Pages

21 December 2016

Rutin

Rasa nak menulis plak.
Ada masa waktu lunch ni sket kan.
Saja borak borak pasal rutin sekarang ni.
Setelah lebih 3 bulan masuk kerja.
Bercuti selama 4 bulan lebih, memula masuk memang rasa lemau habis.
Kalau buleh nak ambik unpaid leave sampai 3 bulan.
Biar sampai baby umur 6 bulan kan.
Tapi. Cam melampau la pulak. Hehe.

Sekarang ni. Balik kerja harus la tak lengah lengah lagi.
Ada la sorang staff tu pernah tegur "amboi, sekarang balik awal ya"
Alah. Tu saja nak suruh orang jawab "nak amik anak la.."
Sorry ye tuan. Bukan begitu jawapan saya.
Jawapan ku mudah je 
"Ate.. dah berbelas tahun dah saya balik lewat, bagi lah orang lain pulak balik lewat"
Ha. Begitu. Terdiam terus. Lalalala. Sebok!

Jarak office ke rumah babysitter (BS) pun dalam 10min-15min gitu.
Masa ambik kaptenRizq dia da siap mandi. And biasanya bs dah bagi susu apa semua.
Tapi, kadang dia cam nak ngempeng dalam kereta gak.
Kadang dia nak main2 je. Bagi la dia kotak ke apa ke. Suka je dia.
Kalau jammed, dia rimas sket lah sbb kereta tak gerak.
So, mak nya lah akan nyanyi ke apa.
Dia paling suka lagu "tepuk amai amai" dengan "papaku pulang dari kota"
Oh. Mak duduk belakang ya. No no no. Big no utk duduk depan. Samada letak kapten dalam baby car seat atau pangku. Yerp. Pangku pun suppose big no no tau. Tapi, sbb jammed blh la pangku kat belakang. Tu pun with extra cautious sbb takut brek mengejut.

Sampai rumah biasanya dalam kul 6 suku, 6 setengah camtu lah (cuti sekolah blh smpai kul 6pm).
Terus keluarkan ebm masuk dlm chiller.
Masukkan ice pack dalam freezer.


Bag yang mak bawa gi office. Comel sbb boleh gak bawa gi meeting or kursus. Orang tak tau pun beg mak mak menyusu. Hihi.
Senang sbb muat double pamp and accessories, ice pack satu. Tapi, ebm kena letak dalam storage plastic. Kalau dalam storage bottle tak muat.
Tapi, mak lagi suka guna storage plastic, sbb kalau bottle dia cam lelemak tu melekat. Sayang lah lelemak tu. Dah la lelemak mak tak byk. Rugi lah kalau terlekat kat botol. Rugi. Rugi. Rugi.

Lelaju mandi while ayah tunggu kan dak Rizq.
Lepas mandi (solat Asar dah buat kat office), masukkan storage bottle and feeding bottle dalam air panas yang dah campur dgn cecair pencuci botol tu. Rendam jap.
Lepas tu settle kan beg kapten ke rumah bs untuk esok. Keluarkan baju dia dah pakai, ganti balik pampers yang dah guna (biasa letak 5pcs - mmg tak bagi siap satu beg sbb nak pantau berapa dia guna utk sehari), letak baju baru.
Masa ni biasanya dah nak maghrib. Kapten mula ek ek ek sbb dia nak tido.
Dia dah biasa tido selepas maghrib.
So, samada feeding dia sebelum solat maghrib or kalau dia blh tahan, ayah dia main main dulu ngan dia, boleh la solat dulu. Sbb kalo feeding utk dia tido malam ni, dia ngempeng blh tahan lama. Dalam one hour pun blh.
Dah tu, kadang mak pun tertido lepas letak dia atas katil. Haha.
Tapi, kalau tak tido pergi lah cuci bebotol semua and masuk strelizer.
Yup. Ini paling rutin.
Rendam - cuci - sterilizer - keringkan.
Memang part paling malas.
Ada yang kata "patut part ini husband yang buat"
Up to you. For me - lagi puas hati buat sendiri. Sebenar, storage bottle bs dah basuh, tp balik rumah bilas2 then sterilize.
Setiap hari ada 4 bijik storage bottle, 1 feeding bottle and double pump n accessories. Sekarang di tambah pula dengan storage food and storage botol 2oz utk letak susu yang akan bs campur dengan food dak Rizq. 


Then makan.
Lps tu ambik bebotol dalam strelizer utk "hang"
Kena buat awal utk bagi botol2 ni cepat kering.
Utk pump, kena bagi kering cepat sbb awal pagi nak guna.


Biasa dalam kul 11 dah kena masuk tido sbb kena bangkit awai. Sebelum tido kena iron baju dulu.
Kaptenrizq tido dari lepas maghrib tu sampai ke pagi.
Tapi, dia akan bangun setiap 2jam utk menyusu. Tu mmg rutin dia.
Biasa kul 10, 12, 2 dan 4 pagi. Memang cam tu lah lebih kurang je. Dia tak nangis pun. Tapi, kita sedar je bila dia gerak2 tu. Then dia feeding tak buka mata pun. Huhu.
Kul 5.15am - angkat kapten utk feeding dia sambil pam (tandem)
. Cam biasa, dia tak buka mata gak. Hihi. Have to sbb nak dapatkan ebm fresh sebotol. Agak lambat kalau tak tandem. Must do yang ni. Kalau tak mesti cam sedih, tapi Alhamdulillah, takat ni tak pernah gagal untuk dapatkan ikut supply sekali dia minum. Kadang berlebih. Depend apa makan malam or siang tu. Hihi.

Lepas tu mandi.
Tapi, sekarang kapten dah makan - so, pergi masak bubur dia dulu. Takyah mandi dulu.
Sambil masak tu kemas2 botol dia, then solat Subuh dulu. Lps tu baru blend bubur dia. Alhamdulillah, lega sgt beli Beaba Babycook sbb dia blend halussss sgt. Takyah nak tapis2 lagi dah. Tak renyah. 
Settle semua ni baru mandi. Masa ni kapten biasanya dah bangun. Dia lepak2 je atas katil.
Then kita dah siap2, pegi wash dia apa semua. Tak mandikan cuma tukar pampers and wash je.
Last sekali sebelum keluar baru siapkan susu dia.
Dulu, buat awal, lps tu masuk fridge balik. Tapi skrg mcm dah lewat. Kang punch card merah lak. Haha.
So, last sekali baru settlekan susu.
Kalau guna frozen ebm, cairkan sesiap (malam bawa turun ke chiller - bangun pagi kalau tak cair lagi, rendam kejap dalam air - air biasa, jangan air panas. Setengah orang akan lalukan bawah air paip. Mak malas nak tunggu camtu. Hihi).
Susu kapten - 1 feeding bottle (ni fresh ebm kul 5pagi tu), 4 storage bottle (chiller n frozen). Dalam 3oz setiap sebotol. Dan bertanda nombor. Masuk dalam cool box. Bila masuk cool box ni bs tak perlu masuk dalam peti ais dia dah. Letak 3 ice pack.



Begitu lah rutinnya.
Sama macam mak mak yang lain juga.
Part paling remeh adalah basuh botol n pump yang banyak2 tu.
Kalau kat grup FB tu, ramai yang cam malas je nak basuh2 tu.
Haha. Memang lah pun. Bercinta. Tapi, enjoy je lah.
For me - enjoy je motherhood moment ni.
Lagi lah kita yang TTC'ian ni kan. Tetiap hari minta. Dah dapat, enjoy je every moment. 
Never ever lah nak merungut penat ke apa.
Kerja ni kalau kita jadikan ianya satu yang gembira, maka gembira lah ia.
Kalau rasa ianya beban tu yang jadi penat.

Takat ni Alhamdulillah.
Syukur sangat dengan rezeki dari Allah.
Up to 6 and a half month and kaptenRizq still ebf. No fm.
Moga berjaya lah hingga mak dapat PhD kan :)
Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas moment terindah ini :)
Ni lepas dah ada floor baru, mak terus buat baby corner.
Hehe.
#doa saya sentiasa mengiringi rakan-rakan TTC, agar dapat menikmati pengalaman ini juga. InsyaAllah. Teruskan berusaha dan berdoa. Allah Maha Mendengar.

2 juta komen

Alhamdulillah..happy baca..tapi tak berapa faham part sterilize dan lain-lain yang pasal susu tu..hope nanti boleh faham bila dah experience sendiri..hehe

Sama la rutin kecuali part botol yg banyak2 tu 😜 Amna pun kalo nyusu malam mata tertutup. Tapi kalo lambat bg, nangis mcm nk pecah umah 😅

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign