Pages

18 July 2017

Cara Bersalam

Dalam proses nak men delete emel2. Sbb dah penuh sgt. Emel office.
Pastu jumpa plak emel cute carry ni.
Satu yg bagus utk di share ni.

Pandangan kali pertama adalah penting. Sehubungan dengan itu, CuteCarry selalu mengingatkan peserta agar bersalam dengan cara yang betul. Teknik yang digunakan adalah SAHABAT

S – Salam dengan betul. Jangan terlalu jauh dan dekat. Cara kita bersalam akan menunjukkan siapakah diri kita.

A – Ajukan soalan. Contoh soalan yang mudah diajukan adalah bertanya khabar. Cuba sebut nama orang yang kita bersalam sebanyak tiga kali. Contohnya… ‘apa khabar En Ali..En Ali sihat? baru sampai dari mana En Ali?’. Orang lain lebih tertarik jika kita menyebut nama mereka beberapa kali.

H – Hadiahkan senyuman. Nampak ringan tetapi senyum yang betul akan menarik perhatian orang lain.

A – Ajukan soalan lagi. Ini boleh digunakan jika kita tiada ‘modal’ hendak bercakap apa.

B – Bahasa badan perlu dijaga. Ia memberikan indikasi berkenaan sikap kita.

A – Anak mata perlu dijaga. Pertemua rasmi ataupun bertemu kali pertama, anak mata memandang mata orang yang kita salam dan keatas dahi. Jika mula mesra, baru boleh melihat keseluruhan muka. Jangan pandang atas bawah jika pertama kali bertemu ye..

T – Tiru gaya orang itu (mirroring). Mereka akan lebih terpengaruh jika kita selaras dengan pergerakan mereka.


kredit : CuteCarry

****
Kursus penampilan imej utk para usherette office tahun 2015.
Sekarang dah pencen dah. Dah tak jadi usherrete dah. Huhu.
Course yg sgt best bersama cute carry !

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign