Pages

20 July 2017

Rasa Ini Sangat Tak Baik

Pernah tak ada rasa macam ni :- rasa "suwei" atau rasa bad luck utk satu hari bila pepagi kita dah nampak orang yg kita tak suka. Orang tu lah orang pertama yg kita nampak. Padahal kita dah berdoa agar bukan dia lah yang pertama kita nampak. Atau janganlah ternampak dia pepagi ini. Tapi, memang dia orang kita nampak. Memang dari jauh dah nampak orang tu.
Dan dan tu terus rasa "suwei" (bad luck) sepanjang hari!
Bukan lah aku benci giler orang tu.
Tapi..entah lah.
Macam quote bawah ni. I feel better if orang tu takde.

Korang mungkin tak pernah rasa camtu.
Sebab semua orang berhati mulia dan bersih.
Tapi, 
Aku pernah.
Lama dah masa tu.
Sebab kita nak meluahkan tak boleh.
Tapi, kita kena telan hakikat yg kita kena hadap orang tu hehari.
Jadi, memang rasa sangat sangat tak selesa. Sampai tahap kalau orang tu lah aku terpandang awal2, aku akan rasa "suck" terus satu hari. Boleh menyebabkan kemurungan seharian.
Masa tu dah la aku terlalu mentah.
Tapi, kesabaran ada batasannya.
Aku segera cari jalan penyelesaian.
Permasalahan selesai.
Aku kembali hidup gembira dan orang tu sampai ke sudah tak tahu cara aku menyelesaikan masalah tu [mungkin].

Now, after berbelas tahun, rasa itu kembali lagi.
No. Aku bukan benci orang.
Cuma macam aku kata tu lah - aku selesa if orang tu takde; dari ada. Gitu.
Tapi, entah lah. Aku sebenarnya takde masalah pun dengan perangai orang.
Lantak lah hang perangai cemna pun.
Bukan effect gaji aku pun. Kan?
Tapi, ada jenis yg memang aku langsung tak buleh accept.
Aku dah fikir kebaikan dia.
Aku dah fikir side positive dia.
No! "black" side aku tetap mengatakan yg aku tak bleh stand.
"White" side terus memujuk.
Tapi, aku tak boleh hipokrit.
Memang, jahat betul aku ni.
Entah ek.
Kalau tak boleh terima tu, tetap lah aku tak boleh terima.
Tapi, rasa itu akan bawa negative vibe dalam badan je.
Masalah betul.
Sebab tu aku tak suka rasa ini.
Tapi, aku tak boleh delete rasa itu.
Kalau boleh delete senang lah.

Apa yang aku boleh buat adalah berdoa agar hati aku tak terus begini.
Aku tak suka.
Tapi, aku juga tak boleh hipokrit.
Dan aku juga tak reti nak jadi "fake"
Aku tahu tak baik tak suka orang. Tak baik benci orang.
But.. aku bukan insan yang maksum.
Sebenar, bukan lah aku benci sangat.
More to kepada; tak perlu orang tu ada dalam life aku sudah lah.
But, itu takkan terjadi utk waktu terdekat ni.
Dan terpaksa lah hadap juga.
Oh Tuhan.........................


Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign