Pages

8 February 2019

Mudahnya Berurusan Di Pejabat Tanah Sungai Siput




Seringkali kita didengarkan dengan cerita negatif kalau berurusan dengan pejabat kerajaan ni kan.
Esp kalau pejabat tanah dan berkaitan dengannya.
Lembap lah, kerenah birokrasi lah.

Okay. Kali ni mari aku share pengalaman berurusan di pejabat tanah.
Pejabat Daerah dan Tanah Sungai Siput secara khususnya.
Sebenarnya, tempat ni juga adalah tempat praktikal aku dulu. Kira-kira 20tahun yang lalu. Praktikal masa diploma. Tapi agak berubah dah tempatnya walau ruang kerja dan bangunan masih sama. Akak2 situ pun dah lama pencen gamaknya. 

Ada beberapa perkara yang perlu melibatkan penyelesaian masalah.
Rasanya ini kali pertama yang aku berurusan direct di pejabat kerajaan atas urusan peribadi dan memerlukan penyelesaian masalah.
Selalu tu takat nk buat IC, passport tu je kan.

Sebelum tu, myDH dah call kan pejabat tanah tu dulu.
Masa nak check no lot tu, keluar lah nama owner. Akak kat pejabat tanah tu macam dah kenal pulak nama aku.
Siap tau pulak aku duduk kat mana. Hehe.
Tu lah. Siapa suruh nama senang orang nak ingat. Lain lah nama cam fatimah ke, rohani ke. Tu memang common je lah.

4 Februari 2019 - Isnin.
Pepagi kami dah pergi. Kami suspect mesti office ni aman2 je. Ye lah, macam office kami kat KL lah. Ramai yang cuti.
Tapi, sangkaan agak meleset. Kelihatan kelam kabut walau baru jam 9 lebih macam tu. Ramai yang datang untuk buat bayaran cukai. 
Lepas tu ramai juga buat urusan pelbagai. Agaknya, sbb masa tu pun ada cuti panjang, ramai orang yang bekerja dari luar mengambil kesempatan ambil cuti terus utk berurusan.

Aku pun ambik no utk buat bayaran cukai.
Selang nombor hanya 1, tak smpai seminit no dipanggil, dan urusan bayaran settle dalam masa kurang 3minit. 
Terus aku bertanya "saya ada permasalahan tentang tanah saya, dgn siapa saya boleh berjumpa?"
Aku suspect, dia akan panggilkan pegawai ke apa lah. At least ada yg gred N29 yang entertain. Ye lah, kalau tempat aku, masalah macam ni, mesti level pegawai atau at least penolong pegawai yg cuba selesaikan.
Pembantu Tadbir (Kew) - (PT) yang ambik bayaran cukai tu kata tekan no. 1
Aku pun tekan no. 1, tak lama no dipanggil.
Berurusan hanya di kaunter.
Ada 2 orang yang entertain customer di kaunter tu.
Kedua-duanya tertulis Pembantu Tadbir. Maksudnya antara gred 19 atau 22 lah derang ni. Aku macam tak berapa nak yakin pada mulanya. Boleh ke ni kerani selesaikan masalah aku ni. 

Okay takpe. Aku bagitau aku ada beberapa masalah berkaitan tanah utk diselesaikan.
Aku bagitau masalah pertama.
Geran hilang, tapi, masih ada keratan belakang cukai 
Mulanya adik yg entertain aku kata macam susah sket ni.
Dia tanya kakak sebelah dia. Akak tu kata ooo... ni yg call tu ari tu ya. Kakak ni macam senior sket. Aku rasa dia CC lah ni. Kelihatannya dia agak mahir.
Dia tgk keratan belakang tu pastu dia kata "try lah cakap ngan CC" pastu apa entah derang ckp perlahan, tak berapa dgr.

Takpe yang tu katanya, sementara tu, kita selesaikan masalah lain pula.
Okay, aku minta dia tengokkan status lot tanah.
Ada prob sket ni. Sbb ada miscommunication.
So, adik tu check kt komputer dia (sistem lah tu), minta orang sebelah print kan cukai tanah lot yg aku tanya tu.
Sah lah memang ada prob.
Dan minta dia tgk lagi satu lot. Okay sahih. Memang ada prob ni. Dah la cukai tertunggak dkt 10 tahun. Aiyooo... 
Kebetulan pula title dah bertukar dari HSM ke GM. So, dapat ambik geran baru terus :)
Settle bab ini.

Seterusnya satu lagi, nak tahu kronologi pemilikan tanah. Sbb dari dokumen yang aku ada macam tak lengkap. Yang ni perlukan dia buka kitab perukun yg besarrrr tu. Ha. Kau pernah tgk tak?. Buku tu tebal, panjang. Kalau hempok orang, memang boleh pengsan. Haha. Okay lawak hambar.
Jadi, dia dapatkan kronologi kt situ.
Mula aku cakap boleh fotostat tak bahagian tu.
Dia kata kena bayar ni - RM20. Owh. Haha. Apa igt boleh fotostat gitu2 je ke.
Pastu kakak CC sebelah tu kata "takpe dik.. note je apa yg tertinggal tu. Tak perlu fotostat"
Kann... jadi aku tulis je lah maklumat yg takde tu.
Settle lah masalah.

Lepas tu, tunggu lah sekejap utk dia print kan semula helaian geran bhgn hadapan yg hilang tu. Dah siap tu, akak tu siap remind "simpan elok-elok. Lepas ni kalau hilang lagi kena bayar tau"
Baik kak.
Tq very much kak. Jasa mu ku kenang. Memang aku cakap macam tu. Hehe.
So, selesai lah segala urusan dan permasalah berkaitan tanah yang melanda.
Kini tinggal pihak kami utk selesaikan pula.

Bagi aku, mudah je berurusan sekarang ni.
Mereka dah efisien. Semua dah bersistem.
Tak lambat dah.

Cuma,
Kita perlu tahu apa yang kita nak tahu.
Pastikan kita dah ada maklumat yang secukupnya.
Bila mereka ni tahu kita tahu, jadi mereka akan assist kita dengan mudah.
Aku memang dah asingkan setiap dokumen ikut lot tanah (masalah tu melibatkan 3 lot tanah yang berasingan)
Aku siap tulis, apa yang aku nak tahu.
Jadi, mereka senang nak tgk dokumen berkaitan.
Dari situ pun derang tahu, kita tahu.
Tapi ye lah, aku pun boleh buat benda2 macam tu sbb 8 tahun aku pernah uruskan perihal hartanah office aku. Dengan masuk keluar pejabat tanah merata tempat seluruh Msia ni. Masuk pendengaran utk rayu kadar cukai dsbnya. Pengalaman itu lah juga aku apply utk selesaikan urusan peribadi aku pulak.

Jadi, 
aku ucapkan tahniah utk Pejabat Daerah & Tanah Sungai Siput (U) Perak atas anggota kerja yang efektif dan efisien.
Nampaknya masalah begini hanya perlukan level PT (P/O) saja yang uruskan.
PT mereka bukan setakat menaip surat. Bukan sekadar memfotostat dokumen. 
Mereka boleh menyelesaikan masalah. Itu aku salute.
Sedikit kesal aku lupa nama kedua-dua staff yang membantu tu (tapi nama kakak CC tu kalau tak silap Alauyah. Macam tu lah lebih kurang).
Aku nak emel kan pun, aku tgk web derang ni macam takde emel rasmi.

Dan satu lagi.
Benar janji Allah.
Permudahkan lah urusan orang.
InsyaAllah, Allah akan hantar orang mudahkan urusan kita.
Setakat ni, utk urusan tanah ni, memang Allah permudahkan walau aku terpaksa deal dengan pejabat kerajaan yang aku rasa byk kerenah birokrasi nya.
Selepas urusan pejabat tanah ni, aku kena uruskan perihal lesen jualan kelapa sawit pulak.Yang ni, nanti lah kita buat entry lain. Yang ni pun, terima kasih banyak2 utk staff MPOB wilayah utara yang byk membantu. Ni melalui telefon je aku contact.

Baik2 belaka derang yang membantu ni. Moga Allah akan balas utk permudahakan urusan mereka pula.

Info :
Tolong simpan geran tanah dengan baik sebab kalau hilang, memang panjang prosesnya. Banyak prosedur kena buat. Termasuk report polis, angkat sumpah dsbnya.
Boleh tgk kat blog ni - geran tanah hilang

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign