Pages

30 October 2009

~Rasa-rasa lawak tak?~

Sempat tak nak ngomel2?
Lama da tak ngomel2 "melalui" opis kan.
Oh..!! sila percaya aku ada di opis masa lunch yg pjg di ari Jumaat yg permai nih.
Giler ah..tak kemana2..
Adik2 SPS aku ajak gi Pavi (err..cam nyampas je nak tulis PAVI sajek) Ok..ko ejalah pepjg tu. PAVILION..ha..(dabel L ke eh?). Tp cam malas sbb mereka adalah berjalan kaki. Oh! No.No.No. Nati peluh tiak..walo aku da tau jalan short cut dr opis ku ini. Sng ajek..lompat je kat blkg Royale Chulan itu.

Ok, nak citer samting nih.
Sehari lepas..eh bukan..2 ari lepas.
Ada staff caw. Sarawak call.
Memula jwb call biasa la, tnya kabar suma kan..tetiba kan dia tnya aku satu soklan yg aku pun rasa "dia ni buat lawak kah? atau mmg serius kah?"

Meh ikuti perbualan aku ngan dia secara lebey kuang..
Dia : Eh, apa citer skang?? Da kawen ?
Aku : (Pause mod-terdiam barang sesaat 2)
Aku : Err...kawen?? Ini tnya serius ke memain nih?? (Aku mcm rasa dia memain, tp rasa dia serius.. skang aku dlm confuse mod plak)
Dia : Iyelah..tnya serius ni..dh lama da tak kawen2 lagik.
Aku : (Masih mod confuse) Eh..abg deris (bkn nama sebenar..Hiksss) ni tanya bebetul kan.
Dia : Iyelah..
Aku : Betul ke tak tau nih? (Mod confuse aku masih thp 80%). Saya da kawen la bang. 14 Dis nati my 1st annivesary.
Dia : La..iyer ker?? Taktau pun, tak hantar kad pun.
Aku : Sy mmg tk bagi kad smpai ke Sarawak. Mcm mustahil jek org sana nak dtg kalo sy menjemput.
Dia : Ala..pe salahnya bagi..tnda memberitahu.
Aku : Bukan per..rasa mcm suma org da tau. Even staff Sabah pun tau.
Aku : Abg tau tak ngan sapa saya kawen nih [ceh! aku lak provoke suh dia tau aku kawen ngan sapa]
Dia : Tak tau la.
Aku : (aku masih ragu2 ni dia taktau) Org opis kita gak la. Dia kat tingkat blablabla..
Dia : Lah..siapa kat tingkat blablabla tu? ada xxx je..takkan xxx itu?
Aku : Oh! itu laki org bang oii..apa kes saya nak kawen ngan laki org
Sesambil tu aku bg hint sesket. Pun dia masih tatau. Tk pasan lak dia my dear aku duk tingkat itu. Ala..berapa ketoi je lelaki kat atas tu..takkan aku kawen ngan KP kut.. Upss!!

So, aku pun malas nak citer pepanjang, aku cut off je perbualan yg menjadikan aku confuse dgn bertanya kan kenapa dia call aku sebenarnya.

The point is : ada lagi org tatau aku da kawen. Aku tak la aku thp diva ke smpai suma org otomatik tau aku da kawen..tp aku rs mcm suma org tau je aku da kawen. Smpai ada yg nak terpengsan bila tau aku bertunang tu. Oh! Rupanya ada gak org tak ber perangai Kak Nap.

Jadi rasa-rasa lawak tak?? tak lawak?? tk lawak tak pe lah.

Itu satu.

Then ms dlm keta nak balik umah, aku pun citer la pasal tu ngan my dear. Tup2 dia pun terkeluar satu citer.

My dear : Td pun ada si leman (bkn nama sebenar) gi tau abg yg Rajoo (bkn nama sebenar) tatau kita kawen. Buleh dia tnya ke org tu "itu perempuan tgkt 1 tu gf dia ka, itu ari masa ari raya(open house) dia duduk sama itu perempuan..suruh sy amik2 gmbr" (maksudnya gf my dear aku la). Lps tu Leman gitau la kat Rajoo yg perempuan itu bini dia la.
Aku : Lorr..buleh dia tatau kita da kawen.

Tp tu tak pe la sbb dia bukan melayu yg jenis sker kaknap2 ni kan..tp nyer..dia tu duk selang beberapa meter je dr aku wey..kad jemputan pun aku kasik..giler...!!

Aku mcm..."err..apsal ari ni ada 2 citer yg sama iaitu "org ingat aku tak kawen lagik" Hahahaahaha...bg aku mmg lawak la..

Dah..tu je lah nak citer. Jadinya..kalo ada org tnya aku kawen ke blum pas ni jawab blum je lah. Aci???

Pnstoberi : bila nak wat entry deco.deco.deco nih...

28 October 2009

~PnStoberi dan Muka Buku~

24 October 2009

~Aku dan PaPaDom~


Gmbr taken from here

Ari ni baru berkesempatan menonton PaPaDom.

Owh...ada gak pilem yg berbunyi phrase lebey kuang iaitu pandorum..kalo la yg jaga kaunter tu kurang pendengaran haruslah kita tertgk cite lain.
Ptt aku pi Jumaat malam (yer..kami sker menonton ari Jumaat malam. Kira mcm nak release kan tension la sbb kalo tgk midnite ke pun balik umah-tido-buleh bgn lwt. Cuba kalo ko tgk ari Selasa ke Rabu ke, balik umah sblm tido mesti rasa mcm "alamak..esuk nak keja la plak, ada meting, ada paperwork blum settle, ada report, ada itu, ada ini..brrrr" [udah terikut iklan coke plak kome] haha)

Kami slalu menonton di GSC-BTS. Tygn kul 9, cam biasa kul 8.30pm baru kuar umah. Bajet sempat la sbb slalu kalo citer Melayu agak kureng org menonton kat sini [macam citer Tipu Kanan Tipu Kiri tu..ada 6 org je tgk,pehtu citer lelain pun kira buleh je gamble] Tp oleh kerana penangan Pemenang Filem Terbaik FFM22, da penuh la plak. Tggl seat mendongak je. Brrr...Tak kuasa lah. Trus laju2 beli tiket utk esuknya. My dear memula cam bising2 gak. Tp at last dia akur. Mana taknya sambil my dear beratur tu aku da siap beli new york ciken 1901, sweet corn nya lagi. Haha. Kalo tk tgk baik la beli mee goreng aje utk diner. Lg pun aku sker je nak tgk esuk sbb sempat lagi aku menyambar sepasang CR2..ada sale CR,Sembonia dan brand lelain plak kat bwh tu. Haha.

So..maka ptg td laju2 kami pegi semula ke BTS. Org adalah ramai. Suma org ada bekalan air dan popcorn, tp kami tkyah bekal2 sbb kami da kenyang makan nasik pukul 3. Kann...bes woh umah sepelaung je dari suma tpt2 hiburan nih [amboi..mahu berhibur je ke????]. Pegi balik ttiap hari pun no hal lah.

Sampai je tgk da ramai menunggu. Tggu Q nak masuk je..bila da menyala lampu ijo tu..ha..macam ciken masuk reban. Haha. [include me lah ciken tu yer..]. Panggung hampir penuh. 4 ke 5 tpt dari screen je tak penuh..lain suma penuh lah. Kami dpt tpt bes lah, sbb da beli awal2 kan.

Ada yg kata da basi aku tgk citer ni baru ari ni. Errkk?? Oh..!! basi ker?? Do I Concern?? Haha. Aku ni [semenjak dah kawen], bukannya kaki wayang secara amnya ..juga bukan penggemar citer melayu secara khasnya. Rasa nak pi tgk..aku tgk..idak la smpei kalo kuar citer tu ari ni, mlm ni gak aku pi tgk. Cam transformers tu..kalo ikut basi lagi la dah berulat da gamaknya..dah tu aku pi tgk da ujung2..da tk ramai pun tgk masa tu. Ate' tk ngapa la yer..basi pun basi ler..tp masa aku tgk td, PaPaDom tu rapuh lagi kome' oiii..idak la basi lagi yer..

Okeh..lari tajuk sudah..ok back to Papadom.
No wonder la film ni menang..citer apa ek saingan dia masa FFM tu yer?? Owh citer Talentime yer..lagi apa. Jap google..okeh da jumpa..Oh! aku tak buleh nak komen citer lelain coz citer Maut je aku tgk..lelain tak.
* Papadom (2009)
* Talentime (2009)
* Syurga Cinta (2009)
* Setem (2009)
* Maut (2009)

Citer yg kelakar tp ada mesej tersendiri. Tersebak kejap masa skrip Afdlin yg lebih kurang mcm ni "setiap bapa mahukan yg terbaik utk anaknya..dan takut kalo nak melepaskan anaknya keluar" Oh..tingat arwah ayah. Tskkk...dulu agaknya masa nak melepaskan aku belaja kat Melaka pun agaknya mak ayah aku pun pikir camtu. Hanya doa yg mampu dikirimkan sbb ayah aku tak la smpai nak jadi tukang kebun kat Londu tu. Huhu.
[Eh..cop! uitm da buka utk non-bumi eh??apsal ada iyvone tu masuk uitm??]
Pada aku citer ni aku bagi 3 bin...oh! no! no!. I give 4 stars lah. Mmg aku puas ati lah dgn citer dia. Sbb :
1) Citer dia tunjuk seorg melayu yg mengusahakan perniagaan nasik kandar di Penang, dari gerai kecik smpai bukak cawangan kat Perak. Siap buat packaging papadom segera. Ditunjukkan kejayaan tu dari tahun ke tahun.
1) Citer seorg Papa Dom yg rasa bersalah di atas kematian isterinya yg kemalangan. Si Papa Dom ni rasa dia lah menyebabkan xciden tu dan sejak dari itu dia amat2 memanjakan anak nya si Mia Sara [kak julie..lebey kuang nama bb baru akak tu la-Mia Maisarah]
2) Bila dia rasa bersalah, si Papa Dom ni rasa perlu je bersama si Mia. Mia da 17 thn pun dia siap antar Mia smpai dlm kelas, peluk cium dan tggu smpai Mia duduk kat kerusi dia.
3) Oleh kerana sayang sesgt pada Mia, Papa Dom pukul cikgu silat sbb berkasar ngan anak dia masa belaja silat. Smpai kena warning dgn GB. Huhu. Lawakss masa Papa Dom kena duk kat luar pagar je sbb GB tak bagi da masuk dalam compound sekolah "tk dpt masuk dlm, duk kat luar pun buleh kan??"
4) Kemana shj Papa Dom ikut anak dia. Gi party kekawan sekolah Mia pun dia follow, belaja bwk keta pun dia kawtim ngan instructor tu suh anak dia lulus, smpai la Mia ni rimas, dia merajuk.
5) Pulak tu Papa Dom ni suka bercakap seorg. Dia mcm membayangkan tgh berbual dgn arwah isteri dia. Part2 ini mmg bes lah sbb biasa kita sedey je kalo tgk org terbayang org da meninggal ni kan. Part paling lawak - dlm keta masa tgh carik Mia yg merajuk - memula kuar bini dia elok je sempurna - sekali tu bila dia terpikir itu antu bini dia - kuar bini dia pakai kain kapan - satu panggung ketawa. Hahahahaha..
6)) Bila da masuk U, Papa Dom da janji ngan Mia takmo melawat dia..so..dia wat plan jadi tukang kebun. Pun lawak masa Papa Dom kena intebiu nak jadi tukang kebun tu. "kita ada ujian QC ni" Padahal dia nak cakap IQ. Hahahahaha..... Makanya utk melihat segala pergerakan Mia ni jadilah si Papa Dom tukang kebun kat UiTM tu.
7) Pastu best sbb ada seorg kawan sekolej ngan Mia yg nama penanya "Wajib Tayang". Giler klaka. Dah la dia buat watak itu nerd blur2 je kan. [watak itu dibawa oleh Que Haidar].
8) Ditambah dgn watak smpingan macam Farid Kamil yg kononnya glamer dan pantang tgk freshie dahi licin. Suma nak diterainya. Siap la kena ngan Papadom. Pastu ada Scha yg bwk watak senior mengada2. Vanida pun ada..walo sekejap2 je dia kuar tp mmg jadi penambah perisa yg sedap lah.
9) Ada jugak part sedey2 yg buleh bikin kita mengalir air mata [oh! ayah mmg nak terbaik utk anak dia..dan begitu juga ibu]
10) Dan juga diserapkan konsep 1 Malaysia.

Ok..dah la..lain org lain komennya kan. Huhu. Apapun..aku mmg berpuas ati dgn citer ni tk kira la aku tgk masa da basi ke apa kan..bukan ada xpired date pun...dan pasti aku tgk lagi dgn menonton DVD-RM8. Haha

Pnstoberi: coming update-deco.deco.deco.

20 October 2009

~open house Raya 2009~

Sengaja ku tunggu utk buat entry open house ni sekali harung.
Maleh la acapkali wiken je kena wat entry open house.
Lagipun citer pun lebey kuang sama-pasal makanan yg menyedapkan-pasal perut2 yg sengkak-pasal kena pegi umah ke umah ke umah.

Oh! aku bukan lah blogger tegar..hoho

So, jum citer ttg open house thn ni. Thn ni spti thn sblmnyer aku mmg ber nawaitu utk memenuhi undangan shj, nak wat undangan tu mmg tidak ada dlm plan pun. Aku hanya ber plan nak wat open house eh..bukan..majlis makan2 shj lah. Bulan Disember nati. Akan diberitahu date nyer kelak.

Dimulakan dgn 10-10-2009..eh..no..no..takde lak yg ngajak open house ari Sabtu ni yer..so trus ke 11-10-2009. Ha..ni mmg tahap berpeluh2 tiak lah sbb dari pagi dah kuar membawak ke ptg/senja. Berbaju kurung okeh. Sbb nak gi kenduri terus.

Pagi tu ke umah in law dulu. Makan pagi suma kat situ trus laju2 umah Mak Ta [mak sedara my dear] kat Klang sana. Sana pun makanan ala2 bekpas iaitu nasik lemak lauk sambal sotong,ayam masak merah,sambal tumis,ada agar2,cucur udang dan aku hanya makan nasik lemak dgn ayam shj. Kenyang. Baru pas bekpas kan. Tp ayam masak merah adalah sedap... [slalu kan blogger2 ckp makanan sedap].
Ada Kak Nisah and Kak Long (akak ipar ku) sekeluarga dtg juga.
Gambar???
Huhu. Apsal la aku buleh lupa nak amik.Pagi tu sblm kuar umah aku siap ready setting kamera tu dah..tp cemna leh lupa la.
My dear kemain plak tu, bila aku ckp aku lupa nak amik gmbr ngan Mak Ta n akak2 dia, dia leh jawab "lor..apsal awak tk amik gmbr td..nak pusing balik?" Masa tu da naik keta, nak kuar area perumahan Mak Ta..Ah! kemain lah..bila org suh amik gmbr, dia bising..tk amik gmbr pun dia bising2 gak..apa2 jelah incik suami.

Settle kat Klang kami trus nak hway masuk ke Shah Alam. Ada kenduri menanti di sana. Opismet kami. Kerol namanya. Di Seksyen 19 umahnya. Pengantin paling sempoi penah aku jumpa. Mana tak nya..elok kami tgh carik paking ttiba terpancul mukanya kat paking tu. Bkn berpakaian songket, masih ber t-shirt..mmg sempoi ah ini org..masa tu dh kat kul 2 dah. Dia sendiri carikkan paking utk k'org.. Haha.

Makanan kenduri ni bes juga.Ada ayam goreng tepung ala2 KFC. Aku meratah itu je la. Tk lalu nak makan nasik dah..

Oh! kat sini ada gmbr. Byk..aku bg je kamera kat my dear..pepandai la dia amik. Ini antara nya.

Ni masa derang berarak. My dear yg amik. Aku lepak bwh pokok je. Panas woh time tu.

Ini pelamin. Cantik kan?? Budak R n D opis aku yg buat. Simple jer.

Lepas tu kami trus ke Seksyen 7 (Zirah..btul kan umah seksyen 7..aku slalu je lupa..haishhh!) Umah bes pren aku-Cikgu Zirah. Umah dia menu utama bihun sup, satay, nasi impit dan ada la side dishes. Dia suruh aku makan salad dia. Aku kata aku tak suka..katanya sedap la Ida..ada buah2 suma..bkn sayur. Ok..aku try..emm..mmg sedap [maka dr sini la terjadinya citer kat entry sblm ni..huhu]. Masa ni aku da tak makan sgt dah..kenyang..!!

Then kami laju2 ke Sg. Buluh lak. Ada 2 umah kat sana. Masa tu da dkt kul 4. Kami benti solat kat hentian Jejantas Sg. Buluh dulu. Lgpun aku rs muka, bdn suma da melekit. Lepas amik wuduk, solat suma tu baru rs "owh,..segar semula!" Baru la buleh makan byk2 balik.

Umah pertama kat Sg. Buluh, umah Mama. Oh! umah Mama ini adalah "kategori wajib pegi" Kut tak nati..jenuh nak menjawab kat opis. Makanan kat umah mama adalah sgt byk. Ramai kut nih jemputan. K'org pun da ujung2..tp Mama kata dia wat smpai malam. Hebat lah!!

Jgn tatau ttiba aku makan laksa Johor, siap tambah. Memula tu mcm nak makan sket..tp bila rasa "alamak!mcm bes" Makanya tpaksa la tambah lagik. Haha. My dear udah surrender. Makan rojak buah sajorkk. Tu la makan lagi bebyk td kan kat umah Zirah. Dah sengkak la tu. Kat umah Mama ni takyah segan2. Ngan anak2 dia pun aku da biasa. Kan dulu ms anak sulung dia wedding pun k'org menolong sama. Siap dpt baju subsidi lagik [siang td aku pakai gi opis] Huhu. Jadi..nak lepak lelama pun tak kesah..siap duk kat dlm umah lagik..ada air-cond!

Lepas tu gerak ke umah ex-boss ku. Che Mie. Oh! Ttiap tahun aku g umah Che Mie ni awal2..menu utama derang nasik dagang..tp aku kureng nasi dagang nih,jd aku slalu makan popia goreng. Sedap!! Wife dia buat sendiri.Tp kali ni, aku tau dah menda2 tu mesti da tkde.. tkpela..kami pun da kenyang. Datang untuk ziarah dan memenuhi jemputan je. Lgpun umah Mama ngan Che Mie ni setaman je. Jd tak sdp la kalo tak pegi. Kami duk kejap then mintak diri.

Ingat da penat ker?? Idaknya..lepas tu aku ajak my dear ke IKEA. Idak la beli apa..saja menengok..lps tu baru la balik. Oh! Seharian tu berbaju kurung. Gmbr beraya umah derang ni aku sekali kan.

Gmbr 2 atas tu kat umah Mama. Yg kiri tu ngan member2 opis ku-Sara n Su, yg kanan tu aku ngan Mama. Haros ada gmbr..bukti dtg umah Mama. Haha. Gmbr 2 bawah tu kat umah Zirah. Anak dia yg sulung tu gemar makan sayur..tu gmbr dia tgh meratah sawi n toge yg patut taruk dlm bihun sup. Bagus kan?? Aku pun nak ajar anak aku camtu la nati..tp nya..aku takut kalo anak aku sound balik aku "Ha..mama pun tak makan sayo.." Abis aku..[aku penah kena ngan anak buah aku bila aku suh dia abiskan sayur dlm bihun dia..oh!!-ya..smpai skang aku masih asing2kan sawi dlm bihun..tk kira la kat mana pun..tp aku masak kena taruk sawi gak ]

Jadi..abis citer ujung minggu itu.

Dan pada 14hb - malam -aku n adik2 unit aku serbu umah Abg Ajak plak. Kat BBS sanun. Oh! yg ini aku yg suh abg Ajak buat. Ku kata utk kami2 je. Tup2 dia ajak kawan2 dia sama. Yg ini kami berkonvoi dgn di lead oleh En. Atoz. Haha. Udah yg lain tak berapa familiar area sana, maka kami bertemu di meting point at Mobil dpn Tesco Xtra tu. Gerak dlm 4 keta. Meriah kan u'olss.. [hakk..1st time aku guna perkataan uolss nih..hiksss!]

Wife abg Ajak masak mee kari yg sedap dan nasi impit ngan rendang ayam. Citer pjg takde..tp gmbr ada. Huhu.
Ini aku ngan adik2 unit aku. Ekceli unit aku ada 5 org je..tp tgh tahun retu masuk derang2 nih. Derang ni bawah Skim Khidmat Singkat tu. Dia mcm skim sangkut2 dulu tu la..skang da tak sangkut..dia singkat je. Ekceli derang ni kontrak dgn kementerian tp dia hantar ke jabatan2 utk bantu jabatan memperkemaskan sistem aset. Ada 5 org kesemuanya. Dan kepala hotak pun gegila..jd buleh join lah. Ajak bergambo pun sporting jer.

Oh! sgt cumel itu Ain..geram haku..yg atas tu la maknya. Ros namanya tp ku panggil Ros Magnolia. Haha. Comel apa nama tu.

Then, beralih plak citer ari Sabtu - 17 Okt-yakni ari memenuhi undangan open house.

Dimulakan ke Puchong umah akak my dear. Ekceli not too Puchong lah. Bandar Saujana Putra sebenarnya. Oh! jauh weyy..pagi2 tu da call Dee utk tnya arah jalan sbb my dear mau ikut Subang sana. Tp bila tnya Dee dia kata kut memana pun buleh sbb umah kami ni tgh2. Jd selamat smpai sana dlm kul 11. Trus makan. Akak dia wat spegeti n mee kari [again!] Mee karinya adalah sedappp..plak tu aku buat hal plak sbb masa cedok kuah tu aku mcm terasa samting kat dasar [wah..! dasar tu] periuk tu. Aku pun try kaut guna senduk yg ada. Siap ckp kat my dear "abg..bagi tisu nak amik sudu nih" skali kak ipar ku kata.. "eh, Da,..sudu tu mmg diletakkan dlm kuah kari tu, petua" Plak dah..hai..aku rs mcm err...kenapa la ada sudu terjatuh. Tp takpe la, dah petua katanya, Untuk taknak bagi santan pekat ke berketul ke beku ke apa tah..lebey kuang camtu lah. Aku pun tk penah dgr. Kak ipar ku kata dia dpt dari mertua dia. Ohh....!! da nak termalu sbb gatal nak pi selamatkan sudu tu. Haishhh!!

Lps tu laju2 balik KL sbb da janji ngan Rinie jumpa kat Mobil dpn Tesco Extra tu [again!] kul 1.00pm. Kali ni kami melalui hway Putrajaya tu. Ok gak la..tkde la rasa memusing sgt. Tggu Rinie smpai trus gerak pi umah kak sal kat Gombak. [Gombak ker??]
Gambar kami kecoh2 kat umah kak Sal. Org yg sama jugekk..Iye lah..xklusip nih sbb kak sal jemput anak buah dia jer tau. Tu dia nyer nasi tomato mmg sedap [kan..berapa byk sedap dh dlm entry nih]. Oh! nak kabo, gmbr ni bkn my dear yg amik..tp asben si Ros. Bagus dia, tgkp sana,sini..kalo la Ros ni blogger mmg byk gmbr dia. Haha.
Kami lagi..kali ni ngan tuan umah la plak. Hikss!!

And last but not least..kami ke umah abg Burn kat Rawang lak. Ini pun berkonvoi bersama Rinie, sbb dia tak penah gi umah Abg Burn. Aku lak..selama aku keja kraf ni..umah abg Burn lah aku tk penah miss every each year, dr aku pegi dgn menumpang org, pehtu bwk keta sendiri, smpai la dgn asben..harap2 thn dpn ngan bb lak yer..asik pegang bb org je kan. Hiks...
Oh! pada hari tersebut aku dan my dear sedong-dong berbaju putih -biru.

Dah..tu jer..tak larat oh nak wat entry nih..
Oklah..jumpa lagi di hari raya thn depan..Insyaallah..

pnstoberi:: ok..kali ni byk umah yg aku tk penah pegi dah pegi..so, kalo aku ngajak sok2 harap jangan tak dtg plak yer..kecuali la ada urusan tak dpt dielakkan. :)

17 October 2009

~Tak lalu makan nasik~

After raya retu aku mcm tak bernapsu ajek nak makan nasik.
Dh sebulan kan raya..ha..sejak balik ke opis pas cuti raya tu leh dikira berapa ari je aku makan nasik.
Pas tu wiken je sibuk memenuhi undangan ke open house. Pun tk makan nasik sgt.
Jadi nya pada ptg Khamis ari tu (15 Okt),aku rs tingin banget nak makan jajan2. Masa tu kat opis lagi. Elok je clerk aku turun cafe dlm kul 4 tu, kirim ke dia kopok ikan tu. Cam sedap je makan. Kt unit aku ni kekdah nya, kalo kak ida derang ni nak makan samting sure derang pun ikut sama. So, nyer da 3 org makan kopok peptg tu. Lain2 tu puasa..dengo je lah k'org krup krap krup krap (esuknya derang da tak puasa..tgk derang bwk kopok seplastik beso..hai..baleh dendam yo..hikssss...! )
Lps tu tipon my dear, kabo ke dia nak singgah jusco au2. Nak beli jajan je. Gchat lak ngan Shah, katanya dia tgh makan twisties merah. Cam terliur plak haku dgr dia makan twisties. Apa kes nak makan jajan je ni.
Makanya, nak balik tu singgah la jusco. Dlm pemikiran nak beli junk food cam twisties ke biskut2 ke kan..da ckp ngan my dear pun-beli jajan je. tpnya..tetau je lah, being me-puan stoberi..mesti la terbeli menda lain. Lalu kat bhgn frozen,napak lak popcorn chicken, tingat lak salad makan ms open house Zirah.
Laju2 call dia.
"Zirah..kasik ke aku resepi salad ko retu..ttiba aku tingin nak wat plak"
"Ko nak skang ker??"
"A'ah..aku kat Jusco nih, nak carik trus bahan2 dia"
"Owh..ok senang je ko buh black pepper sauce,thousand island,susu cair then sos sket"
Ha..got it.. bhn2 salad tu sukati la nak buh apa kan..ikut taste kita kan.
Makanya, aku amik la popcorn chicken,buah epal (anggur aku tak amik..mahal! Haha..lg pun nak try je dulu) Kobis kaler purple tu (kobis ke tu ah?? ) then carik2 black pepper sauce, nan ado plak botol kecik. Yg ado besau tu..namo ah..kang xpired kang mcm dulu tu. Bkn nak pakai selalu. Sudahh..camno nih??
A'ha!! Dpt idea ! Hik hik..aku beli je thousand island..kat umah tu ada lagi serbuk lada itam. Kang pas gaul2 suma tu aku tabur je lah serbuk lada itam tu..haha..ok tak Zirah??
So..mlm ini kita diner kita salad je yer..d.i.e.t. Haha.
Dan ini "jajan je" aku tu.

Balik umah ku pun memula operasi.

Malam ini kami diner ala2 western.


Sessi menyediakan salad. My dear tolong potong2.


Aku rasa kena buh ini la..takut tak pedas..tp tk gaul sekali la..kang my dear tergigit pitam lak dia kang. Aku tkpe la..mmg hantu pedas nih. Kalo nak tau, makaroni goreng pun aku taruk cili padi. Haha. Mmg lidah m.e.l.a.y.u lah!


Gaul segala2.


Masuk thousand island. (zirah..ku tk buh susu cair sbb kureng berkenan sket susu2 nih..tp lagi sedap eh kalo buh susu?? )

Dah siap.
Ini la dinner kami malam itu.Ada salad,ada hash brown,ada garlic bread, ada mushroom soup. Diet dinner ke?? Hoho. To Zirah,thanks eh bagi resepi nih..nati open house ku mesti ada menu ini pula..ahaks!!!

P/S : Coming up-citer open house!

Pnstoberi: ok gak makan camni..kenyang giler rasa. Smpai terlebih2 lak buat, ku simpan dlm peti ais, pg tu bwk ke opis, bg adik2 kat opis tu makan. Dah tu derang request kak ida bwk lagi isnin ni..huhu. Ok la..ada lg half kobis purple tu..buleh la aku buat utk derang.

14 October 2009

Masjid Besi Putrajaya

The Tuanku Mizan Zainal Abidin Mosque, or Iron Mosque (Malay: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin or Masjid Besi) is the second principal mosque in Putrajaya, Malaysia after Putra Mosque. It is located next to Millennium Monument. The mosque was officially opened pn 4 September 2009 by the 13th Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Its construction was done by Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) a well known public listed Malay contractor which not only have projects in Malaysia but also in India and Saudi Arabia as well.
Sumber: Wikipedia


Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin mercu tanda Putrajaya yang baru

UMAT Islam yang bekerja dan tinggal di sekitar Putrajaya kini boleh mengerjakan ibadah di masjid baru Presint 3 Putrajaya yang memaparkan seni bina yang unik kerana lebih 70 peratus daripada binaannya menggunakan keluli.

Masjid tersebut yang dinamakan sempena nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pastinya akan menjadi satu lagi mercu tanda baru di Putrajaya apabila dibuka secara rasmi September ini.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin sebelum ini digelar sebagai Majid Besi kerana pembinaanya melibatkan pengunaan sebanyak 6,000 tan keluli yang mewakili 70 peratus daripada sturuktur keseluruhan bangunan tersebut dan selebihnya adalah konkrit.

Pembinaan masjid tersebut adalah gabungan konsep seni bina traditional Islam dan kontemporari.

Dalam satu majlis simbolik khamis lepas, masjid tersebut diserahkan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz oleh Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Samsudin Osman.

Majlis tersebut dilangsungkan di dewan utama masjid tersebut.
Jemaah mengerjakan solat tarawih di Masjid Tuanku Zainal Abidin

Samsudin berkata, pembinaan masjid yang menelan belanja RM208 juta itu siap seperti yang dijadualkan dan boleh memuatkan seramai 20,000 orang jemaah.

-bacaan lanjut klik here

Aku baru berpeluang pegi Masjid ni 04 Okt. 2009 retu. Memula ingat nak solat kat Masjid Putra je..tp tingat masjid ni trus pi carik sbb nak merasa dan nak tgk. Sgt cantik masjid ni. Tp...setakat aku pi retu dia blum siap sepenuhnya. Dah buleh la solat kat situ..tp blum lengkap. Mcm tpt solat wanita still takde partition. Lepas tu suma org masuk situ mcm tercari2 dewan solat.

Walau cemana pun mmg cantik lah. Paking senang-dkt basemen dia. Naik je trus jumpa bilik nak amik wuduk n toilet then naik je tangga lagi jumpa la ruang solat.

Yg paling aku sker bhgn nih.


Sejuk nyaman je bila melepak kat sini.

Lor..terserlah lah aku ini gemuk dgn jayanya. Ah..bia lah..nati pepandai la dia turun balik. Haha. Persoalannya..bolehkah??

Ini ruang solat dia. Sgt luas kan?? Masa ni my dear solat dulu. Sbb aku smpai je ruang solat ni aku tercarik2 telekung..pehtu tggu la my dear abis solat, amik telekung dlm keta. Lepas tu da solat aku baru pasan ada telekung kat tepi tiang tu. Owhh..dia buh kat "dlm" tiang tu rupanya. Mmg kagum lah tgk binaannya.

Lepas solat, aku jalan2 sekitarnya dan amik gmbr.

Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

8 October 2009

~Cleanin Out My Closet~

I'm sorry mama, I never meant to hurt you, I never meant to make you cry, but tonight i'm
cleanin' out my closet, {one more time}, I said i'm sorry mama, I never meant to hurt you, I
never meant to make you cry, but tonight i'm cleanin' out my closet...

Agagagaa...lirik Eminem tuh..
Ni berkaitan kejadian Ahad lepas. Bgn je pagi2 tu dtg mood nak ngemas la plak. Sbb closet my dear da sengkak..tak muat da nak taruk baju2 dia. Sebena ms beli closet tu retu mmg nawaitu nyer utk baju my dear tp dasar aku yg tak cukup2 tpt nak taruk baju,ku tumpang la dlm lemari dia tu. Lemari tu bes ada 7 copartment. Buleh la ditarik papan antara copartment tu kalo nak tinggikan. So nyer, udah dtg kerajinan aku utk ngemas maka ku kemaskan la..alih la sket baju2 tumpangan aku kan. Khaskan utk my dear je. Jadi la cenggini.


Retu k'org tak tarik papan antara copartment tu jd dia mcm sempit la nak susun baju..skang udah senang. Aku kabo ke my dear kalo nak taruk baju pelan2..kang tumbang susah lak. Aku udah asing baju berkolar dia, baju batik, baju pakai kat umah, jeans, slack, kain pelikat suma [luckily my asben pakai uniform gi keja..kalo tak, tk buleh la pakai closet style gini..tp uniform pakai ari Isnin till Rabu je, Khamis batik, Jumaat baju Melayu].
Tgkt tu aku still gak letak telekung aku [tumpanggg..lemari aku da tak muat] atas skali towel.
Then bila da kemas satu almari..aku rasa aku perlu [ceaa..perlu tu..] perlu utk mengemas suma skali dan bila ngemas tu aku terbayang2 je lagu eminem tu "cleanin out my closet". Haha. Terus ngemas lemari baju aku lak. Almari ni khas utk baju2 formal shj-mean baju gi keja atau function2 lah kan.



Yg ni side sebelah kiri. Ada bj melayu my dear and baju biasa2 ajer [kira baju yg wat 'basahan' la]. Sapa biasa duk hostel mesti hang style gini gak kan. Ingat dulu kat hostel ms sekolah menengah. Ari Ahad pagi ada general cleaning..dibahagi2kan keja. Cuci jamban lah, cuci bilik tamu lah. Pehtu AJK2 hostel akan wat checking lah. Check lemari, suma kena susun leklok, kemas2. Baju yg buleh hang hanya baju sekolah, itu pun kena hang style macam kat atas tu. Aku penah kena denda woo sbb tak hang baju style gitu. Sbb nya aku da iron baju tu, so, takdela lipat camtu gaya..jadi kena denda. Pastu baju2 lain cam t-shirt ke apa ke kena lipat style mcm aku lipat baju2 laki aku kat atas tu lah. Aku dah biasa camtu. Laki aku duk tnya apsal aku lipat camtu. Kan napak kemas tu..straight aje.
Yg kotak bunga2 kat bawah tu aku taruk skirt2 atau kain yg dipakai dgn blouse.Ha..mesti ingat sepender underwear dlm tu kan. No.No.No. Yang itu aku terpaksa tompang closet my dear. Haha. Tompang lagikkk...


Ni belah kanan. Kat sini baju2 utk pakai gi kenduri ke function ke. Ada chiffon, jaqcuard, crepe, suma la situ. Ada yg aku hang memanjang trus.

So, beralih pada t-shirt n baju jalan2 informal lak kan.


Closet ni da lama aku pakai. Sejak aku start menyewa sndiri. Thn 2005 kalo tk silap. Ini pun penuh giler dah. Tk muat smpai kena buat style gulung2 utk baju2 tido aku. Kalo tak..tak muat. Situ taruk t-shirt umah, t-shirt jalan [which kalo nak kuar mesti aku bertinggung dpn closet tu dan rasa mcm aku da takde baju nak pakai..ha..aku tau..korang pun mesti camtu..baju belambak nak pecah almari still kata takde baju..haha! ], jeans,kemeja.
Aku kureng sket kalo jalan2 pakai blouse. Aku pakai blouse gi opis ajer. Camtu gak ngan kemeja. Kemaja pun aku wat pakai g opis ngan skirt labuh je. So..suma susun kat situ.

Tudung.. kat mana aku letak tudung.


Kat sini la.Bes woo mendalah ni. Aku buleh letak tudung ikut kaler. Sng nak carik. Tp kena wat double lah. Maksudnya, menda ni memanjang ke belakang, so kita leh susun tudung tu 2 side lah. Tudung yg ada awning aku taruk bawah skali. Tudung awning tu sensitip sket..kang senget lak awning nyer..so, biar dia dgn kawan2 dia yg sejenis shj.

Dan bila da wat cleanin out my closet ni, aku dah asingkan baju2 yg buleh aku pakai ngan tak pakai dah. Lor..byk tul baju aku da tak pakai. Ada yg outdated fashion dah. Ada yg bila pakai sengkak kat peha. Haha. Tk penah aku mengalami kejadian ini. Salah satu yg sengkak adalah ini.


Sayang la. Suar ni nak kata baru tk la baru sgt..tp thn lps ke 2 thn lps aku beli. Lorr..dah tak muat. Waaa...tk bley pakai saiz 25 dah..tp bila aku try ini..


Boleh plak..aku rs ikut jenis n brand jeans tu lah. Tkpe..masih leh pakai saiz 25 lah. Walo sebenarnya aku selesa sekiranya saiz ini.



Haha. Ngeri okeh..tahun 2009 ni baru aku merasa nak carik saiz 27. Owh..no..no..kena naik tangga lps ni..tkyah naik lif.


So, nyer bila badan da mcm ala2 mengembang ni byk la baju2 kena asingkan. Ini antara aku asingkan. Ada yg muat tp outdated giler da fesyen tu. Mcm yg putih itam tu. Itu akak aku kasik, aku penah la pakai sekali p opis, pehtu ada org tegur "eh, ni baju pesen lama nih" trus aku tak pakai da pas tu. Haha.
Yg cekelat tu baju kebaya. Kain dia still leh pakai. Tu baju raya 2 thn lps tu. Sayang sbb beberapa kali je aku pakai. Pehtu da mcm nak tercabut butang dia. [tpnyer..masa memula aku pakai ari raya tu pun da rasa ketat. Tailor tu mmg wat ter ketat baju yg ni]

Jadi..skang almari,closet,kabinet aku muat2 shj. Nak tmbh kang tatau nak tompang mana lagi. Jd takyah la beli baju baru kan unless badan ku ini lak tak muat nak pakai mereka2 itu, buleh la aku membeli dan mengasingkan lagi kan. Hik Hik.

Pnstoberi : apa ke payah beno nak apdet malam nih...ada2 je hlgn nyer..Shah..sbb ko lah aku apdet nih. Huhu :P

4 October 2009

~Memang tak abis lagi~

Selagi tak menyampai ujung Syawal, selagi tu la ada citer RAYA.RAYA.RAYA (sebut dgn nada Deco,Deco,Deco).
Kali ni malas nak tulis bebyk, pepjg. Biarlah gmbr menceritakan segalanya.
Kejadian ni berlaku Sabtu-03 Okt 2009 = 14 Syawal 1430.
Tpt kejadian di opis ku.
Tajuk kejadian : Majlis Hari Raya 2009

Konsep kali ini setiap bhgn kena wat deco.deco.deco (sebut ikut nada yg iklan tv tu okeh). Dan setiap bhgn kena sediakan makanan raya yg telah dipersetujui oleh mgt. Bhgn aku kena sediakan biskut raya,snack dan gegula. Cam ngelat je bunyinya kan. Sng banget tu..haha. Dan ini lah deko bhgn k'org..tak menang pun. Huhu.


Yang pompuan2 suma kawan seunit, yg lelaki;sebelah aku tu KP n Pengarah Bhgn Kew & Pemb, Pengarah aku yg paling ujung tu.

Ini Faridatul namanya. Anak dia sgt comel..tp susah nak diajak bergambar.



Haha. Mintak maaf lah weh..makanan adalah byk..tp ku tak makan sgt pun dan hnya ini je yg sempat aku snap. Main dishes on dat day : Nasi beriani,ketupat,ketupat palas,kuah lodeh n SATE. Lelain ikut dept tu ada sup tulang [tk makan pun], lemang [aku makan 2 ketui], rendang [makan dgn lemang], laksa utara [aku makan la..sedap] mee kari [my dear je makan] roti jala [tk sempat nak mkn] jeli kelapa [ha..makan..sedap..nati nak tempah la kat kak par] nasi dagang [pun tk makan],buah2an [makan tembikai], ada kuih2 tradisional [makan kuih lapis tu je] kepak ayam [tk sempat nak amik udah abis] soto [tk smpat gak makan]. Kann..makanan byk giler kan. Tah..aku bila da masuk laksa tu tak buleh dah makan menda lain.



Ini ngan Zana n Rinie. Cewah ..zana..pakai kebaya yer..


Acara bg duit raya pada anak2 staff



Suka gmbr ini sbb sedondon je pasangan ni..biasalah..di hari itu mmg ramai yg sedondon. Si Md Dali ni kawen beberapa bulan lps k'org kawen..tu wife da peknen dah..

Oklah tu..ssh tul nak upload gmbr. Lmbt giler..Ni nak upload kat fesbuk lak.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign