Pages

7 March 2017

Welcome March : Saya Libang Libu

Dah masuk bulan March

Almost 1 week baru nak wish "welcome March"
Sudah berada 1/4 dari tahun 2017.

Apa yang anda dah lakukan?
Hehe.

Juga kita dah masuk Jamadil Akhir ya. Dah hampir sangat dengan Ramadhan ni.
Dah ganti puasa??
Heheeeeeee.

Smlm is my "mandom" day.


Entah.
Rasa cam serba tak kena.

Punca nya - FB.
Yerp. FB ni memang selalu buat aku serba tak kena.
Yer. Masalah diri sendiri. Bukan masalah orang.
Jadi, tak perlu nak kecam. Sebab memang aku tahu.

Aku tahu, aku sedar, memang kadang2 FB ni dah mempengaruhi hidup aku.
Bukan aku yang pengaruh FB.



Dulu, setahun aku deactivated FB.

Bermula dari aku pergi umrah, sampai lah Rizq nak lahir.
Memang tenang hidup masa tu.
Segala urusan treatment apa pun orang tak tahu.
Dan hasilnya; treatment kami berjaya.
(Jadi, korang nak treatment TTC berjaya, sila tutup FB, haha!)

Entah ek.
Kita cakap begini salah, cakap begitu, orang salah tafsir.
Realiti kehidupan. Kita akan jumpa 2 jenis orang.
Satu; jenis good. Satu lagi jenis good good.
Kat laman sosial, boleh tgk la jenis mana yang selalu ada.
Esp macam kita merempan rempan, pastu datang ntah dari mana, ttiba advise macam good good.

Tak kesah lah. Nama pun laman sosial. Semua orang boleh komen.
Tapi, tak perlu kot nak jadi good good.


And.
Yang penting tak perlu kot nak nampak cam kita byk pengalaman, maka marilah kita nasihat dia. 
Padahal orang tu tak mintak pun nasihat kita.


Lain lah kita ni memang closed dengan orang tu.
Pasti nya orang tu akan direct w app kita dan bercerita.

Takat2 dalam FB ni, dan kita pun tak pernah2 nak drop komen. Drop pun sekali sekala, tetiba nak masuk line. Kita pun tak tahu masalah orang tu kan. Read and leave. Settle.

Dugaan.
Kalau bercerita perihal duga menduga semua ni, rasanya tak payah dulu la kot.
Aku bukan tak tahu, lain orang lain dugaannya.
Kita tak pernah rasa perasaan orang takde anak bertahun tahun. Takde anak selama 10 tahun, 7 tahun.
Kita tak pernah rasa cemana orang terpaksa tersengih macam kerang busuk, sbb takde jawapan nak bagi bila orang tanya "bila nak ada anak, bila nak ada anak"
Kita tak pernah rasa terpaksa treatment sana sini.
Kita tak pernah rasa nak cucuk perut sendiri.
Kita tak pernah rasa cemna sedihnya hati bila malam ni elok bercakap fon dengan ayah, tapi pagi esuknya dapat berita ayah meninggal.

Dugaan kan utk orang tu?
Yer.


Itu dugaan dia.
Dugaan kita lain.

Mungkin dugaan orang tu lebih berat dari kita.
Atau mungkin dugaan kita lagi berat dari dia.
Itu memang namanya hidup. Hidup kan sentiasa di duga.
Dan harus diingat - Allah akan duga orang yang Dia tahu boleh diduga.
Jadi, orang diduga itu  memang kuat.

Sebenarnya annoying.
Facebook kenapa tak disable komen.

Macam instagram.
Macam blog ni.



Entah.
Malas lah.

Serius malas nak layan.

Tu tak cerita lagi kalau kita join grup grup.
Katakan grup mak mak.
Ha. Kat situ, kau berani lah nak bagi pendapat yang ikut buku ni.
Matik kau kena kecam "itu semua orang anak sorang je, tolong la ikut kata orang yg dah banyak anak, banyak pengalaman ni"
Okay. Lantak.
Ni pun good good lah ni.

Lantak kau lah. Kau paling pandai, paling hebat. Orang anak sorang ni
Nak bagi makan awal ke, nak bagi makan lipas ke, siput ke lantak.

Lain kali tak payah mintak pendapat.


Entah.
Malas lah.
Serius malas nak layan.

Oh ya.
Utk rekod : Ganti puasa - 4days of 30 days :D

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign