Pages

5 April 2018

#menukaptenRizq : Nugget Ayam Homemade

Memang terasa cam "wow! mak berjaya buat nugget ayam"

 *Pom..pom.. keluar belon segala macam kat FB tu*

Kan skrg ni ramai je orang viral segala mak neka boleh homemade.
Be it nugget ka, sosej ka, mayonis ka sos cili ka.
Cuma tu lah.
Rajin tak rajin nak buat ja.
Plan nak buat nugget ayam ni memang udah lama.
Beli isi ayam, tak jadi.
Beli, tak jadi.
Tak jadi, beli.

Tak boleh jadi nih. Kena buat gak.
So, lets try.
Mak carik resepi paling simple. Yang mmg bahan ada kat umah.
Cuma, bekas pengukus takdak.
Yang tu kena pi carik lelaju kat DIY.

Ini resepi yang mak guna.
Mak jumpa kat grup mak mak memasak utk anak tu.
So, if owner dia nampak ni, mak kreditkan utk dia.
Tapi, mak ada alterkan ikut kesesuaian anak bujang mak sorang tu :)

Resepi ini sesuai untuk anak yg dah pandai makan finger food dan dah ada gigi tentunya (paling baik dah 1 tahun ke atas lah).

Ini kejadian tgh tunggu dia sejuk.

Nuget ayam homemade.

Bahan-bahan
Isi ayam (dalam 500gm camtu)
Bawang putih (diketuk dan dicincang halus)
Brokoli, Carrot, cauliflower (potong halus-halus. Sayur ni terpulang lah nak letak sayur apa).
Serbuk lada hitam (if suka, mak tak letak sbb mak tk penah intro Rizq lada hitam)
Sesudu besar tepung ubi.
Sesudu besar tepung jagung.
Cheese (kalau suka).
Daun sup.
Sedikit garam bukit.

Cara-cara:
Blend isi ayam bersama bawang putih yang telah dicincang.
Gaulkan isi ayam yang telah diblend dengan tepung ubi dan tepung jagung.
Masukkan semua bahan lain (sayur, lada hitam, daun sup, garam).

Gaul sebati.
Masukkan dalam bekas. Mampatkan.

Tabur cheese.
Masukkan dalam pengukus.
Kukus dalam 10-15 minit.
Bila dah masak, sejukkan seketika dan potong ikut selera kita.
Buat lah memanjang ke petak ke.
Boleh terus dimakan sbb da masak dah.
Atau boleh masuk dalam peti ais untuk jadikan stok.
Gorengkan je bila nak makan.
Atau nak rangup - celup dengan telur, then golek atas breadcrumb.
Sebijik sama rasa nugget yg kita beli.

Yang ni mak tak buat stok frozen.
Mak letak dalam chiller saja. Utk tahan dalam 3 hari.
Dalam setgh kg isi ayam ni dapat la dalam 30bijik nugget.
Mak ayah Rizq pun suka makan.
Sedap weh. Isi padat. Dan dah tentunya tanpa bahan pengawet, dan juga kandungannnya memang kita tahu. Serius sedap.
Try lah buat.

Tak perlu dah beli nugget kt luar tu.
Apa tah lagi beli yg kat pasar malam ke taman ke.
Selagi boleh elak, kita elak.
Dulu ye kita tak tahu dan takde ilmu.
Sekarang dah tahu - so, better lah kita carik yang terbaik. Apatah lagi utk anak, kan?
Stok kami dah abis.
Minggu ni nak buat lagi.
Sedap. Dap.

5 juta komen

wow menariknya....nanti nak cuba lah.....=))

Cara buat pun nampak senang .. CCL nak try

@ALia :
Sila la cuba. Sedap tau. Dan lebih berkhasiat sbb buat sendiri :D

@cik cappucino :
Yer. Sila lah try. Sedap ni. Tkyah dah beli kat luar punya.

Ni nak buat ni antara rajin dengan idak je..hope semangat rajin tu merasuk dalam badan iolls..haha

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign