Kena tulis sini supaya ingat.
Dulu. Masa zaman memuda. Zaman yang suka pergi ke home fair ni, mmg selalu lah nampak mendalah ni.
Tapi, masa tu cam kau dah kenapa. Menda harga 20,30 pun buleh dapat, tapi jual sampai ribu riban. Ada orang nak beli kah. Ngarut.
Dan kami pun berlalu tanpa melihat demo yang amoi tu approach kiterang.
Kami lebih suka tgk demo peralatan yang memudahkan utk memasak.
Contoh, food processor ke. Blender pelbagai tu ke.
Pastu. Setelah beberapa tahun selepas itu.
Selepas dah rasa macam rugi je nak hantar kedai, mari lah kita cuba carik menda yang memudahkan.
Ha. Baru kau tahu kenapa orang beli walau harganya beribu.
Apakah ianya itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
Eh. Sejak bila pula aku mengada ngada bercanda macam ni dalam blog.
.
.
.
.
.
Eh. Malas pulak aku nak buat dot
dot
dot
dot gini.
Makin mengada lah.
Ye lah.
Ye lah.
Ini lah menda nya.
[Disclaimer : Awas lho! jangan membawang frame gambar kawen ada kat bawah. Dan segala blind selonggok di situ. Rumah kami mmg huru hara saat ini. Sbb aiols tgh dalam proses me-minimalis-kan rumah].
Dibawa menjadi ahli keluarga kami pada 18.7.18 (eh. Cantik pula date dia rupanya. Haha)
Puncanya bila terbaca orang viral. Pastu mula rasa cam nak!nak!nak!
Lps tu rasa mudah kalau ada iron gitu. Byk masa bleh luang bersama Rizq.
Rasa macam nak beli kat outlet ja.
Tapi, kena beli board dia asing. Pastu cena gaya ke nak usung.
Pastu teringat seorang kenalan yg agent amway.
Contact dia. Sembang2 sket, okay lah. Setuju! Deal.
Memula dia kata kawan dia ada buat kutu.
Being me yg tak suka lah nak tunggu menunggu nak dapat barang, mmg kutu mutu ni bkn kaedah terbaik utk aku. Nanti kutu tu entah mana, ada yg pergi beli kat outlet pulak karang. Lagi buat hal. Sampai dua pulak.
Jadi, cash. But not carry. Ada orang yg carry utk kau sampai depan keta. Haha.
Cash je lah. Hari ni bayar. Esuk tunggu. Lusa sampai.
Ailoike.
Kata seorang sahabat pula "tak suka barang direct selling ni, jadi taknak lah beli dari Amway. Beli kat Lazada je nanti"
Oh. Terpulang memasing.
Pada aiols, aiols okay ja.
Beside, brand pun bukan brand cikai.
Sama je brand yang ada kat luar tu. Cuma kalau di outlet derang, model ni takde. Model ni hanya khas utk pelanggan amway. Dan iron board akan diberi bersama (depa akan kata free iron board, tapi rasanya memang dah termasuk harga dah. But.. aiols okay ja. Lagi senang. Dari nak beli iron lain, board lain. Lagi buat pening kepala). Plus, apa2 hal senang aiols contact je ngan org yg aiols beli tu.
Dan, husband aiols kena pi hantar mendalah ni balik dulu sbb kalau usung skali waktu balik, kiterang (aiols dan Rizq) kena balik naik grab. Haha. Tak boleh masuk bonet. Kena duk melintang tetgh keta nun. Keta aiols bukan Vellfire. Keta Preve cuma. Jadi, muat macam tu saja lah. Iron board tu besar yg sgt besar ya. Kalo diletak iron board biasa tu, kelihatannya iron board biasa tu tak cukup zat saja lagaknya. Haha.
Yang ni memang model tahun 2018.
Katanya ada kelebihan sket berbanding model sebelum ini.
Testimoni :
Memang best lah. Giler kau tak best kalau harga hampir boleh nak beli iphone.
Sebelum ni aiols hantar baju batik ke dobi. RM4/pasang. Kadang hantar sampai 5 pasang. Tapi, pernah juga orang dobi iron tak kemas. Masih berkedut. Rasa nak pi luku je kepala orang tu. Kerja tak semenggah betul.
Itu lah yang menyebabkan aiols rasa better aiols beli je lah iron ni.
Esuk2 Rizq dah school, senang nak iron baju dia juga.
Lepas tu, aiols dan husband trus rasa nak ambil upah iron baju kat KSU. Haha.
Sekarang ni aiols memang takde apa dah nak dishopping kan. Puas dah rasa membeli belah sebelum ni.
Jadi, ada menda yang memudahkan hidup aiols, aiols beli jelah. Untuk apa kita kerja susah2 kan. Aiols bayar cash dgn "meminjam" dari duit simpanan aiols sendiri. Sebab tu la post sebelum ini aiols dah kata pentingnya menyimpan. Bila ada menda yang kita meleleh ailiyo kita nak, kita boleh beli je. Bila rasa nak pergi travel, boleh pergi je.
Bukan sbb "kau takpe la. Kau banyak duit"
Sebab nya adalah kerana menyimpan. Simpan lah semaksima mungkin. Pakar mencadangkan simpanan harus 1/3 dari gaji. Contoh gaji RM1500, simpan RM500, guna RM1000. Tapi, kalau kereta pun dah RM800 bayarnya, cenggana? Haha.
Tapi, ye lah. Bercakap memang mudah, kan? Aku dulu pun sukar juga. Tp, bila semua dah stable, okay, boleh ja. Lepas tu, semua basic needs dah ada. Maklum lah.Umur pun dah 40. Kerja pun tetap yang ada KGT setiap tahun. Takkan umur 40 masih tk bleh nak menyimpan. Aku pun tidak lah menyimpan sampai 1/3 tu. Tapi, at least mesti ada secara konsisten (potong gaji setiap bulan pd dua tmpat yang berasingan).
Jadi, simpan. Dan tidak juga berlebihan kepada menda tak perlu. Contoh kami takda langganan tv berbayar yg mahal, tiada segala unifi ka,strimix ka, netflix ka apa ka, tiada laptop utk ditonton. Kami just ada langganan internet di telefon ja. Dan tv utk ditonton sesekali sekala. Kami juga tak minat nak mencuba kedai2 hipstur sbb kami tak suka makan2 pun. Makan kat rumah lagi best. Menyimpan, tapi bukan kedekut. Bersedekah, tapi tidak berlebihan. So, life pun akan gembira.
Eh. Kau.
Dari cerita iron pun boleh melarat, kan?