah baca yang orang sharing perihal seorang yang sentiasa dimurahkan rezeki. Rezeki dia lapang. Padahal dia bukan kerja besar pun. Rasa macam kerani atau lebih rendah camtu lah. Orang tanya apa rahsianya - katanya sedekah. Tak byk, sedikit pun takpe. Macam pepagi tu, dia letak la 2,3 bungkus nasik lemak dalam pantry. Tak perlu bagi utk semua orang. Mana tahu, kot pepagi tu, ada hamba Allah yang nak bancuh kopi, lapar, gaji belum masuk, boleh la dia makan nasik lemak tu. Takpun, ada kuih2 katanya.

Tu satu kesah. Kesah lain yang seorang tukang kebun yang dapat menyekolahkan anaknya ke peringkat tertinggi. Bagaimana - sama. Sedekah yang tak pernah putus.
Sebab tu lah makRizq kaitkan kedua-duanya.

Sedekah dan simpanan.
Bersedekah - mengeluarkan sedikit rezeki kita untuk orang lain.
Manakala menyimpan - mengenepikan sedikit rezeki kita untuk diri kita.
Kita tak boleh kedekut. Dan kita juga tak boleh membazir serta boros.

Menyimpan lah. Tak banyak pun takpe. Ada faedah nya. Bukan perlu tunggu kaya. Kerja sendiri pun boleh menyimpan. Put aside la 2,3% dari gaji.
"kau senang lah cakap - kau banyak duit"
Sekali lagi, mesti orang akan cakap macam tu. 
Kakak, abang, adik, ni bukan masalah banyak duit atau tak. Atok Rizq pesara tentera. Bukan pegawai tinggi pun. Opah pula surirumah tangga. Tapi, berkat derang ni menyimpan, kami anak2 dapat sebidang sorang tanah peninggalan arwah (malah ada yang dapat lebih dari sebidang). Atok Rizq tinggalkan kami kebun durian, kebun getah dan kebun kelapa sawit. Tak banyak, tapi ada. Dan kami tak kaya, tak banyak duit. AtokRizq selalu ceritakan kesusahan dia masa dia kecik dulu. Katanya "ayah dulu orang susah yang paling susah dalam kampung ni. Tapi ayah berazam nak ubah nasib. Sbb ayah tau, Allah takkan mengubah nasib seseorang, kecuali hambaNya itu sendiri yang berubah"
*sebak*
AtokRizq takde mak dari kecik. Dijaga mak tiri. Tapi atokRizq cekal. Dia masuk askar. Dari situ mula kehidupannya berubah. Lepas pencen, atokRizq balik kampung, dan dapat beli beberapa bidang tanah utk diusahakan, selain peninggalan ayah kepada atokRizq.
Sebab tu, usah dikatakan makRizq tak pernah ambil tahu erti kesusahan orang. Apatah lagi tak ambil tahu erti orang kampung. Sbb makRizq memang asal kampung. Kami orang kampung! Tapi, makRizq belajar dari kesusahan atokRizq dulu dan dia dapat beri kesenangan pada kami, anak anaknya.

Tapi dalam menyimpan, kita kena juga put aside utk bersedekah.
Zakat. Paling penting. Janganlah lupa. Utk yang bekerja, ada gaji, ada pendapatan, berzakatlah. Itu lah salah satu item yang akan menyelamatkan kita di akhirat kelak. Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.
Bersedekah. Nescaya Allah lapang dan murahkan rezeki kita. 
Paling mudah utk orang lelaki, sedekah tabung masjid hari Jumaat.
Dan utk kita isteri pula, tak dapat pergi masjid, hulur aje pada suami.
Tak perlu tunggu kaya, dan tidak pula ia menjadikan kita miskin.
Seiringkan lah. Ditambah dengan kehidupan pada masa ini.
Kedua ini dapat membantu kita.

Sedekah dan menyimpan.
Jadikan lah amalan.
Tak perlu tunggu kaya. Dan tidak akan menjadikan kita miskin.
Dan makRizq mohon - tak perlu lagi lah kita keluarkan statement "tak semua orang kaya utk menyimpan"
Salam 1 Zulhijjah.

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign