Pages

20 June 2009

~JUWITA~



This entry specially create 4 my bes friend eva-Juwita.

Aku ni tak byk bes pren (tp pren...mmg ramai). Sorang,kwn ms sekolah rendah dulu (zirah-nati aku wat entry dia lak) peh tu Juwita ni. Dia ni kwn sepjg aku wat diploma kat uitm dulu. Mmg rapat banget. Rasa start rapat ms part 2. Mmg takde rahsia antara kami. Mungkin ms tu kitorang ada citer yg serupa utk dikongsi bersama iaitu pasal pakwe memasing. Huhu..macam la org lain takde pakwe ms tu ek.. entah..rasa dgn Ita ni amat la sekepala ngan aku.
Ingat lagi ada sekali tu aku gaduh2 ngan boipren aku. Ita ni la pi call balik boipren aku. Penah gak k'org jumpa sekali ngan boipren kitorg. Ala2 gathering gitu...ms tu nak balik melaka la. Tpt perjumpaan langsung tak class lak tu..ada ke kat menara maybank tu. Tu kan dkt ngan pudu..so lepak situ jap..kat situ mcm ada taman2 tu..ha..ada gambar masa tu..tp..tggu la kut2 aku rajin men scan nati.
Lps tu ada la jmpa sekali lagi ber4 kat melaka lak. Boipren dia ngan boipren aku gigih naik bas dr KL tu turun melaka jmpa k'org. Mlm tu memasing tak bley tido. Menyembang smpai nak pagi. Xcited sgt gamaknya. Haha.
Dgn dia ni pun aku mcm ada "telepati". Buleh sekali tu..tgh2 bersembang..lps tu kitorg pause.. tetiba ada kuar perkataan "kelab dangdut" dari mulut memasing. Aku tak pasti apa yg kitaorg sembangkan..tp..buleh tersebut perkataan yg sama lak.
Ita gak sepjg kawan ngan aku selama 3 thn selama tu gak dia setia menemankan aku membeli adiah befday utk boipren aku. Ada sekali tu dia period pain..tp..dia setia gak menemankan turun naik bas trus ke bdr melaka sanun. Huhu..sayang ko Ita.
Kerana aku gak dia penah fail kuiz (seb bek kuiz jer..huhu). Kira fail secara berjemaah ngan aku skali la. Paper subjek apa tah..tp aku igt lecturer dia Hj Lias tu (ni bebudak DPA kenal banget nih) Sbbnya aku senggugut truk ms kuiz tuh..kuar suma peluh jantan betina,lps tu da seram sejuk,pucat lesi..Ita la memapah aku bwk balik bilik. Sian kat dia..sbb aku dia pun tak leh amik kuiz tu..seb bek la kuiz kan.

Lps tu kenangan lain..mcm ajuk2 ckp lecturer tu mmg mainan kitaorg lah.. hahaha..jht giler lak aku rasa. Kan lecturer2 ni slalu mcm ada trade mark memasing..ha..bila da bosan study tu mula la kitorg buat ala2 lecturer tu berckp..mmg nak mampuih tul. Lps tu kalo dlm kelas yg bosan (kls En. Md Nor..haha..direct ckp tu) kitorg ada bwk bekal biskut..biskut kapal terbang tu.. mkn dlm kelas..hua hua hua..tp biskut tu bukan kitorg je makan..siap pass2 kat satu kelas..Astaga..buleh camtu..seb bek la tak repeat paper tu. Haaa....ngeri la kalo ttiba kena "tulah".

Dgn Ita ni, gmbr berdua mmg la byk giler. Kan sker amik2 gmbr ni dulu. Time tu manada kamera digital ni..pakai la kodak filem tu kan..pas tu kira ehh..ko da berapa ah?? kan satu filem tu ada 36 kpg. Kira kongsi sama byk la..jenuh lak nak kira balik..kelaka lak aku rasa.. Tp kalo pakai kamera skang ni lg tak terkata la byk gmbrnya kut..lps tu tak cuci..kumpul la beratus2 keping.

Mebi aku leh ngam ngan dia sbb dia mcm kakak2 gitu. Aku ni lak kan mcm byk bebudak sket..jd dia la slalu nasihat aku itu ini esp bab pakwe ni la.

Masa last day kat uitm,mmg la sedey giler..giler peluk2..nangis2..taktau nak ckp la.. aku tak penah nangis teruk camtu berpisah ngan kawan. Rasa mcm lepas ni susah la nak jmpa. Tp kitaorg ada buat satu buku ala2 mcm..mcm apa ah..entah..dlm buku tu ada la tulis kenangan2 kitaorg..tempek gmbr suma..n masa last day tu la tukar2 bku tu. Ada lagi aku simpan, bila bca harus la nak tergelak.

Dan kitaorg agak ter pisah oleh keadaan bilamana aku sambung degree (ceh..skema lak ayat). Jarang2 la contact sbb dia tak further degree. Dah malas katanya. Dan aku lak gigih smbg.. ada gak masa tu aku pi umah dia..tido umah dia.

Lps tu bila memasing da keja makin la jauh..tp aku ttp anggap dia la "shbt sepjg hayat", yg aku syg sgt.

Dia kawen dulu dlm thn 2006. Itu la last aku jmpa. Gigih aku pi sorang je kenduri dia sbb aku tak tau nak ajak sapa dh. Ha..mmg gigih.
Kira da 3 thn tak jumpa..rindu banget kat dia. Dia bersalin pun aku tak gi lawat. Entah..mcm ada je menda buat k'org tak terjumpa. Eh..aku penah terserempak gak skali ngan dia kat Sogo. Ms tu aku br abis karoke ngan geng karoke aku. Tp tak berckp sgt sbb aku nak cpt.

Aku kawen dia tak dtg...sbbnya aku antar kad jemputan ke opis dia..tp dia kata tak dpt..dan dia anggap mcm aku tak jemput dia la..sgt sedey aku rasa..aku lak takde la reti nak call ke apa ke dia kan..entah..dah tersurat camtu jadinya..takleh buat apa2 dah.

Dan smlm la baru kitorg dpt jumpa..takyah plan2 pun. Ari Jumaat tu aku call dia,trus dia kata jum la jumpa malam esuk. Jd jumpa kat Mc D jalan Pahang. Sng sbb Mc D tu 24jam. Lps tu Ita kata dia pun mebi buleh jumpa dalam kul 10 camtu. Mula aku nak ajak jmpa kat umah jer. Tp dia kata takut anak dia renyah2 lak.

Jadinya...seronok sgt sbb lama tak jmpa. Jmpa dlm kul 10.30 camtu. My dear ikut skali la sbb mmg kitorg nak kenalkan asben memasing ni. But..aku da kenal asben dia sbb coursemate aku kan (tp..Ita tak bercinta ms kat uitm..da keja br dia jmpa semula n bercinta ngan asben dia tu).
Sembang nyer sembang smpai kul 1.30am baru kuar dari mekdi tu. Haha. 3 jam okeh kat mekdi tu. Tak penah2 duk lama camtu.

Jmpa je mmg dah berderai ketawa..apatah..aku da warning laki aku dh..kalo tetiba ternapak kitorg gelak tnpa sbb tu..abaikan je sbb hnya kami berdua je tau apa kami gelakkan. Memcm citer la kuar. Gelak2 smpai berair mata.
Asben2 kitaorg lak amat memahami.. siap duk meja lain..bagi peluang kat kami yg tak berenti2 berckp (walhal..lari jauh tu sbb nak smoking). Daughter dia pun baik sgt..tkde la renyah2..bosan ke apa..eluk je duduk walo dh tgh mlm. Lps tu tido kat ibu dia. Sgt baik.. Moga2 anak aku nati pun mcm tu la..aku cukup risau kalo anak aku nati ngikut perangai renyah dan cpt bosan aku ni. Pendek kata perjumpaan "ad hoc" ni amat berjalan lancar.

Ada snap gmbr..tp tak upload lagi,..alah..hp aku kan poblem sket nak upload2 ni..bila la nak dpt pelarasan gaji ni..nak beli kamera lak nih..baru lengkap utk menjadi blogger sejati. Hua hua hua. Eh..lari tajuk suda...

My dear pun napak selesa ngan asben Ita..ok la tu..siap offer nak bagi baju batik lagi. Hai..lantak la korang..asal..buleh "masuk" kira ok la tu kan. Para suami kitorg ni pun bersembang sakan. Smpai kitorg lak kena ingatkan dah kul 1.30am..seronok nau bersembang.

Jadinya..gitu la keadaan aku ngan Ita yang tak jmpa 3 thn dan asben kitaorg yg 30thn tak jumpa. Huhu.

Utk Ita..aku syg banget sama ko..nati kita jmpa lagi tau..

Pnstoberi: Itulah namanya keindahan dalam persahabatan

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign