Pages

9 November 2015

Giler la Siapa Yang Tak Suka Travel


Tajuk saja kasik propa.
Ai tgk kalau buat tajuk propa sket, harus macam ramai viewer.
Kalau tajuk ala ala pekeliling kerajaan, bukan saja baca, klik pun uols taknak.
Haha.
Pandai uols kan.
Nanti ai carik tajuk ala ala gosip kat Melodi lah.
Nanti ai nak buat tajuk "gosip terbaru opisku". Hahahhahaaaa.
Harus berduyun pembaca opis ai berebut nak klik walau ai baru publish satu saat. Hahahahahaaaa :P

Eh. Ai bukan nak kata orang yg tak suka travel tu gile.
Tu ayat cliche je tu.
Tapi, ada ke orang dalam dunia ni tak suka travel?
Ada ke?
Ada la kot. 1% cuma. 99% lagi, aje giler kalau tak suka. Hahahahhaa.

Ada waktu free2 sket, ai saja la masuk forum topic travel2 ni.
Tgk balik topic tempat2 yg pernah pergi macam Perth, HongKong, Krabi. Topic orang pergi umrah jugak.
Seronok tgk depa depa ni buat preparation. Siap ada itinerary apa semua.
Dalam forum pun selalu ada orang PM tanya keadaan kat satu satu tempat yg ai pernah pergi.
Ada yg emel juga tanya tanya. Yang ni biasanya lepas depa baca blog, depa akan emel.
Ai akan bantu mana yang boleh dibantu dengan sebaiknya.
Sbb ai pun sebelum nak pergi satu satu tempat, ai akan emel pada orang2 yg dah pernah pergi ni.

Ai akan jawab juga walau kadang soalan tu rasa macam, eh, awak boleh google ni.
Tapi takpe, ai suka je bila ada orang tanya. Even ai pun kadang lupa dan ai sendiri akan tolong google utk mereka.

Alah, bukan luak pun kan tolong orang.
Ai teringat satu kes ni. Ai baca kat IG seseorang. Dia ni kira macam selalu travel2 lah. Pastu ada la orang tnya satu soalan berkaitan ada satu event ni.
Pastu dia cam bebel2. Kalau nak jadi traveller katanya kena la google, kena pandai cari maklumat lah apa lah. Cemana nak jadi traveller kalau semua orang nak bagitahu. Dia macam marah.

Ai bila baca macam ehhhhhh..... apa ke benda lah dia ni.
Takyah lah nak hangin sangat. Macam lah kau tu glamer benau benau. 

Tak luak pun kalau kita gitau. Memang lah ada setengah orang ni, dia jenis malas nak carik maklumat. Tu biar dia lah. In case dia nak g luar negara secara DIY nanti pepandai lah dia nak hidup. Takyah lah kau sekolah kan pulak dia.

Orang camtu memang perasan bagus. Aku sket je lagi nak unfollow IG dia ni, tapi aku nak perati je dulu ke-poyo-an dia. Poyo kalau hensem takpe gak. Ini.. nan hadoo.. 
Eh. Kan dah ter mengumpat pula. 
Takde lah. Tak suka orang yg ek ek dan cas bagus nih.

Travel ai ke luar, mostly secara DIY. 1st time ai DIY adalah ke Hongkong.
Mula macam susah. Tapi, bila dah sampai tempat tu, otomatik kita akan jadi 'pandai'.
Hehe.
Percaya lah. Jadi, pada sesapa yg tak pernah lagi travel DIY, cuba lah.
Takyah la guna agen2 ni. Unless cam nak gi umrah tu, kena lah kan.

Sekarang ni aktiviti travel berehat buat sementara waktu. Takyah la ai sesusah pergi Matta Fair bagai dah. Rehat jap.
Akan bersambung maybe next 2 year. 2017 lah mungkin.
Dalam wish list ai, ai nak pergi Holland. Nak tgk tulips.
Atau nak pergi Tokyo Disneyland. 
Eh. Tu ari ada yg ciwi2 gambar Swiss kan. Itu dalam mimpi la gamaknya. Menangis lah nak merasa main salji kat Swiss cik kakkkk....
Eh. Ai ni Singapore pun belum jelajah lagi lah. Orang lain dah puluh2 kali pergi Singapore kan. Huhu.
So, after this, boleh sambung semula lah pengembaraan.
Cumanya kali ni mungkin pengembaraan ada sedikit berbeza :)

Next year, mak saudara belah myDH buat trip ke Bandung.
Ai pulak, kalau dah pernah pergi satu satu tempat, ai macam berat sket lah nak pergi lagi sekali. Kecuali Makkah dan Madinah. Itu takpe. Pergi banyak2 kali pun takpe.
Instead of Bandung, better pergi Lombok ke kan. Tak pernah pergi lagi.
Tapi, dah itu plan mereka. And on top of that, mmg ai tak dapat pergi pun.
Hehe. No need to cari alasan then.

Ai ada sorang member. Dia masih single. Merata tempat dah dia pergi.
USA pun dah pernah.
Weols (kengkawan dalam grup WA) seme jeles ke dia. Hehe.
Bebaru ni dia ke Perth. Padahal dah pernah pergi sebelum ni pun.
Weols tak tahu pun. Tahu tahu dia kata "ai kat Perth ni"
Best nya hidup.
Takpe lah kan. Itu dah rezeki dia.
Kita ni, dapat pergi 2,3 tempat pun dah cukup syukur dah Allah bagi peluang tgk negara orang.

Seronok kan. Giler la sapa tak suka travel. Semua orang pun suka.
Best betul. Kadang ai cam rindu2 nak travel, ai baca balik travelogue ai tu.
Sbb tu ai suka tulis detail2. Bila baca balik, ai sendiri akan rasa puas hati.

MyDH kata, Allah bagi kita peluang jalan ke sana sini.
Syukur. Rezeki Allah. Rezeki ada orang temankan utk gi travel (mostly travel wif husband. Sekali je ngan kengkawan. And now, kalau travel without husband rasa mcm tak nak lah kot).
Ai harap, Allah murahkan lagi rezeki weols utk travel lagi banyak tempat lepas ni.
Nak tgk keindahan ciptaanNya.


2 juta komen

Iolls tak kisah kalau ada orang yang tak suka travel tu.
Tapi jangan la lekeh2kan orang yang suka travel ini huhu.

"Aku tak suka travel, habis duit. Baik beli gajet"

Kbai.

sapa lah agaknya 1% yg xsuka travel tu?? Jauh perjalanan luas pandangan. nak sngt2 tengok ciptaan Allah SWT yg sngt indah ni..

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign