Pages

18 April 2017

Runtun Hati Ibu

Hati ibu mana tak runtun,
hati ibu mana tak rawan,
bila anak menangis sedih,
tatkala ditinggalkan dengan pengasuh.
Mata kecil yang memandang bagaikan bertanya "mengapa ibu tinggal saya di sini"

Ya Allah.

Hati berbolak balik bertanya sendiri.
Dulu, saban hari ku meminta agar dikurniakan zuriat.
Kini bila dah ada, kenapa aku tak dapat menjaga nya sendiri.
Kenapa aku bagaikan kejam meninggalkannya selama 8 jam di bawah jagaan orang lain.
Rasa bersalah pada diri sendiri.

Ya Allah.

Dilemanya!
Tapi,
Demi mencari rezeki.
Demi meneruskan kehidupan yang lebih selesa untuk dia juga.
Kita terpaksa.

Untuk meneruskan kelangsungan hidup, 
Ya, mungkin ibu boleh jaga awak sendiri.
Tapi,
Untuk hidup yang lebih selesa,
Untuk benefit yang ibu akan dapat untuk awak,
Memang ibu terpaksa.
Semuanya memang untuk kesenangan awak.
Bila ibu takde, dan awak masih belajar, awak akan dapat pencen.
Bila awak tak sihat, kita boleh dapatkan rawatan yang lebih selesa.
Dan bermacam lagi yang sememangnya untuk awak.

Memang.
Ibu macam pentingkan diri sebab itu semua duniawi.
Tapi, 
Untuk kesenangan awak juga kan.
Maafkan ibu.

***
Berbahagia lah ibu ibu yang memilih untuk menjadi surirumah.
Sebab - hanya Allah Maha Mengerti perasaan kami saat kami melangkah meninggalkan anak yang teresak menangis.
Hanya doa yang mengiringi agar Allah melindungi anak kami dari sebarang mara dan bahaya.
Dan moga pengasuh dapat menjaga anak kami sebaik baiknya.


Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign