Pages

29 April 2015

Labbaik allahumma labbaik : Makkah to Madinah

Masa di sana terasa berlalu pantas.
Mungkin hampir setiap masa kita bersolat di masjid.
Bila bersolat di masjid, dari azan hinggalah selesai solat, mengambil masa kurang lebih sejam. Lps tu tunggu balik kejap, dah azan semula. Jadi, rasa cepat sungguh masa berlalu.
13 April 2015. Kami akan meninggalkan tanah suci Makkah Al Mukaramah.

Tempoh di Mekah
Kami bertolak dari KL, hari Isnin (6hb) sehinggalah 13hb (Isnin), kami bergerak ke Madinah. Actually sampai pun dah masuk hari Selasa kan. Kurang lebih 8 hari lah kiranya. Flight MAS mmg lebih masa sehari berbanding flight lain. Katakan kami bertolak ke Makkah dari KLIA - 6hb (3pm) dan ke Madinah 13hb. Tapi, flight Saudi (SV) yang bertolak ke Makkah dari KLIA - 7hb (3pm), ke Madinah sama dgn kami - 13hb.
Masa yang mencukupi untuk buat ibadat sebanyak mungkin di sana. Cuma, hari pertama tu agak 'jet lag' lah. Asyik mengantuk je rasa. Tapi, lps tu dah buleh tune dah. Jadi, rebut lah peluang masa yg lapang kat sana. Kat sana kita tak pikir dah pasal kerja ke pasal apa ke. Mmg jiwa kita pun takde rasa nak pikir itu semua.

Tawaf Wida
Tawaf ini wajib ya. Semua kena buat. Kecuali yang uzur (period). Atau dipanggil juga tawaf selamat tinggal.
Biasanya ada notis ditampal untuk jemaah.
Grup kami namanya MH6 April (ini ikut nama flight)

Ustaz akan bagi taklimat sket berkenaan tawaf wida' ni sehari sebelum kita bertolak balik/ke Madinah. Program taklimat kami hari Ahad, jam 4.30petang (kami bertolak ke Madinah Isnin petang). Sebaiknya kita attend lah taklimat ni, sbb kita akan refresh berkaitan do's and don't selepas tawaf wida'.
Ustaz juga akan bagi pencerahan mana yang kena dam atau pun tidak.
Ingat ya, tak boleh lagi bershopping selepas tawaf wida (beli utk orang lain tak boleh, utk diri sendiri macam bekalan makanan takpe). Tak boleh nak tangkap gambar lagi selepas tawaf wida. Jangan nak berselfie bagai lagi ya. Kalau nak buat boleh, tapi jangan habiskan tawaf tu lagi. Since dah habis tawaf, cukup 7 kali, jangan lah ambik gambar lagi. Batal tawaf tu ya. Perkara ini jangan dibuat main.
Tak boleh juga join solat jemaah selepas tawaf wida. Kalau nak juga boleh, tapi jangan habiskan tawaf. Lepas solat sambung balik.
Jangan tidur atau berehat2 kat bilik lagi. Maknanya rehat lah kat lobi. Kalau duduk kt bilik lagi dikhuatiri kita tertidur. Bila tertidur tu kita macam berlengah2. Yang berlengah2 tu lah yang membatalkan tawaf wida kita. Sama la cam ambik gambar tu. Duk asyik ambik gambar sana sini terus la terlengah.
Itu lah pentingnya kita datang kursus dan juga dengar ceramah yang dianjurkan. Samada kursus kat sini atau ceramah kat sana. Jangan buat 'takpe...takpe' ja ya. Seandainya terbatal, kesannya adalah seumur hidup kita kalau kita tak tunaikan dam.
Kami buat tawaf wida dalam jam 11.30pagi. Pergi awal sket sbb bawak emak guna wheelchair. Untuk tawaf wida' bacaan setiap pusingan tawaf juga berbeza. Sebak bila baca doa2 semasa tawaf tu. Mmg semua orang pun akan sebak lah. Entah bila akan dapat peluang begini lagi.

Dam
Dam ni macam denda lah akibat kita melanggar pantang larang ketika dalam ihram. Masa kursus perkara ini amat dititik beratkan. Ustaz cakap pasal ni mmg byk kali. Jenis dam ni ikut lah kita punya pantang larang yang telah dilanggar. Paling berat adalah seekor unta. Ya. Unta ya. Yang kena beli terus kat Mekah. Bukan buleh tunggu balik sini. Yang tu melanggar pantang larang terbesar sekali. Kalau kursus dgn ustaz Daud dia akan cakap 'nonen nonen'. Hihi. Pepaham je lah ya. Lelebih lagi sapa yang tinggal bilik berdua je suami isteri. Dalam ihram kena jaga sesangat. Selain tu dam kambing (yang juga kena beli kat sana) atau paling simple dam 10riyal. Ada lah kiraan dia mengikut apa yang kita dah langgar.
Aku kena dam juga. Eh. Bukan sebab nonen nonen ya. No no no. Sebabnya ada tertutup muka masa dalam ihram. Bagi perempuan, tak boleh tutup muka. Masa ustaz bagi taklimat tawaf wida' ustaz dah pesan segala apa yg kita rasa macam tak pasti tu elok tanya dia.
Jadi, tanya lah ustaz tu, aku cakap tutup muka sbb nak elak habuk (masa tu buat umrah sunat tengahari (lps zohor), nak masuk masjid time tu tgh berhabuk sbb org tgh duk buat renovation - ada cam tertutup muka dengan telekung). Ustaz kata kalau ikutkan tutup sbb habuk takpe.
Tetapi, ha...ada tetapi. Tetapi dikhuatiri takut ada sebab lain yang boleh membatalkan umrah kita tu. Maka, seeloklah di clearkan. Jadi, bayarlah 10riyal. Boleh bayar terus ke ustaz utk ustaz agih2kan pada penduduk/pelajar di Mekah. Atau kita bayar sendiri ke memana org yang bermastautin di Mekah. Ustaz kata jangan la bagi kat orang2 yang minta sedekah tu sbb tu bukan pemastautin pun. Kalau nak senang bagi je pada orang yang cuci2 masjid tu. Depa tu mmg dah duduk di Mekah. So, aku bagi pada pakcik cleaner. Masa hari terakhir selepas Subuh di Masjidil Haram. Masa nak bagi tu cakap lah "fidyah".

Bertolak ke Madinah
Kami bertolak ke Madinah dalam kul 3petang. 
Jarak perjalanan kurang lebih 6jam.

Beg dah ready bawak turun seawal jam 9pagi.

Orang kata elok pergi Madinah dulu sbb dulu nabi nak tunaikan umrah (ke haji) dia dari Madinah. Tapi, tak kurang juga orang yang pergi Makkah dulu kemudian ke Madinah. Sbb kan peristiwa penghijrahan nabi tu. 

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Jadi, bila kita melalui jalan raya merentasi padang pasir, secara otomatik kita terbayang rombongan Nabi junjungan kita hanya menaiki unta. Bayangkan lah kalau kita naik bas pun 6 jam. Unta??

Sepanjang jalan padang pasir.

Kami berhenti solat qasar Asar di hentian (lupa nama tempat).
Kepala aku terhantuk kat tiang plak masa nak solat tu. Hey. Memacam tau. Taktau kifarah apa entah. Lepas tu berhenti sekali lagi utk makan di Wadi Qudaid.
Tempat ni bukan saja2 berhenti.

Ini adalah tempat hentian Nabi Muhammad SAW ketika dari Kota Mekah ke Madinah (boleh baca kisahnya di sini). Dan kebetulan perjalanan kami juga dari kota Mekah ke kota Madinah :)
Di situ kami makan nasi arab dalam dulang.
Satu dulang 5 orang. Makanan ini mmg dalam pakej Andalusia. So, tidak perlu bayar. Duduk dan tunggu makanan diletakkan atas meja.
Sedap betul. Walau nampak kering camni je.
Ayam pun sedap!
Kami makan berlima dgn famili dari Kampar ni.
Mak plak makan ngan famili dari Sarawak.
Restorannya nama Al Maseef

Sedap pulak rasanya.
Ayam tu sedap lah. Panas2 lagi. Nasik dia pun sedap. Mak yang tak makan nasik begini pun buleh makan.
Betullah Ustaz Daud ceritakan pada kami masa kursus. Katanya makanan di RnR ni dihidangkan panas2. Ikan pun panas2. 

Sampai di Madinah
Kami sampai sekitar jam 11mlm.
Bersama 2 lagi bas lain.
Keadaan hiruk pikuk seketika di ruang lobi.
Mana ustaz mutawif briefing lagi, nak bagi kunci lagi.
Kali ni kami dapat tingkat 1.
Alhamdulillah.

Letak beg, rehat2 kejap, pergi tgk jalan nak ke Masjid Nabawi.



My heart is so full of longing
I wish to be close to my Beloved
I dream to walk in the streets of Medina
And to quench the thirst of my spirit
By visiting you, O Muhammad!

السلام عليك يا.. يا رسول الله
السلام عليك يا حبيبي.. يا نبي الله
السلام عليك يا.. يا رسول الله
السلام عليك يا حبيبي.. يا نبي الله
يا رسول الله

Assalamu alayka ya
Ya Rasool Allah
Assalamu alayka ya habibi
Ya Nabiyya Allah
Assalamu alayka ya
Ya Rasool Allah
Assalamu alayka ya habibi
Ya Nabiyya Allah, ya Rasool Allah

Assalamu Alayka by Maher Zain

5 juta komen

Assalamualaikum kekda, sebak sheila baca. Allahurabbi, semoga dapatlah sheila dan suami buat haji bersama.

i turun madinah dulu, baru ke makkah. so masa tawaf wida' tu memang wida' nak tinggalkan haramain la... sedih kan... memang minta panjang umur dan dimurahkan rezeki utk datang kembali ke tanah suci...

subahanallah..tak tahu pun ida ke sana...kalau tak blh kirimkan salam rin kat rasullulah

Memang sentiasa sebak bc entry umrah ni..doakan kami dipermudahkan segala urusan..

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign