Pages

23 December 2016

#MyTravelokaEscapade : I Need A Holiday Lah

You need a holiday lah!
I need a holiday lah!

We need a holiday lah!
♥♥♥

Yey! Mari lah semua kita ber holi holi day.
Dah lama sangat tak travel ke luar ni. Tahun 2015 pergi Umrah. Then, rest smpai sekarang. Eh. Tak boleh jadi ni. Dah lama sangat rest ni.
Memang dah gatal sangat kaki tangan semua nak klik klik beli tiket. Haha.
Lagi lagi bila dak kecik Rizq Iskandar a.k.a #kaptenrizq saya dah besar sket. Dah boleh bawak gi travel.
KaptenRizq kalau bawa dia jalan jalan, dia behave je.
Takat ni dah 2x try bawa dia bercuti.
And, Alhamdulillah. Dia sangat baik. Tak banyak ragam. 
So, lepas ni buleh la mak n ayah bawak awak naik katebang plak kan.
Hihi.

Dalam tengah gatal tangan kaki semua, tup tup ada contest #MyTravelokaEscapade by Traveloka. Pernah dgr kan Traveloka?. Alah, web yang kita boleh beli tiket flight, hotel apa semua tu. Pastu menawarkan harga yang terbaik dan ditambah pula"harga yang jujur" . Apa kita nampak, itu lah kita bayar. Takde la nanti ada lagi GST tak include lah apa lah.
Tak caya. Tengok lah ni.


Apa pun, korang gi je web Traveloka tu. Try klik klik cari date and tempat kita nak gi. Tak pegi pun takpe. Saja je klik klik. Hihi. Eh. Ai selalu tau buat gitu. Terapi tu. Muehehehe.

Okay, sekarang mari lah kita mencuba nasib.
Untung-untung boleh bercuti secara free. Ye, free! Kita kasik bold n kaler merah sket. Hihi.
Mana kita?
Saya pilih TOKYO!

Ya. 
Dah lama saya plan nak ke Jepun. Atau secara khasnya ke Tokyo.
Memang dalam angan-angan ni.
Salah satu sebab - nak pergi Disneyland Tokyo.
Kredit : Here

Sapa taknak pergi Disneyland?
Memang childhood dream kata orang tu.
Kami suami isteri dah pernah ke Disneyland Hongkong.
Tu pun dah rasa best sangat dah.
Apatah lagi Disneyland Tokyo ni kan.


Masa pergi Disneyland HK dapat ambik gambar ngan Minnie Mouse. Seronok kemain siap frame bebesau. Haha.
Tokyo Disneyland adalah antara Disney Park yang terbesar. Dan Disney Park pertama di dunia yang dibina di luar US. Dibuka pada tahun 1983. See, dengan info bagai ku bagi dah ni.
Nak pegi! Nak pegi!
Lagi bertambah teruja nak ke Disneyland sekarang sbb dah ada #kaptenRizq.
Ya.. bawak anak lagi la best (ke mak jugak yang lebih teruja nanti).

Selain Disneyland ni, boleh juga tengok keindahan alam.
Sapa tak nak pergi tengok Gunung Fuji.
Fuh!
Gila kau taknak pergi kalau dah tengok gambar secantik ni.
Meleleh air liur tau. Haha.
Giler. Ya. Saya memang segila itu kalau bercakap perihal travel nih.
Tgk gambar pun memang menggamit2 nak ke sana di buat nya.

Tak buleh jadi ni.
Haha.

Lepas tu Jepun (Tokyo) ni ada 4 musim.
Kita boleh lah melihat keindahan ciptaan Allah di sana.
Ada musim bunga, musim luruh, musim panas dan musim sejuk.
Teringin nak pergi masa musim bunga. Cantik sangat sangat lah.
Tak pun musim luruh. Cantik juga. Musim panas pun okay kot. Alah, kita kat Malaysia pun dah biasa panas kan. Takpe je kalo kat sana panas. Tapi musim sejuk pun best.
Kalau orang dah bagi free, mak tak kesah pi musim apa pun. Ngeh ngeh ngeh.

Selain tengok keindahan alam, kat sana pun shopping heaven gak.
Apa tu yg orang selalu cakap tu - Shibuya, Akihabara.. entah lah. Memacam nama ada. Best!

Pendek kata semua lah best kat Tokyo ni. 
Memang menjadi tempat impian lah.

Mana tahu ada rezeki nak bawa Rizq Iskandar dengan #MyTravelokaEscapade ni kan. Hihi.

Eh. Uols taknak cuba ke? Mana tahu menang percutian idaman ke. Ha.. try try. Jom try.
Just tulis blog ja. Kalau malas, just share kat FB ja.
Senang saja!
Masuk web traveloka blog ni untuk tengok detail dia.


Jom.
You Need A Holiday lah!

1 juta komen:

wah...macam menarik je..nak joint la..

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign