Pages

7 December 2016

Rawatan Fertility : Private or Govt

Jarang sekali saya berbicara perihal fertility dalam blog yang satu ni.
Saya memang dah ada blog khas utk memperkatakan soal fertility, malah journey saya as TTC'ian pun ada kat sana.
Tapi, terkadang perlu juga bersikap lebih 'open' dalam perkara ni.
Biar pun, adakala dikatakan 'meroyan'. Takpe lah. Orang tak rasa, memang tak tahu. Letak lah apa pun, kalau kita tak pernah merasai bagaimana rasa orang tu janganlah cakap apa apa.
Jadi, kalau ada yg rasa saya 'meroyan', dengan hormat saya pinta jangan teruskan membaca entry ni.
Tapi, sekiranya anda bukan seorang TTC'ian, dan nak baca juga, dengan hormat saya pinta, baca lah dengan minda terbuka.
Bukan dengan minda sempit dan asyik menyalahkan kami dengan mengatakan kami sering meroyan.

Rawatan fertility? Swasta atau kerajaan?
Saya tak mahu bercakap faktor bajet atau pun faktor kewangan, sbb saya pasti sesangat, TTC'ian memang takde masalah tentang bajet ni.
Percaya lah cakap saya. Pergi lah berkawan dengan memana orang takde anak, memang takkan ada masalah kewangan ni pada mereka (Agaknya kerana itu lah mereka ini insan terpilih).
Hampir 100% TTC'ian minat mereka adalah travel. Esp ke luar negara. Dalam negara toksah duk cakap lah kan. Memang setiap bulan ada je bercuti ke mana mana.
Tanya lah memana rakan2 TTC'ian - sapa saja tak pernah pergi oversea?
Takat2 Krabi/Singapore tu macam ulang alik je. Ada yg tiap tahun pergi pun.
Ini lah dikatakan rezeki memasing.
Tapi, ini bukan lah bermakna kami banyak duit. Kami takde rezeki anak, tapi rezeki dari bentuk utk pergi bercuti ke luar negara, Alhamdulillah, Allah permudahkan.

Dan juga rezeki dari Allah utk buat rawatan.
Jadi, saya percaya rata rata TTC'ian memang ada bajet untuk buat rawatan di klinik/hosp swasta.

Saya pernah pergi kerajaan dan juga swasta.
Tapi, saya tak pernah pergi hospital kerajaan (GH).
Jangan tanya mengapa, sbb saya tak punya jawapan.
Saya pernah buat treatment di LPPKN (kerajaan). Tahun 2010. Itu lah kali pertama saya kenal rawatan fertility.
Di LPPKN, rawatannya cepat. Nurses pun baik baik saja. Kalau baca dari blog yg pernah buat treatment situ, ubat2 nya pun hampir sama dgn ubat yg saya gunakan di KL Fert.
Utk yang bekerja kerajaan, kita boleh claim ya sekiranya buat rawatan di LPPKN. Tapi tertakluk kepada Pekeliling Perubatan.

Setelah LPPKN, saya "melompat" pula ke klinik Dr Hamid. Swasta. Tapi kat sini nak tunggu utk berjumpa doktor pertama kali mmg lama. Tak tahu la skrg macamana. Sy pergi sini tahun 2013. Kat sini juga lah saya buat laparoscopy.

Kemudian, saya "berehat" dan kembali dengan rawatan di KL Fertility pada tahun 2015. Kat sini paling best! Klinik best, nurse best, doktor best. Semuanya laju. Takde tangguh2. Saya tak berpeluang pun nak "berehat" dan lengah2 since doktor yang suruh kita cepat cepat. Hihi.

Itu lah pengalaman saya selama mendapatkan rawatan utk fertility ni. Saya culas. Ke sana ke mari. Hihi.
Tapi, saya ada rakan yg buat 2nd fertility treatment di salah sebuah hosp kerajaan. Dia bercadang utk buat IUI. Dari saya belum mulakan rawatan di KL Fert, hinggalah saya buat rawatan, hinggalah sekarang, baby saya dah 6 bulan, treatment dia belum selesai. Asyik asyik dengan clomid (utk info, sepanjang saya TTC, saya tak pernah consume clomid. Tak tahu kenapa, semua tempat saya buat rawatan tak pernah bagi saya clomid. Bagus pun. Sbb clomid tu side effect dia pun tak berapa bagus juga).
Masuk tahun ke3 dah dia treatment kat situ. Jadi, saya simpulkan utk 2nd fertility mungkin derang tak buat tergesa gesa. Maybe lah kan. Tapi, kerajaan ni giler lama lah prosedurnya. Kalau ada masih ada masa, masih boleh menunggu, silakan lah. Pun, utk govt staff semuanya ditanggung. Kan?

So, tepuk dada tanya iman, tanya poket, tanya selera.
Allah beri kita ujian ni bersebab. Makanya, laluilah dengan penuh kesabaran disamping terus berusaha.
InsyaAllah ada sinarnya di kemudian hari.
Saya doakan :)

**p/s : Entry ni dah lama dalam draft. Buat masa tgh pregnant, tapi tak publish.

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign