Pages

19 July 2017

Service Breast Pump

Breast pump ni kira cam nyawa lah utk ibu ibu bf (fully bf to be exact).
Atau kalau bukan nyawa, kira bff kepada ibu bf. Ha..gitew.
Hari ni mak Rizq nak citer berkaitan cemna nak service breast pump.
Atau kat mana nak service breast pump.
Utk info, mak Rizq guna Autumnz Serene ja.
Takde la "makdela" freestyle bagai tu khen.
Hihi.
Tapi, mak suka ja si Serene ni. Sgt compatible. Ringan pastu senyap sesenyap nya.
Ekceli mak ada back up pump. Yg murah2 beli kt shoopee tu. Apa ke brand nya. Lupa dah.
Tapi, bunyi.. MasyaAllah... serupa mesin air tebu.
Smpai sekarang mak tak sampai hati nak guna. Huhu.

Okay. Mak start guna si Serene ni secara serius pada umur Rizq 5 bulan.
Sebab mak mula antar Rizq ke nenek asuh masa 5 bulan.
So, umo 5 bulan lah baru mak start kerja dan secara khususnya masa tu lah mak start pam. Bulan Oktober, 2016.

Mak biasa guna level 3/4 saja.
Setiap mode.
Serene ni ada 3 mode.
Setiap mode tu adalah kegunaan dia. Mak mak yg guna tahu lah apa kegunaan dia. Bila nak tekan mode massage, expression, power expression. Masa LDR tu nak tekan yg mana. Semua tu mak mak bf mesti biasa lah kan.

Jadi, masa bulan May, 2017, mak dah rasa si Serene ni kurang suction nya.
Nak kata sbb valve, dah tukar valve.
Valve ni kena tukar setiap 3 bulan sebaiknya.
Dan jangan di sterilize kan. Just rendam dgn warm water, wash dgn bottle cleanser tu, pastu bilas then keringkan. Masa memula mak pi sterilize, sekejap je dia cam tak power dah. Part lain mmg bleh sterilize, valve ni je tak boleh. Nanti dia cepat kembang.
Bila dah kurang suction, mak pergi hantar je lah service.
Kalau ibu ibu berada di KL, ibu ibu buleh hantar di 
Autumnz
ATZ Care Sdn Bhd (876935-D)
16-1 , Ukay Boulevard
Jalan Lingkaran Tengah 2
Hulu Kelang , 68000 Ampang
Selangor , Malaysia
Telephone
Office – 03-41619333
Wholesale Enquiries – 012 790 1955
Online Enquiries – 013 342 3938
Service & Repair Enquiries – 012 790 6763
Operation Hours
Monday – Friday 9am to 6pm
Saturday 9am to 1pm
Closed on Sunday & Public Holidays

Kalau masih under warranty, ibu ibu akan dapat free service.
Dan sementara pam kena servis, ibu akan dapat loan unit.

Loan unit ni depends on stock availability jugak rasanya.
Mak tu hari, bernasib baik sbb ada loan unit.
Kalau guna loan unit ni, kena letak depo RM50.
Nanti dah hantar, dia bagi balik RM50 tu.
Okay lah kan?
Mak tu hari hantar dkt nak sebulan gak.
Bukan dia baiki dkt nak sebulan.
Tapi, mak yg tak de masa nak gi amik.
Haha.
Penyudahnya ayah Rizq yang gi ambik. Sebenar nak tukar battery skali (battery tak cover dlm warranty, kena beli sendiri).

Jadi, kalau uols rasa best friend korang ni dah kurang suction, dah rasa tak se-power awal2, yield tak sehebat dulu (tp yield ni pun byk faktor, tak semestinya sbb pam, kan?), bleh la try antar service. Elok antar setahun skali. Biar derang tgk apa yg patut. 

Cuma kalau luar KL, mak tak pasti cemna prosedur.
Kena post ke cemana ke, kan?
Tapi, kalau kat KL ni ada juga kedai2 baby yg buat service pam ni.
Boleh google jugak.
Cuma, kalau masih under warranty, better antar lah kat centre dia ni.
Boleh tgk web autumnz ni utk info lanjut [autumnz]

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign