Pages

22 October 2016

Aidilfitri 2016 / 1347H

Mak tuannn... citer berbulan sudah.
Dah siap masuk tahun baru dah pun ni ha.
Hehehe.
Alah. Takpe lah kan. Bagi laluan lah.
Kena story gak sbb raya tahun ni memang lain dari yang lain.
Bukan je sbb ada #kaptenrizq, tapi sebab kami meraikannya di KL.

Meh citer meh.
Masa raya ni, ai masih dalam pantang.
Dengan hashtag #rayadalampantang.
35 hari berpantang masa tu.
Oleh kerana berpantang pun di KL.
Maka, beraya pun di KL lah.
For the 1st time ever beraya di KL.
Mak pun terpaksa lah beraya di KL.
For the 1st time ever juga, rumah kampung 'closed'.

Best tak raya KL?
Mula tu mak cam sedih je.
Ye lah biasa kat kampung kan cam meriah2.
Mak buat kuih lodeh, kuah kacang ngan rendang daging. Pastu myDH beli 2 batang lemang.
Settle.

Tapi, sangkaan meleset. Meriah juga raya kat KL ni apa.
Pagi lepas solat raya, mak n ayah mertua singgah dengan adik ipar.
Derang nak balik kampung Pahang jap.
So, singgah. Bawak ketupat palas dengan rendang.
Oh. Ai tgk saja lah ketupat palas feveret tu kan.

Simple je juadah hari raya tahun ni.

Lepas tu ada cousin call, depa nak datang beraya.
Cousin pun memang tak jauh rumahnya.
Jadi, sefamili derang datang.
Meriah la rumah.
Derang tahu mak ada, tu yg lagi nak datang nak jumpa mak sedara derang.
Lagi pulak nak tgk orang baru kan.
Lama juga depa lepak2.

Pastu petang, abang sepupu lagi sorang call juga.
Nak datang beraya.
Eh.
Berturut2 orang datang. Hihi.
Sampai la nak senja baru derang balik.

Raya ke2 lagi meriah.
Abg dari Johor datang.
Pastu sefamili mak sedara yg dok Pahang datang.
Tapi sebenar bukan dari Pahang pun, derang pun beraya kat sini.
Mak sedara tu pun dah tak sihat. Duk ngan anak dia kat sini juga.
Happening lah kan.
Rumah dah lah sekangkang "kucing", terus nampak penuh. Huhu.
Lama juga derang lepak2. Siap ambik gambar begitu begini.

Cousin.
Cousin. Cousin ipar. Kakak ipar.
Ni memasing pegang anak pulak.
Seronok sekali sekala berjumpa.
Alhamdulillah.

Itu bab sedara mara lah datang.
Kengkawan pun ramai juga datang nak melawat dak Rizq.
Bawak hadiah apa semua.
Itu citer lain lah. Entry khas nanti.
Ala.. byk lagi entry tertangguh ni.
Nak kena jot down juga memori kat sini.
Ada orang tak suka ke suka ke, nak kata aku ttcian lupa diri ke apa ke, tak kesah lah.
Eh... Penat lah acik nak pikir semua.
At least ada memori dalam ni.

kami #teamrayakl #teamjubahputih
Okay.
See ya!

3 juta komen

alhamdulillah... gembira tgk picture2 kekDa tu.
tak kisahla beraya di mana2 pun, rezeki dan kemeriahan nya sentiasa ada walaupun tidak sama. kan-kan-kan?
kita pernah beraya secara travel kekDa, hahaahaaa. skali emak bapa terbabit sama, raya kat hentian puduraya je time tu. memori btl :) hehe...

akakkkkkk...selamat belated hari raya...hehhe


ketinggalan sungguh sy ni...tahniah kak utk baby yg comel anugerah itu..alhamdulillah..selamat mnjadi ibu ayah yg berjaya k!heheh..

doakan kami pula menyusul nantii..insyaAllah...

Alhamdulillah.....sukee tgk baby domei domei tu.....
Tahniah utk kekda dan suami....dapat baby Rizq Iskandar yang sangat2 comel...
Tak ada kesempatan lagii nak jumpa baby Rizq...setiap kali ke KL...memang banyak beno hal nya kak....hehehe....
apa-apa pun...kiss kiss utk si #kaptenrizq yang bertuah tu tauuu.... =)))

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign