Pages

3 April 2018

Cek Dari NuffNang

Macam kakak up dekat status FB kakak semalam - its been loooonggg time kakak tak claim cheque dari NN nih.
Dah dkt 3 tahun kot nya.
Kumpul 3 tahun baru bleh claim.
Haha.
Dan macam kakak cakap juga, kakak bukan lah advert blogger yang tetiap bulan duit masuk macam gaji tu.
Ni kira macam bonus yg kakak dapat sesambil kakak meneruskan minat kakak untuk menulis.
Dia cam - tulis tulis dapat duit. Gitew.
Takde kena ikut job spec, takde kena kerahan tenaga.
Kira okay lah kan. Siapa nak bagi. Walau makan tahun baru dapat ratus2 gitu. Heee.


Nak menulis ni kena ada etika.
Orang belajar dari Diploma sampai Degree (master n PHD pun ada) untuk dapat title journalist ni. Kalau kat UiTM depa ni under MassCom.
Course journalism namanya.
Walau kita ni takde pengiktirafan untuk menjadi journalist secara formal, bole je kita nak menulis.

Tapi tu lah, etika menulis kena jaga.
Contohnya, jangan ada unsur2 defamation, slander (ini kakak tau lah sesket masa kakak amik subject Law dulu - kakak mmg minat law ya. Semua subject law kakak paling minima A. Cea.. siap mention minima tu. Haha). Susah kita kalau da termasuk dalam defamation bagai ni. Sbb menda ni ada akta. Bila ada akta memang boleh dibawa ke peringkat yang kita pun taknak terjebak.
Itu dari segi teori lah.

Kalau dari segi lain pula - menda basic. Jangan sakit kan hati orang, jangan nak cynical, jangan pura pura menulis lepas tu cakap eh, kenapa kau terasa, aku tak cakap pasal kau pun. Kalau boleh.. seboleh boleh nya jangan lah nak buat ada yg terasa. Cukup. Simple.
Sbb apa, kalau ada yg terasa, walau penulisan tu bukan utk orang tu pun - tapi orang tu dah berbekas di hati dia - susah weh. Di bawa sampai lah kita dinilai "di sana" esuk. Tak kira lah menulis kat blog ka, FB ka, IG ka. Memana lah yang orang boleh baca.
Menulis berdegar2 macam orang lain takde perasaan, tak reti nak jaga hati orang. Tak puas hati je terus tulis 
Tup tup esuk lusa kita termeninggal. Ah, sudah, langsung tak boleh minta maaf kat orang tu. Tak takut ke? Kakak takut weh. Orang memang boleh memaafkan, tapi parut pada hati orang tu, sukar tau orang nak lupakan. (Eh, kakak pun selalu juga tak puas hati dengan kakwang. Tp depa tu memang kakwang sgt pun).

Kita ni, tak perlu lah rasa rengsa dengan apa orang buat.
Let it be je. Boleh?
Once, kakak pun mengaku, ada penulisan kakak yang harsh. Tapi tu dulu.
Sekarang kakak dah malas nak berkait dan mengaitkan diri dengan orang lain dah.
Sekarang ni konsep blog kakak - pasal life kakak. Dan sedikit perkongsian maklumat.
Diharap dapat memberi manfaat pada orang yang membaca nya.
Setakat ni, Alhamdulillah, kakak dapat juga membantu orang yang memerlukan.
Mereka baca, mereka emel kakak, then kakak cuba bantu.
Alhamdulillah. Selesai masalah mereka.
Stranger. Yang tak pernah kenal pun.
Yang tu kakak share info dari bidang kerja kakak lah. Bidang HR sektor Government.
Kalau bab TTC - tu memang hasrat kakak nak open bab TTC ni.
Tapi, kat blog ni kurang sket pasal cerita TTC. Tapi, memang paling ramai emel kakak memang pasal TTC.

Apa pun, kita dah kertu ni, buat lah sesuatu yang memberi manfaat kepada manusia lain.
Sampai kan lah kebaikan - walau dengan satu ayat.
Buat dengan ikhlas dan niatkan pahala yang berpanjangan untuk diri kita dan keluarga kita.
InsyaAllah.


INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign