Pages

21 March 2019

Menolong Orang Lain Tanpa Berkira

Tu ari ada letak kat FB. Letak kat IG jugak. Letak kat status kat whats app  jugak.
Sebab rasa best lah infografik ni.




Betul tak?
Fikir lah sedalam nya.
Kadang kan, kita ni ada je jalan dipermudahkan walau kita rasa sulit.
Antara sebabnya, ni lah.
Kerana kita mudah membantu orang lain.

Pada anak2 buah kt office ni, memang kakak tekankan perihal ini.
Dari unit lama dulu lagi dah.
Kakak pesan, bantu lah orang.
Memang terkadang, kita rasa cam kenapa lah dia mintak menda2 yg susah2 ni.
Takpe.
Tolong je setakat yang mana termampu kita.
Sebab kita tak tau, satu hari nanti, mana tahu, kita pun ada nak mintak tolong pada orang2 ni.
Kadang anak buah kakak ni memang menyampah lah, cakap tu bukan keja kita bla bla bla..
Takpe. Kakak pujuk je. Kita bantu.
Percaya lah satu hari nanti, kita nak minta tolong orang pun mudah.
Alah. Kalau bukan kerja kita pun, kalau bukan kita uruskan menda tu, tapi kita tahu pasal tu, and kita pun boleh dapatkan info dari orang lain, apa salah nya kita bantu. Takde rugi secubit pun kat kita. Kadang tak pakai banyak tenaga pun.
Anak2 buah selalu cam.. ala... akak ni..

Hehe. 
But, please ya.. jgn kata kakak ni susahkan anak buah pulak.
Biasanya menda tu akak la yg handle, akak suruh depa ni carik info je.

Kalau environment office, lelebih lagi yg ramai bilangan staff nya, memang lah memacam perangai kita jumpa.
Ada yang tak boleh berlebih kurang dalam membantu.
Ni kalau bukan kerja dia, huii... memang dia takkan nak bantu.
Dia pegi halanya kita ke tempat lain bila kita nak minta tolong.
Contoh macam "ha.. pi lah tgk kat sekian sekian tempat, kan ada situ"
Allahu.. dah kita tau dia yang uruskan, kan senang kalau dia bantu direct.
Ni tak... seboleh boleh suruh kita usaha. Pepandai lah kau nak dapatkan.

Tapi, kalau time dia minta tolong, pandai pula kan.
Orang ni bukan nak membalas. Tapi, kalau kita pun jenis susah nak memberi, memang orang lain pun akan buat menda yang sama.
Tapi, kalau kita jenis tak lokek, ada je jalan nak mudahkan orang, ada je jalan nak bagi orang gembira, memang nanti kita pun akan jadi senang je. Smooth je. 
Contoh orang yang senang membantu.
Telepon je tanya kak boleh tak dapatkan ini..ini..
Dia kata, dia tak buat menda tu, tapi jap eh..akak tanya orang ni.
Pastu nanti dia call, bagitahu dah emel kat kita apa kita nak tu.
Senang kan. Memang bukan dia buat, tapi dia cuba bantu kita.
Takde pulak dia nak kata eh, kau pi lah mintak kat orang tu, dia yg buat... bla bla bla.

Memang lah kadang menda tu memang kita dah sediakan pada tempat khas. Kalau orang nak, pegi lah amik kat situ. 
Tapi, kalau ada call, minta direct kat kita, apa salah nya bagi je. Jadi menyusahkan kita ke? Tanya je lah kan.
Kita bagi je. Bukan susah. Menda tu memang ada dalam simpanan. Takde lah nak kata "eh, pi la tgk kat sini..sini.. "

Orang ni kadang, bukan dia malas, just dia nak tgk sejauh mana kita punya "pemurah" tu. Lokek ke tidak nak bantu orang. Berkira ke tidak.
Sikap la kan.

Satu lagi bila kita mudahkan urusan orang, percaya lah.
Allah akan mudahkan urusan kita.

Lagi satu, jangan berkira. Tak kira lah dalam hal kewangan ke, kederat ke apa ke.
Kewangan lah biasanya kan.
Ada lebih2 kurang tu, bagi je lah.
Ni tak. Kurang seposen pun mintak. Hehe.
Tapi yelah, takkan kita nak paksa orang halalkan.
Terpulang lah.

Ni ada satu citer lah.
Tapi, nak kata humble brag ke, angkat diri ke, sukati lah.
Tu ari masa balik kampung, masuk Watson sbb nak beli pencuci muka. Terlupa bawak balik kampung pencuci muka, so kena beli lah. Nak beli seketui tu ja. Tapi, orang komain ramai beratur nak bayar. Lecehnya rasa. Tapi, takkan nak potong Q pulak kan. So, beratur.
Adik yg Q depan boleh thn byk juga barang dia.
Bila dia bayar total dalam RM104 camtu lah.
Dia bagi RM200. Maknanya note RM100 tu 2 keping.
Cashier tu tanya takde duit kecik ke. Sebab takkan dia nak bagi change dalam RM90 lebih camtu kan (which buleh je kan sebenarnya).
Adik tu kata takde. Pastu dia tanya kawan, kawan dia pun kata takde.
Pastu dah macam stuck pula kat situ.
Kita ni nak cepat ni. Asben, anak ada tunggu dalam keta ni.
Last last akak kata, nah RM5 ni, saya nak cepat nih. Terus akak bagi kat cashier RM5.
Adik tu cam aaa... terpinga pinga.
Akak tanya balik, ada ke duit pecah dalam kereta (sbb dgr kawan dia kata ala..duit kecik dalam keta ada la).
Dia kata takde.
Takde takpe lah. Akak belanja.
Terima kasih kak katanya.
Settle.
Entah. Masa tu bukan lah akak kata akak nak tunjuk kaya ke apa.
Tapi, yg akak tahu akak nak cepat.
Kang nak tggu dia pegi pecah duit lah atau nak cancel apa dia beli lah. Lagi lambat.
Pastu macam student2 gitu kan. Kesian gak. Mungkin mak dia bagi 2 ketui tu duit utk belanja. Tu yang takde duit kecik langsung tu.
So, sedekah je lah.
Dan masa itu lah, esuk nya kakak pegi Pejabat Tanah, dan urusan kakak mudah sangat.
Pasal pejabat tanah ni kakak ada cerita kat sini.

Kakak cerita ni, bukan kakak nak humble brag ke apa tau. Jangan memandang cerita ni utk mengatakan "belagak lah tu, nak tunjuk byk duit bagi orang senang2 je"
Lps tu takde la nak kata orang lain tu tak bagus. Idak. Jangan anggap ghoper itu. Ada je hamba Allah, kengkawan yg sangat bagus, yang tak lokek membantu, yang berhati mulia. Ambik yang positif. Kakak pun kadang terkhilaf juga.

Cuma, dlm entry ni nak kaitkan dengan cerita "mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita"
Dan.
"Jangan berhenti menolong orang didalam kebaikan kerana kita tidak tahu kebaikan mana penyebab kita yang akan membawa kita kepada jalan syurga"

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign