Pages

7 July 2017

Sabah, Mu Tunggu Rizq Datang

Huhu.
Amboi. Tajuk kemahin.
Ye lah uols. Lama giler kan mak tak buat entry travel, entry cuti cuti.
Jadi, begini lah jadiknya.
Kemaruk sungguh nak berjalan uiii.

Kesahnya, trip famili hujung tahun utk tahun 2017 ni adalah ke Sabah.
Plan dari awal tahun uii.
Berkobar2 kat grup w.app.
Pastu senyap.
Biasa lah tu kan.
Memula ramai.
Pastu sket je yang kompom.
Itu pun biasa jugak khen.
Actually plan ni tahun 2015 lagi dah. Tapi kan masa tu ttiba ada peristiwa gempa bumi tu.
Terus semua cam takyah lah.
Maka tahun 2015 tu kiterang ke Langkawi sajork [yang masa tu pregnant tu. Heee].
Pastu tahun 2016 ke PD ja.

Ni tahun ni baru nak gi jauh sket.
Memula weols nak naik MAS.
Tgk tiket MAS cam okay dah harga.
Tapi duk tunggu2.
Yang famili abang no. 2 dah beli tiket. Sbb dia nak amik AA.
Masa tu ada promo.
Weols masa tu tak beli sbb konon nak beli MAS.
Abang no. 4 pun tak beli sbb dia nak ikut kami.
[oh, trip kali ni hanya 3 famili. Mak tak folo. Sbb tak larat katanya. So, famili abang no. 2, abang no. 4 dan famili kecil kami. Cewah!]
Lepas tu masa raya tu ari sket pun tak sembang pasal Sabah ni.
Sudahnya lepas cuti raya baru hegeh2 carik tiket.
Dah mahal lah kauuu.. cuti sekolah pulak tu kan.
Nak tunggu lagi takut lagi harga naik.
Pulak tu, dah kena marah ngan abang no. 2 since dia tahu kami tak beli tiket lagi. Wakakaka.
Katanya "tu ari cakap bagai nak rak" . Err err.. krik krik krik :P
Selaku ketua rombongan (lantik sendiri), cecepat mak beli tiket.
Nak beli MAS? Dah sekali ganda naik. Padan muka. Haha.
Beli saja lah AA.
Mak nak naik MAS sbb utk keselesaan sebenarnya.
Uols tahu saja lah AA yang sempit tu kan. Lagi mau pangku Rizq Iskandar lagi. Nak feeding dia lagi. Acena?
Jadi, mak naik AA, beli hot-seat yg depan tu. Tak blh nak buat apa lah.
Ni abang no. 2 tak tahu lagi yg kami beli tiket AA. Mampuih kena kutuk ni kang. Kih kih kih.

So, settle bab flight.
Next - pakej2. Memang dah amik quotation dari pakej dah.
Cumanya mak nak tunggu Matta Fair bulan September kang.
Mana tahu, ada yang offer lagi berbaloi. Kan?
So, tunggu. Tak lama lagi.
Matta Fair - 8 hingga 10 September 2017

Dia kalau dah beli tiket mula lah cam teruja kan.
Walau idok la pertama kali pergi ke Sabah nun.
Eh. Dulu kerap. Selalu outstation belah2 sana. Sekarang jarang dah. Tambah2 lagi bajet tight ni. Plus duk HR mmg jarang nak gi cawangan. Plus plus, my son-shine fully bf. So, derang cam.. okay takpe..orang lain lah pi. Tu ari masa bulan puasa mmg ada interview kat sana. Memang mak dapat pengecualian tak pegi lah sbb ada lesen besar anak tgk duk fully bf. Huhu.
Baca baca blog orang yang pergi Sabah ni.
Carik yang dalam tahun 2016/2017 punya entry ja.
Sbb yang lelama tu kang terjumpa pulak blog sendiri. Kihkihkih.
Weols pergi Sabah utk bercuti ni dah lama giler dah kot. Tahun 2011. Dah 6 tahun uiii.
Link entry :  [sabah tahun 2011]

Bila tgk gambar kat blog orang tu - oh, dah lawa sgt dah Kundasang tu.
Masa weols pergi tu, jalan pun tgh duk baiki. Berlecak sana sini.
Nak pergi ladang lembu tu pun cam hazab.
[ke skrg pun still camtu?]
Dulu weols naik kancil ja. Sewa kat member office cawangan sana.
Tapi pergi kali ni, dgn anak kecik lagi, dgn famili lagi, amik siap ada driver lah. Senang nak pergi mana-mana. Takmo lah buang masa dan sesat melarat. Senang nak pergi makan ke apa ke.
Kali ni cover tempat tinggi, laut dan juga bandar. Sbb pergi dalam 5hari 4mlm. Puas hati kan?

Okay lah. Kita tunggu je lah.
Lambat lagi pun. 6 bulan lagi.
Sementara itu, ber huhu hu hu je lah kita dulu.
Oleh itu, Sabah, mu tunggu Rizq datang :D

1 juta komen:

waaa..bestnyee!!rindu nk p sabah lagi dan lagi..

kwn sy org KK baru promote pasal homestay die siap dgn kete sewa. boleh tgk page FB die : Best Muslim HomeStay Kota Kinabalu

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign