Pages

24 April 2015

Labbaik allahumma labbaik : KLIA - Jeddah - Makkah

Tanggal 6 April 2015 (Isnin)

Seawal jam 8 pagi kami dah keluar dari rumah. Bersiap mandi sunat ihram, solat sunat musafir. Perjalanan kami dari Jeddah akan terus ke Mekah. Jadi, mmg kena bersiap pakai ihram dari rumah/airport.
MyDH dah siap booking teksi. Kami mmg nak teksi Exora tu (teksi 1 Malaysia) sbb senang nak letak beg yang besar2 tu. Dari KL ke KLIA dalam sejam lebih. So, dalam kul 9 lebih kami dah sampai airport.

Kami dikehendaki berkumpul jam 11 pagi.
Masa sampai tu nampak la pelbagai beg dari agensi yang lain. Meriah sungguh. Walau hari Isnin, ramainya yang datang menghantar.
Tak lama tu, anak buah and adik myDH sampai. Depa terus dari rumah ke airport.

Mak, anak buah n me. Wif our luggage.
Adik MyDH, mak, me n anak buah.
Me n MyDH. Siap pakai kain ihram dalam
jubah. Sbb tu nampak kembung.
Dalam 11.30 pagi petugas Andalusia uruskan check in beg. Kami naik MAS, dan tak ramai. So, mudah sgt. Masa letak bag tu, petugas bagi tag nama dan juga satu beg galas kecik yg dalamnya ada sekotak biskut dan surah Yasin. Beg tu kat sana kami buat tempat simpan kasut yang dah letak dalam uncang :)

Lepas tu berkumpul semula untuk briefing jam 1 t/hari.
Petugas bagi tahu lah serba sedikit. Kami direct ke Mekah dan akan terus tunaikan umrah wajib kami. Maka, kita perlu bersedia dengan pakaian ihram kita. Perempuan mudah lah. Jubah yang sememangnya dah menutup aurat pun dah cukup. Untuk lelaki, kena sedia berpakaian ihram bila nak naik flight (sbb atas flight baru nak pakai cam payah sket lah).
Masa ni agak terkejar lah.

Briefing - urusan imigresen - naik aerotrain - solat jamak zuhur/asar (oh. Sempit sgt lah surau kat bangunan satelit nih. Kalau klia2 tu tgk byk betul suraunya. Kat sini ada 2 je, dan sgt lah sempit. MAHB, sila ambil perhatian). Lepas tu berkejar nak ke pintu pelepasan. Sekali bila sampai - flight delay katanya. Flight kami yg sepatutnya 3pm tapi bertolak dalam pukul 4 lebih.

9 jam perjalanan.
Dalam flight ada 2x makan. Masa pergi ni orang tak ramai. Kami duduk di barisan tgh yang 5 kerusi. Takde orang pun. So, kami duduk selang2. Tidur pun tidur2 ayam.
Sejam sebelum mendarat, kami berniat ihram di tempat yang namanya Qarnul Manzil. Masa ni kita dah terikat dengan pantang larang ihram (nanti pilot akan announce. Tak pun sendiri alert lah. Dalam sejam before landing tu buleh la niat dah. Bukan per, takut terlepas, boleh batal ya umrah kita).
Dalam flight buleh la nak tgk movie ke apa. Tapi, takde hati pun nak tgk sementelah tempat nak dituju bukan tempat untuk bersuka ria kan. Baik lah dgr bacaan Al-Quran, atau buat list lagu sendiri. Pilih la lagu2 nasyid ke apa dalam tu.

Airport Jeddah
Kami tiba di airport Jeddah jam 7pm (waktu Jeddah). Urusan imigresen tak la ketat mana. Tapi lambat. Kami turun di airport haji. MAS mmg turun situ. Kalau Saudi Airlines (SV) ada airport sendiri. So, dah turun tu ada cam shuttle bas hantar ke terminal. Kat situ kami tunggu lah kejap dalam sejam. Masa tu ada la cleaner jual2 sim card phone. Beli je lah. Nanti kat Mekah dah susah nak carik. Satu sim card-25riyal. Ada berapa tah dalam tu. Lupa dah. Lps sejam, petugas airport panggil utk immigration clearance. Kat sini byk bersabar je sbb petugas ni ikut dan dia ja. Nak makan ke, nak bersembang ke. Kami perempuan tak lama. Tapi lelaki mmg memacam kena buat. Ambik gambar la. Cap jari lah. Cap tu bukan satu jari. Sepuluh2 jari. MyDH kena. Kami dah keluar. Dia duk stuck kat kaunter lagi.
Nak ambik beg pun satu hal. Petugas situ mintak 10riyal satu beg. Aku bebuat tak faham. Aku cakap Bahasa Melayu dgn dia. Aku cakap "tunggu suami saya". Lepas tu aku tarik je beg. Ada tiga semuanya. Aku tarik tetiga. Bahaya depa ni. Dia ikut sampai tmpt duduk kita. Bukan depa buat apa pun. Mmg depa nak duit ja. Tu tak kira ambik troli. Mmg la kena bayar. So, kami tak ambik troli pun. Tarik je sendiri semua beg. Bukan nak berkira lah, tapi kita pun masih lagi mamai2 baru sampai dah di "paw" nya.

Jeddah - Mekkah
Perjalanan dalam 2 jam. Dalam kul 10mlm rasanya kami bertolak dari Jeddah. Mengantuk, penat mmg lah ada. Tapi, dalam bas mutawif ajak bertalbiah, berdoa dan bila melintasi pintu gerbang menandakan masuk tanah haram, Ya Allah... sayu.. sayu sungguh. Tak sangka, dapat datang untuk kali kedua.
Kami sampai di hotel dalam jam 12 lebih (kira masa ni dah masuk 7 April- Selasa). Uruskan hal beg, dapat kunci, mutawif bagi naik bilik dan turun semula jam 2 pagi untuk selesaikan umrah wajib kami. Mmg kena buat terus. Ustaz Daud pun mmg pesan mcm tu. Ambik wheelchair untuk mak since nak buat tawaf and saie mmg mak tak larat nak jalan.
Nampak saja Kaabah di depan mata, sebak sungguh rasa. Terima kasih Allah :)

Guna HP MyDH. Masa ni aku tak bawak lagi phone.
Sbb tak pasti buleh bawak ke tak. Ni keadaan jam 3pagi.
Dalam 2.30pagi kami mulakan tawaf. Di tingkat 2. Khas untuk org ber wheel chair. Tapi ramai gak la atas tu tak pakai wheel chair pun. Agak kelam kabut sket la. Sbb baru permulaan kan.
Mungkin kifarah juga sbb masuk ke masjid dalam keadaan kelam kabut, makanya 2,3 kali kaki kena langgar dek wheel chair orang lain. Sakit sampai melecet kulit. Mujur tak berdarah. Jadi, peringatan ya. Kali pertama masuk ke Masjidil Haram tu, mulakan dengan kaki kanan, berdoa dan tetapkan niat dalam hati untuk apa kita masuk masjid, dan mohon Allah permudahkan urusan kita. Hari hari lain masuk je masjid mmg aku terus buat macam tu. Dan Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan.
Subuh kat sana awal. Dalam kul 4 lebih. Jadi, kami solat Subuh dan sambung saie dan lepas tu bertahlul. Dan baru lah selesai umrah kami. Alhamdulillah :)

Selesai sai'e dan bertahlul. Settle umrah wajib.

Balik hotel dah jam 7 pagi. Sarapan dan balik ke bilik untuk berehat.
Mmg tiada program untuk hari pertama sbb nak bagi jemaah berehat.

11 juta komen

kekda..
:'(
sebak plak saya baca..
sampai bab kt pintu gerbang tu, bila baca mcm saya sendri berada kt sana..

The word "kifarah" tu dah membuatkan Yani seram sejuk...Ya Allah, teringat banyaknyer dosa diri ini.....

Allahuakhbar.. sebak dapat tengok kaabah depan mate kan..

alhamdulillah kak ida antara yang bertuah menjadi insan terpilih dapat ke sana.. terima kasih juge sbb doakan abam harith.. terima kasih banyak2.. semoga apa yang kak ida n asben hajatkan termakbul hendaknya..

Ya allah bestnya. Doakan saya pulak ke sana ye. Moga segala utusan puan stoberi dipermudahkan

Petang-petang ni singgah baca cerita akk, kenapa eh rasa syahdu. Bila akk cakap akak berpeluang kali kedua pergi umrah, terus tersentuh.


Subhanallah...ramai mana pun org, Rumah Allah tetap cukup ruangnya...

Allahuakbar! Bersyukur jump entry ni, saya nak ke Mekah dengan andalusia jugak, sebab husband sangat risau nak direct ke mekah terus, dengan ihram. terima kasih, saya jadikan panduan ya. terima kasih!

Salam kenal

NAD :
Mmg sebak sesaja lah bila sampai sana.. moga ada rezeki Nad nanti :)

BATIK_PINK :
Sbb tu sblm pergi kita kena byk bermuhasabah dan bebanyak solat taubat. Moga Allah ampunkan dosa kita :)

EDA_EJAI :
Yer, akk bantu mana yang mampu :)

IBU_LALA :
InsyaAllah, semua umat islam akan berpeluang ke sana. Mudah mudahan :)

CIK ANITA :
Berdoa, moga satu hari nanti Nita juga berpeluang. Akk kali pertama buat umrah ni. Kali pertama dulu akk buat haji :)

ST :
Kan, itu lah keajaibannya kan. Tapi, mmg agak sesak sket lah waktu renovation ni. Tggu dah siap sepenuhnya, mungkin lagi selesa :)

AINUL :
Mulanya saya pun macam tu gak. Risau je kan. Tapi, akhirnya kita sendiri rasa syukur sgt sbb ke Mekah dulu. Sbb rasa lega, rasa selesai semua yg wajib. Pergi Madinah pun dah tenang je.

Apa2 boleh je emel saya. Nati sy bagi no. w.app saya :)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign