Pages

28 April 2015

Labbaik allahumma labbaik : Makkah (Hotel, Program Andalusia, Beli Belah)

Hotel
Kami stay di hotel Malak Ajyad. Tak berapa jauh, tp tidak lah sedekat Hilton yang hanya turun tangga dah nampak Masjidil Haram. Dalam 400meter atau 5-10minit berjalan kaki. Letak nya di jalan besar dari Masjidil Haram. Yang mudah sbb straight je kalau nak ke Masjidil Haram (pintu King Abd Aziz - tp majoriti pintu ni dah ditutup). Antara hotel Andalusia yang dekat lah. Kalau tolak wheel chair pun takde masalah sangat. 

Malak Ajyad Hotel dalam kenangan.
Hotel ni mmg di chartered oleh Andalusia. Jadi, mmg selesa. Semua pun jemaah Andalusia. Lif la pelik2 sket. Tapi, takpe lah. Tak usah la kita terlampau cerewet sgt kan.
Wifi di lobby disediakan secara percuma. Kadang2 dapat sampai dewan makan. Ingat kan kat hotel sana takde wifi. Baca kat blog sapa entah, hotel takde wifi katanya. Mmg la takde sampai dlm bilik, tp kat lobby, mostly hotel ada rasanya (sbb lps solat tu nampak la orang hotel lain pun melepak kat lobby).
Makan kat hotel ni pun okay je. Takde la mewah dan pelbagai macam hotel biasa tu kan. Tapi tak kesah lah. Asalkan dapat isi perut pun dah cukup. Kat sana, sambal nasik lemak yang kosong (sambal bawang) tu pun rasa cam sedap sgt. Pastu dia buat spegeti kari pun sedap (macam mi kari, tapi mi tu dia ganti dgn spegeti). Cuma, mungkin sbb ada aku tercakap 'tak lalu makan nasik', jadi mmg aku tak berapa nak makan nasik. Selain dari tu, mmg okay saja. Mak pun buleh je makan. Kalau ada ayam (mak tak makan ayam), mak makan roti je yg sememangnya ada je tak kira makan apa pun. Kat Mekah 4x waktu makan - breakfast (lps solat Subuh dalam 5.30pagi tu dah buleh makan dah), lunch (lps zohor), minum petang (lps Asar) dan malam (lps Isyak).

Yang best bawah hotel ni dah kawasan shopping. Kalau duk Hilton mesti tak sampai nak shopping di kawasan golongan marhaein ni kan. Shopping lah di tmpt exklusif di zam zam tower tu. Hiks.

Banner Andalusia
Ziarah
Dua kali di bawa ziarah oleh Mutawif.
8 April 2014 - ziarah ke Jabal Tsur, Jabal Rahmah, tengok kawasan orang haji berwukuf dari atas bas (padang Arafah) dan bermiqat umrah di Ja'ranah (sebaiknya jaga wudhuk sbb nak ambik wudhuk mmg ramai orang).
Di Jabal Tsur

Di Jabal Rahmah. Tak panjat pun bukit tu.
Kali kedua ziarah (9 April 2014), hanya untuk berniat umrah di Tanaim dan kembali ke Mekah untuk buat umrah sunat.

Selepas solat sunat di Tanaim.
Sepatutnya ada ziarah ke Hudaibiyah (boleh juga berniat umrah di sini) dan Jumaat malam tu mendaki Gua Hira'. Ziarah ini berbayar. Setiap satu 25riyal seorang. Kami dah sedia nak bayar, tp ustaz kata batal atas alasan tak cukup orang. Sedihnya. Teringin nak naik Gua Hira' tu :(

Shopping
Aku takde la shopping sgt pun. Sbb mmg dah niat dari sini, bukan untuk pergi ber shopping. Jadi, nafsu shopping tu kurang lah sket dari biasa.
Just beli jubah dalam 3 helai. Murah jubah di Mekah ni. Paling murah boleh dapat 3 atau 4 pasang - 100riyal. Aku lebih suka jubah di Makkah sbb tak terlalu nampak design arabnya. Kalau kat Madinah agak bling2 dan rekaan agak "Arab".  Pastu belikan jubah untuk akak ipar, anak buah.
Selain tu ada la belikan sejadah kecik (sejadah sujud) untuk ipar belah myDH.

Satu lagi kami suka sgt aiskrim kat Mekah. Sedapnya. Dia ala2 aiskrim tuti fruiti tu. Yogurt ice cream. Murah ja. 3riyal satu cup. Setiap hari beli. Kedai tu mmg buka 24jam. Dekat je dgn hotel. Lepas subuh kul 5pagi tu pun ada orang beli aiskrim.

Aiskrim ni sedap dimakan bila dah cair sket.
Aiskrim coklat vanila. Sedap!
Penyek pulak gmbr nih. Lantak!

Cuaca
Masa kami ke sana, tgh perubahan musim dari sejuk ke panas. Jadi, kira cuaca tu macam tempat kita lah. Tapi, kami merasa jugak lah sejuk tu. Ada pagi yang suhunya cecah 20'celcius. Sejukkk.. Brrr...

Tepat 6pagi. Cuaca 20 darjah time ni. Sejuk.
Tapi, kat sana walau panas hening, pakai jubah berlapis dengan telekung semua pun, takde la rasa rimas ke apa. Okay je. Biarpun berniqab. Rasa selesa. Cuba kat sini tengok.. try jalan tgh panas g klcc tengok. Melekit tiak dah. Haha. Tapi, lps ni dah masuk musim panas. Bertabah lah sapa yang nak pergi bulan 5 ni ya.

Wakaf Al Quran
Al Quran mmg banyak di Masjidil Haram. Kalau nak wakafkan Al Quran boleh lah. Tapi, tak boleh sesuka kita je nak letak Quran apa. Ada standard dia.
Tak semua kedai ada jual. So, aku ada beli kat satu kedai yg dekat dgn hotel. Dia kata mmg buleh buat wakaf di Masjidil Haram. Dia tunjuk lagi satu quran, yg lebih kurang sama, tapi yg tu mmg tak boleh buat wakaf. Tapi, kita pun tak tahu lah kan. Quran ni kalau bukan standard, nanti depa akan kumpulkan dan akan agihkan ke tempat lain. Takde la depa buang ke apa.
Kalau rasa cam ragu2 bagi je duit ke mutawif. Nanti depa akan uruskan. Dalam 50riyal satu Quran.

Deretan Al Quran dalam Masjidil Haram.
Quran standard untuk di wakafkan.
Bacaan Yasin dan Tahlil
Bacaan Yasin ni kira salah satu program Andalusia lah. Ikut grup memasing. Macam grup kami dapat hari Jumaat pagi. Alhamdulillah. Sebelum majlis tu ada la ustaz bagi ceramah sket. Bagitahu kat mana tempat mustajab doa (will share it later). Rasanya agensi lain pun mesti ada buat camni kan. Ada ceramah, ada bacaan Yasin.
Masa tu sapa nak sedekah untuk buat korban pun boleh. Eh, bukan lah korban cam raya haji tu. Kira dia akan kumpulkan sedekah dari jemaah Andalusia then depa akan sembelih kambing, masak dan agihkan pada semua jemaah.

Comel kan kambing kat sana.
Jalan-jalan sekitar Masjidil Haram


Clock tower

clock tower
Mercu tanda Mekah Al Mukaramah. Clock tower. Sini juga letaknya hotel Hilton, Zam Zam tower, Safwah hotel. Ha, ni semua hotel yang dekat lah dgn Masjidil Haram.
Kami saja gi jalan2 malam. Cantik lah sangat.

Acah acah follow me to. 

Selain tu,  suka sangat ambik gambar dkt burung merpati ni. Banyak sangat kat sana.


Okay, tamat citer di Mekah al Mukarammah.
Kita sambung di Madinah lak.
Anything nak tanya just drop komen, atau emel, atau w.app ya :)

5 juta komen

reen, memang sedap gila aiskrem tu. i yg batuk2 masa tu memang belasah jugak makan eskrem...missed that ice cream! :-D

Ya Allah bestnye tengok gambar KekDa kat sana, meronta-ronta pulak hati macam nak pergi sama.....KekDa, apa-apa nanti Yani whatsapp erk kalau nak tanya apa-apa info.....

NAD :
Takde tempat lain yang se best Tanah Suci ni :)

ST :
Ai kan, kat sana tak kena batuk dan selsema, Alhamdulillah, tu yg pakat hehari pi beli eskrem nih. HIhihi.

BATIK PINK :
Bisa aja.. w.app aja ya.. :D

Assalamualaikum kekda, bestnya. seronok sheila baca kak..

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign