Pages

30 November 2015

Saling Berkasih Sayang

Bagus entry dari kawan saya ini [link].
Kita ni hidup bukan selama mana.

Bila bila pun kita boleh "dipanggil"
Hari ini elok bersuka ria, tup tup esuknya dah tiada.
Kes camni pun byk terjadi depan mata.
Kawan-kawan office pun ada. 
Tapi tu lah. Kadang kita terkhilaf.

Oleh kerana kita bebila pun boleh dipanggil, jangan lah kita buat angkara dengan orang2 kita tersayang. Dengan parents, dengan family. 
Pendek kata jangan ada dendam.
Itu satu hal lah dengan orang2 yang kita sayang.
Cemana plak dengan kenalan2 kita.
Apatah lagi dengan orang yg kita tak kenal sangat,
Tapi, tetiba entah kenapa kita rasa macam benci, menyampah dengan orang tu.
Tak tahu kenapa kita nak sakit kan hati orang tu.
Ada je cara nak sakitkan hati.
Komen menda2 tak elok. Balas berbual dengan nada sinis.

Kenapa nak hidup bermusuh-musuh.
Kenapa nak hidup saling membenci.
Dengan orang kita tak kenal pun kita nak buat angkara.
Kalau kenal pun, takde sebab dan alasan yang menghalalkan kita nak buat hal.

Entah lah.
Kadang terlebih "open" di zaman ni membuatkan kita makin kurang nak berkasih sayang.
Seolah sengaja mencari salah orang.
Kalau nak kata kerana laman sosial, nampak kita pulak yg bodoh sbb menda2 tu yang mempengaruhi hidup kita.
Tapi, kadang, betul pun.
Kalau rasa menda tu dah pengaruh hidup, lebih baik kita menjauhkan.

Sebenarnya hidup dalam menyampah ke orang, tak boleh tgk orang lebih, asyik nak kondem orang, ada je tak kena, mmg tak membawa ke mana.
Fikir balik yang atas tu lah. Kita hidup pun tak selama mana.
Anytime Allah buleh panggil balik.
Alangkah lebih baik kalau hidup ni terus dengan berkasih sayang.
Takde yang rugi kalau kita terus hidup berbaik baik.

Bak kata kawan tu
"Cherish your moment"

**
Surah Al Hujuraat banyak mengandungi kata-kata nasihat tentang cara pergaulan kita.
Antaranya ini. Elok kita jadikan pegangan utk hidup kita dan terus berkasih sayang.



Hari terakhir di bulan November 2015.
18 Safar 1437H

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign