Pages

22 April 2015

Labbaik Allahumma Labbaik : Mendaftar Umrah

Siapa yang tak mahu menjadi tetamuNya.
Semua orang mahu memenuhi panggilanNya.

labbaik allahumma labbaik labbaika la sharika laka labbaik

Sebenarnya dah lama mak ajak pergi buat umrah. Dari setahun ke setahun. Asyik tertangguh. Mulanya memang dah nak pergi dalam tahun 2014. Dengan mak dan bermahramkan abang. Dah pergi survey pun dengan agensi umrah, tapi, tu lah orang kata - belum sampai masanya.

Daftar dan bayar booking.
Mungkin sudah tertulis rezeki kami, dan nak menunaikan hajat mak, kami decide untuk pergi awal tahun ni. Kalau 26 tahun lepas, mak dan ayah dah susah payah bawa aku pergi haji, ini lah masa nya pula aku berbakti untuk mak. Untuk jadi teman mak dan jaga mak kat sana. Aku mmg dah pernah pergi tunaikan haji bersama mak dan ayah. Tahun 1989 :) Masa tu umur 10 tahun. Untuk mak pula, selepas haji, ini kali keempat emak buat umrah.
21 Januari 2015 - kami daftar.
Pilihan kami, bersama agensi Andalusia. Kami daftar direct di Ibu Pejabat Andalusia Kg Pandan.
Dan juga mungkin sudah tertulis, ada rezeki untuk aku pergi bersama suami. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Daftar untuk penerbangan bulan April. Kami cuma bertiga. Abang tak ikut skali. Abang cikgu. Susah sket lah kalau nak pergi waktu bukan cuti sekolah.
Bayar booking RM300 seorang.
Kami pilih pakej, yang tengah2. Tak mahal dan tak la murah.
Naik MAS. Ramai yang pergi naik Saudi Airlines kan, tapi, aku rasa, much better kalau dengan MAS. Senang sket nak berkomunikasi. Lagipun kami bawa mak yg tak tentu kesihatannnya kan. Senang lah kalau nak tanya makanan2 apa yg sesuai untuk mak.

Perasaan sebelum berangkat
Sebenarnya kan, memang bermacam perasaan ada. Rasa takut, rasa teruja, rasa rindu nak tgk Kaabah. Walau dah 26 tahun, aku masih dapat bayangkan suasana dia. Memang dah lain, tapi Kaabah tu tetap lah sama. Umur 10 tahun pergi, walau masih kekanak, tapi kita dah tahu membaca, dah tahu mengaji, jadi, masih ingat lah sket2.
Tapi, dulu masih tak baligh. Pergi pun macam pergi jalan jalan. Seronok naik kapal terbang. Sekarang ni, tak boleh la nak rasa macam tu. Paling aku takut adalah - takut ada perasaan rasa macam nak pergi melancong. Nauzubillah. Dengar ustaz Haryanto kata ini bukan nak pergi melancong. Ini pergi beribadah. Lupakan bab shopping, lupakan bab ambik2 gambar sana sini macam pergi Perth. It's all about Ibadah. Ibadah. Ibadah. Tak mudah ya. Mmg bukan mudah. Sbb kita ni dah biasa pergi bercuti (eh, bukan la biasa, tp nak elak rasa macam pergi bercuti tu susah tau).
Kalau kita tulis kat borang permohonan keluar negara/borang cuti pun kita tahu perjalanan kita ni berbeza. Biasa di ruangan tujuan ke luar negara kita tulis "melancong". Kali ni tujuannya pun lain. Pasti kita tulis "menunaikan umrah".

Bila difikirkan semula, sebaiknya aku pergi umrah dulu sebelum pergi bercuti ke tempat2 lain sebelum ni. Sebab kalau dah mula ke Tanah Suci, mesti hati rasa lebih tenang.  Ini seriyes, sbb once kita dah biasa berjalan, takut sungguh rasanya kalau kita anggap perjalanan ni pun sama dengan yang perjalanan ke tempat lain.

Jadi, kalau sesapa yang tgh saving dan plan nak pergi bercuti, rasanya better kita mulakan dengan menunaikan umrah.  Lain lah mmg kalau ada halangan lain seperti takde mahram nak pergi sekali atau lelain. Yang pasti, lebih elok kalau kita nak mula travel, Mekah/Madinah lah jadi tempat permulaan kita. InsyaAllah.. Lagipun ini lah satu satunya tempat dalam dunia ni, hanya orang yang beragama Islam yang boleh masuk. Rugi rasanya permulaan perjalanan aku dulu ke negara bukan Islam.

Jadi, seboleh boleh nya, semua entry berkaitan umrah ni, aku cuba nak elakkan cara bercerita macam bercuti ke tempat lain. Tak mahu dilihat seperti melancong. Dan moga moga entry yang ada tidak dilihat riak. Niatnya cuma ingin berkongsi pengalaman. Juga dapat menarik hati kawan2 lain untuk turut serta mengerjakan ibadah umrah satu hari kelak. Dan mungkin boleh jadikan rujukan untuk bakal jemaah lain pula.


Masjidil Haram

8 juta komen

InsyaALLAh kekda. Semoga mendapat umrah yang berkattt ;)) aminn semoga perjalanan pergi dan balik dipermudahkannnnn ;))

EIDA :

Err..nampaknya macam awak belum tahu yang akak dah pun selamat pergi dan selamat kembali ni :D

Hehehe.

semoga ibadah diterima ALLAH swt dan dipermudahkan ye reen..insya allah..doakan semoga sy pun dpt jejak kasut kt sana :)

kekda cite lg... dok tgk gambo instagram kekda..jeles kak!

reen, nanti buh gambar byk sket eh.. i x de insta :-P rindu nk tgk mekah n madinah...

:'(
sebak plak baca apa yg kekda tulis tu...
tu la niat kami pun, nak cuti ke oversea mmg tak mamputp once ada rezki, in shaa Allah mekah/madinah tmpt pertama pilihan kami nnt..
ya Allah, moga dipermudahkan
share lagi ek kekda!

Ok....start baca entry KekDa sebelum gi umrah aritu, plus kakak Yani pun dah banyak kali bagi hint suruh gi umrah...so, pasni menabung untuk tiga benda je; TTC treatment, gi umrah dan gi haji.

Doakan Yani dapat ikut jejak langkah KekDa ye? Soon..very soon!

ITAYANIN :
Terima kasih kerana mendoakan.. cuma, masa entry ni dibuat, kami dah selamat sampai ke Malaysia.. ke mmg dah tahu kami dah pergi.. hihi :D

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign